14/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT: KPTMSB PERKASA JARINGAN, TEROKA KOLABORASI BERSAMA MEDIA PRIMA BERHAD
Kuala Lumpur 14 September 2026 - Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) mengadakan kunjungan hormat ke Media Prima Berhad, Balai Berita, Bangsar, hari ini.
Delegasi KPTMSB diketuai Tuan Haji Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohamed Saifuddin Hussin, Ketua Pegawai Operasi, En Mudzir bin Mohamad, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Pengarah KPTM Bangi, En Ku Mohd Akhir bin Ku Saad, Pengurus PURE, En Zaim bin Halim dan Cik Siti Marlina binti Haniff, Ketua Unit Kolaborasi dan Jaringan Industri KPTM Bangi.
Manakala dari delegasi Media Prima Berhad diketuai Datuk Azhari Muhidin, Group Editor, News & Current Affairs Television Networks, Pn Sharifah binti Omar, Sales Director, Direct Solutions, En Haslan bin Abbas, Head SME Direct, Pn Nurhidayah binti Akid Gan, Manager, SME Direct, Muhammad Al Jaffir bin Zainal Abiddin, Team Lead, SME Direct, Aida Nabilah binti Amir Fuad, Executive, SME Direct dan Muhammad Aqil Amsyar bin Afendi, Executive, SME Direct.
Dalam sesi kunjungan hormat ini juga, delegasi KPTMSB dibawa melawat sekitar pejabat Omnia, Studio Sri Pentas termasuk ruangan set studio Buletin Utama dsn jugs bahagian radio.
Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi, selain bertukar pandangan mengenai perkembangan industri media, komunikasi serta peluang kerjasama dalam memperluas pendedahan dan pengalaman industri kepada warga KPTM.
Turut menjadi tumpuan adalah usaha KPTMSB dalam memperkasa graduan yang High Employable & Future-Ready, selari dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
Semoga kunjungan ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik antara KPTMSB dan Media Prima Berhad pada masa akan datang.