Smart Minda Play School & Play Group

Smart Minda Play School & Play Group

Share

Kelas Sensori untuk kanak-kanak 2-6 tahun di Klang. Dikendali oleh Guru Special Needs berpengalaman. Intake dibuka setiap bulan.

Fokus pada perkembangan motor halus, komunikasi, dan regulasi emosi melalui sensroy play berstruktur. Penyediaan awal kanak-kanak berumur dari 3 - 5 tahun untuk pra-sekolah dan darjah 1. Konsep bermain untuk belajar diterapkan agar kanak-kanak dalam lingkungan usia ini berasa seronok menimba ilmu. Persekitaran yang santai dan 'outdoor activity' membenarkan anak-anak meneroka dan menyerlah potensi diri. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk 'children with special needs'.

20/05/2026

Kadang anak bukan tak boleh fokus… badan dia cuma perlukan sensory input dulu 🫶

Bila badan lebih (regulasi emosi), anak jadi lebih tenang, fokus & mampu duduk lebih lama di meja❤️

14/05/2026

Aktiviti simple, murah tapi banyak manfaat ✂️🧻

Bagi anak umur 2 tahun koyak kertas rupanya bukan “main sepah” semata 😄

✨ Manfaat aktiviti koyak kertas:
✅Kuatkan motor halus jari tangan
✅ Latih fokus & koordinasi mata-tangan
✅ Bantu perkembangan sensori
✅ Release emosi & beri kepuasan pada anak
✅ Asas awal untuk kemahiran menulis nanti

Tak perlu mainan mahal pun ❤️
Kadang-kadang aktiviti paling simple yang paling banyak bantu perkembangan anak.

Tips:
✔️ Guna kertas lama / surat khabar
✔️ Pantau anak masa bermain
✔️ Jadikan sesi bonding sekali 🥰

30/04/2026

Rule simple bila anak tantrum:
👉 Calm first
👉 Teach later

Save kalau selalu stuck moment macam ni ❤️😊👍

29/04/2026

Tak perlu mainan mahal pun 😍
Kertas + sepit dah cukup untuk bantu perkembangan anak✨

Aktiviti simple ni bantu:
✅ Motor halus
✅ Fokus
✅ Koordinasi tangan
✅ Sensory play

Save dulu nanti cuba hujung minggu 🔥

26/04/2026

Anak s**a sepah kadang sebab dia
perlukan aktiviti tangan✨
Cuba suruh pindah pompom ke bekas
warna asing:-
✅Fokus
✅Motor halus
✅Koordinasi tangan

Save dulu. Nanti cuba petang ni💛

22/04/2026

5-MINIT SENSORY, 1HARI✨

Guna ‘Sepit Baju’ dekat rumah pun boleh bantu perkembangan anak!

Apa boleh buat?
👉 Sepit ikut warna
👉 Kira nombor dan sepit pada kadbod
👉 Buat “matahari” atau bentuk kreatif guna sepit

Manfaat untuk anak:
✅ Kuatkan motor halus (jari lebih kuat)
✅ Tingkatkan fokus & koordinasi
✅ Bantu tenangkan emosi

Tak perlu mahal. Tak perlu lama.
Yang penting konsisten & bonding moment dengan anak ✨

Save dulu & cuba malam ni!
Komen “NAK LAGI” kalau nak idea sensori 5 minit setiap hari 👇

21/04/2026

Anak susah fokus?
Try aktiviti ni dulu 👇

Tampal collage kertas/sticker ikut warna 🎨

Nampak biasa, tapi power:
✅ Fokus makin lama
✅ Jari makin kuat
✅ Warna makin kenal

5 minit je, tapi impact besar ✨

02/04/2026

Hari ini, bukan hanya tentang anak-anak Autisme…
Tetapi tentang insan luar biasa di belakang mereka.

Ibu ayah yang tak pernah penat belajar.
Guru yang sabar membimbing tanpa putus asa.
Terapis yang setia memahami setiap tingkah laku kecil.

Tahniah! — kerana anda memilih untuk memahami, bukan menghukum.
Kerana anda hadir, anak-anak ini mampu bersinar!✨

26/03/2026

Kalau anak s**a koyak kertas… jangan cepat marah dulu ✋

Aktiviti nampak simple ni sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak:

✅ Kuatkan otot jari (asas pegang pensil nanti)
✅ Bantu koordinasi mata & tangan
✅ Tingkatkan fokus
✅ Bantu anak lepaskan emosi

Ini bukan sekadar ‘main’… ini adalah proses belajar 🧠✨

Kadang yang kita nampak ‘sepah’… sebenarnya anak sedang develop skill penting ❤️

Save dulu untuk buat dengan anak nanti❤️

Photos from Smart Minda Play School & Play Group's post 10/01/2026

Kadang anak bukan susah dikawal,
mereka cuma perlukan bantuan untuk tenang.
Sensori membantu badan rasa selamat,
sebelum emosi boleh diurus dengan baik🤍

✨Kemasukkan Program Aktiviti Pengukuhan Sensori 2026 kini DIBUKA!
📲DM atau hubungi 011 5901 2289 untuk keterangan lanjut!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Arked MARA Jalan Melayu 41000 Klang
Kuala Lumpur
41400

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 13:00