19/12/2017
[Diet Neutropenik-Diet untuk sistem imun yang lemah]
Diet neutropenik diperlukan oleh individu yang mempunyai sistem imun atau daya ketahanan badan yang lemah untuk melawan penyakit.
Individu yang menerima rawatan untuk HIV/AIDS mempunyai sistem imun yang lemah akan mengalami kesukaran untuk melindungi badan daripada serangan bakteria atau mikroorganisma yang berbahaya.
Proses memasak secara menyeluruh dapat menghapuskan semua jenis bakteria dan mikroorganisma yang berbahaya.
Mari kita ketahui info pemakanan mengenai diet neutropenik ini.
19/12/2017
Hai semua! Macam mana? Dah habis kunjungi setiap genap sudut di laman ini? Menarik bukan? Nanti dulu! Sebelum beredar, jom semua sama-sama isikan maklumbalas bagi tujuan penambahbaikan 😊
Borang Penilaian page (Pengurusan Pemakanan Pesakit HIV)
(Sila isikan maklumat anda di sini. Maklumat anda amat penting untuk penambahbaikan di masa hadapan)
19/12/2017
Adakah anda faham mengenai pengurusan pemakanan pesakit HIV menerusi laman ini? Jom uji kefahaman anda melalui ujian di bawah.
Ujian ini disarankan dilakukan secara berkumpulan. Komputer riba dan telefon bimbit diperlukan untuk melakukan ujian ini. Sila ikuti langkah-langkah berikut :
Langkah 1 = Buka link di bawah di komputer riba anda.
https://play.kahoot.it/ #/?quizId=e217d1ac-deff-4712-b95a-be3bb5393d9a
Langkah 2 = Klik link https://kahoot.it/ di telefon bimbit anda.
Langkah 3 = Pilih mod klasik atau berkumpulan.
Langkah 4 = Masukkan no pin yang tertera di komputer riba ke dalam telefon bimbit anda dan tekan ENTER
Langkah 5 =Masukkan nama anda dan tekan OK.
Langkah 6 = Tekan START dan permainan dimulakan.
Selamat mencuba 😊
Kahoot! | Play this quiz now!
Play a game of Kahoot! here. Kahoot! is a free game-based learning platform that makes it fun to learn – any subject, in any language, on any device, for all ages!
19/12/2017
[SARANAN PEMAKANAN BERKAITAN KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN ANTIRETROVIRAL]
Menurut World Health Organization 2017, terapi antiretroviral (ARV) terdiri daripada gabungan ubat-ubatan antiretroviral bertujuan untuk menghentikan perkembangan virus HIV.
Namun, terdapat beberapa kesan sampingan yang berlaku apabila menjalani terapi ini antaranya mudah lesu, mual, muntah dan cirit birit. Komplikasi yang lebih kompleks berlaku adalah perubahan aktiviti metabolik dalam badan seperti contoh dislipidemia
Mari kita ketahui saranan pemakanan yang boleh membantu individu yang mengalami kesan sampingan ini.
19/12/2017
[GEJALA HIV DAN PEMAKANAN]
3) Loya
Loya dalam kalangan pesakit HIV mungkin disebabkan oleh jangkitan atau ubat-ubatan.
19/12/2017
[GEJALA HIV DAN PEMAKANAN]
2) Cirit - Birit
Cirit-birit adalah masalah yang biasa dialami oleh pesakit HIV. Ia ditakrifkan sebagai najis berair, ataupun pembuangan najis yang kerap.
19/12/2017
Pengambilan diet seharian pesakit boleh terjejas sekiranya pesakit mengalami beberapa gejala yang berlaku akibat penyakit itu sendiri atau kesan sampingan sepanjang mereka menjalani rawatan. Gejala tersebut akan mengganggu corak pengambilan makanan pesakit dan hal ini sekali gus menjejaskan tahap kesihatan pesakit dalam usaha melawan penyakit mereka.
Berikut adalah sebahagian daripada gejala yang selalu dialami oleh pesakit HIV dan cara bagaimana mereka ataupun penjaga boleh lakukan untuk meningkatkan kualiti pengambilan makanan seharian :
1) Keletihan
Keletihan adalah kekurangan tenaga dan keletihan berpanjangan. Ia boleh menjadi salah satu daripada gejala yang paling melemahkan yang dialami oleh pesakit HIV.
19/12/2017
[PEMAKANAN DAN HIV/AIDS]
Apakah saranan pemakanan bagi individu yang dijangkiti HIV/AIDS ?
19/12/2017
[PEMAKANAN DAN HIV/AIDS]
Kesan terhadap status pemakanan individu yang dijangkiti HIV.
19/12/2017
Kenapa Pemakanan Yang Baik Penting Untuk Pesakit HIV?
Pemakanan yang baik adalah penting bagi semua orang, tetapi ia amat penting bagi pesakit HIV. Menjaga diri dengan baik boleh membantu badan melawan jangkitan dan meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan pesakit HIV.
19/12/2017
[RAWATAN UNTUK HIV/AIDS]
Belum ada ubat yang boleh menyembuhkan atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus HIV. Rawatan Antiretroviral (ARV) hanya menghalang pembiakan virus HIV. Rawatan juga boleh diberi bagi jangkitan opportunis. Rawatan ARV lebih berkesan secara kombinasi. Rawatan ini bertujuan untuk meningkatkan survival dan melambatkan perkembangan ke peringkat AIDS. Amnya lawatan susulan ialah 6 bulan sekali bagi pengidap asimptomatik dan 2 minggu sekali untuk pesakit yang menerima rawatan ARV atau mengalami infeksi oportunis. Keperluan kekerapan lawatan susulan bergantung kepada keterukan penyakit, keperluan pesakit, komplians dan perkembangan penyakit. Keputusan untuk memulakan atau menukar rawatan antiretroviral adalah berpandukan parameter makmal kedua – dua plasma HIV RNA dan bilangan sel CD4 dan T sel serta menilai keadaan klinikal pesakit. Pengukuran CD4 dan T sel pada pengidap HIV adalah pada setiap 6 bulan sekali. Manakala untuk pesakit yang menerima rawatan ARV, pengawasan paras CD4 dan T sel dilakukan setiap 3 bulan sekali.