02/06/2026
πππππππ ππππππππππ ππππππππ πππππ ππππ πππππππππ ππππ ππππππππ πππππππ
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Seksyen Kemasyarakatan & Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Komuniti membuka permohonan Program Pemberian Alat Sokongan Percuma kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan golongan terpilih yang memerlukan bantuan alat sokongan harian.
Permohonan dibuka bermula 1 Jun 2026 dan terhad kepada unit alat sokongan yang disediakan.
Antara alat sokongan yang ditawarkan:
β
Kerusi roda
β
Cermin mata membaca
β
Tongkat bantu jalan
β
Tilam angin hospital
β
Katil hospital
π Borang Permohonan:
https://linktr.ee/kemasyarakatan2026?utm_source=qr_code
π Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
03-5522 2732 / 010-353 3129
14/05/2026
PROGRAM EKSPLORASI SAINS DAN TEKNOLOGI MBK 2026
Tahniah dan syabas kepada pasukan murid PPKI sekolah kami yang telah menyertai Program Eksplorasi Sains dan Teknologi MBK yang berlangsung pada 12 Mei 2026 di Pusat Sains Negara.
Pasukan yang terdiri daripada 3 orang murid telah berjaya menyelesaikan setiap cabaran yang diberikan dengan penuh semangat, kerjasama dan keyakinan diri.
Penyertaan ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada murid, malah meningkatkan minat mereka terhadap bidang sains dan teknologi. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus mencuba dan berjaya pada masa akan datang.
02/05/2026
Warna-warni RIMUP di SMK Orkid Desa! πβ¨
Seronok melihat warga SMK Orkid Desa bersatu hati dalam Program RIMUP pada 30 April lepas. Tak kira bangsa atau latar belakang, semua duduk semeja dan bekerjasama dalam aktiviti yang disediakan.
Inilah bukti bahawa perpaduan bermula dari sekolah. Syabas buat semua yang terlibat menjayakan program penuh bermakna ini! πβ€οΈ
25/04/2026
SOROTAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK ORKID DESA 2026 (PART 2)
Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Orkid Desa bagi tahun 2026 yang berlangsung pada pagi tadi.
β’ Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
β’ Masa: 8:00 Pagi β 12:00 Tengah Hari
β’ Tempat: Dewan Utama, SMK Orkid Desa
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, Jawatankuasa Pelaksana, guru-guru, serta ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan padu kepada anak-anak didik kita.
Tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah. Bagi yang belum berjaya, jadikan hari ini sebagai inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh. Jumpa lagi di majlis akan datang!
25/04/2026
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK ORKID DESA TAHUN 2026 (PART 1)
Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi seluruh warga SMK Orkid Desa apabila kita berkumpul untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan para pelajar yang telah menunjukkan prestasi luar biasa.
Berikut adalah butiran majlis:
β’ Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
β’ Masa: 8:00 Pagi β 12:00 Tengah Hari
β’ Tempat: Dewan Utama, SMK Orkid Desa
Majlis ini adalah simbolik penghargaan pihak sekolah terhadap kegigihan para pelajar dalam menuntut ilmu serta dedikasi guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik. Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong buat semua untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.
"Ilmu Penyuluh Hidup, Kecemerlangan Milik Semua"
15/04/2026
π Berita baik untuk ibu bapa atau penjaga yang sedang mencari pusat sokongan buat anak-anak autismeβ
KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) terus memperkasa golongan autisme melalui penubuhan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi. Pusat ini menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
β
Saringan dan pengesanan awal
β
Program intervensi awal dan terapi pelbagai disiplin secara berstruktur
β
Program sokongan kepada ibu bapa, keluarga dan penjaga
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Pusat Perkhidmatan Autisme Bangi, anda boleh menghubungi talian 03-8926 1996 atau menerusi emel [email protected].
11/04/2026
Kerjasama Ibu Bapa dalam Kejohanan Merentas Desa 2026
Sekalung penghargaan diucapkan kepada ibu bapa murid PPKI yang bukan sahaja hadir memberi sokongan, malah turut turun ke padang berlari bersama anak-anak dalam Kejohanan Merentas Desa semalam.
Penyampaian pingat ini merupakan simbolik kepada kecekalan dan sokongan tanpa henti ibu bapa dalam memastikan anak-anak PPKI berjaya menamatkan larian. Syabas kepada semua ibu bapa yang telah menyahut cabaran ini.
Kehadiran tuan-puan sangat bermakna dalam membina keyakinan diri murid-murid kita. Terima kasih atas komitmen yang luar biasa.
11/04/2026
Keputusan Kejohanan Merentas Desa SMK Orkid Desa 2026
Syabas dan tahniah kepada semua murid PPKI SMK Orkid Desa atas penyertaan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam acara Merentas Desa yang berlangsung semalam. Tahniah juga kepada semua penerima pingat.
Secara khususnya, unit PPKI ingin merakamkan ucapan tahniah kepada:
β’ Khairul Fahmi
β’ Lew Wei Bin
β’ Fong Yan Hui
Mereka telah berjaya meraih Tempat Pertama dan memenangi hadiah baucar penginapan serta sarapan di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.
Pihak sekolah berharap pencapaian ini dapat menyuntik semangat kepada murid-murid lain untuk terus berusaha dalam setiap aktiviti yang disertai.