"Saya baru graduasi, mana ada pengalaman! Tak masuk akal."
Saya lanjutkan lagi hantaran Cik Mal CM, maksud di sebalik tahun pengalaman yang diminta bakal majikan dalam permohonan kerja.
Pengalaman datang dari dua jalan.
Pengalaman yang dicari.
Pengalaman yang dicipta.
Pengalaman yang dicari adalah melalui usaha kita masuk ke dalam lingkaran sebelum betul-betul menjadi sebahagiannya. Kita mahu mendapat pendedahan awal.
Contohnya, menjadi pekerja sambilan di reruai penerbit di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Pengalaman yang dicipta adalah melalui usaha kita membangunkan projek-projek sendiri tanpa disuruh dan diminta sesiapa. Kita mahu menumbuhkan kemahiran.
Contohnya, gatal tangan menukarkan nota kuliah menjadi tulisan umum dan disiarkan bersiri dalam platform yang selari dengan topik kita tekuni.
Penghujungnya, kita pun memohon jawatan di sebuah syarikat penerbitan membawa bersama pengalaman yang dicari dan pengalaman yang dicipta sebagai editor perolehan, iaitu editor yang mencari manuskrip berpotensi untuk diterbitkan.
Berita anak-anak kita yang berada di universiti agar mencipta dua jenis pengalaman ini sebelum graduasi.
kursuspenulisan.com
Kami Memenuhi Angan-Angan Penulisan
Membantu menaikkan jenama penulis, organisasi kerajaan dan swasta melalui kursus penulisan berikut;
(1) Kursus Penulis Buletin Organisasi
(2) Kursus Penulisan Rencana gaya Akhbar dan Majalah
(3) Kursus Penulisan Web Portal
(4) Kursus Penulis Buletin Organisasi dan Fotografi
(5) Kursus dari Blog menjadi Buku
(6) Pemasaran Sosial Media untuk Organisasi dan Individu
Jemputan melalui [email protected]
30/10/2024
Atas permintaan. Kita buka semula lebih awal. Kita terhadkan penyertaan.
Bermula kosong, tanpa bakat dan sesingkat 10 minit sehari:
1. Cara menentukan topik yang akan dibeli dan dibaca oleh pembaca.
2. Membina 30 bab asas dalam tempoh 60 minit.
3. Menulis bab yang berdaya pengaruh dan berimpak tinggi. (boleh terus buat nampak hasilnya, Insya-Allah)
Kita usahakan pada hari Sabtu, 9 November 2024.
Rakaman dan grup sokong disediakan.
🌶 Klik dan baca senarai modul di https://bit.ly/mudahtulis
Penulis yang 'work hard' dan 'work smart'
Penulis yang semata-mata 'work hard' - menulis, menulis dan menulis.
Langkah ini bagus bagi membina daya tahan menulis.
Penulis yang work smart - menulis, memperbaiki penulisan, menulis semula, menaikkan kualiti penulisan dengan ilmu dan maklum balas, menulis semula.
Langkah ini bagus bagi membina daya tahan penulis dan meningkatkan kedudukan tulisannya pada mata pembaca.
27/10/2024
Ulama Nusantara, Buya HAMKA bercerita, ketika beliau dalam rumah tahanan atas tuduhan mengkhianati negara, hari-hari di situ fizikal dan mental diseksa. Mereka mahu pengakuan bertulis daripada Buya HAMKA. Orang tua yang diasak oleh sekump**an manusia beruniform setiap pagi dan malam.
Bayangkan kita berada di situ.
Buya HAMKA memberitahu pernah sahaja ulama ini bertarung antara cadangan syaitan agar bunuh diri dan desakan iman dalam hati agar bertahan. Satu jam, iman menakluk diri.
Kemudian Buya HAMKA meminta anaknya, membawa buku yang ditulis sendiri berjudul Falsafah Hidup.
Kata Buya HAMKA, dahulu beliau menulis menasihati orang, sekarang beliau menulis bagi menasihati diri.
Hati dan akal beliau dikuatkan semula dengan ingatan-ingatan dalam tulisan sendiri yang pernah terbit sebelum ini.
Perkara ini berlaku bagi kebanyakan penulis.
Asalnya penulis buku bisnes menulis panduan kepada orang lain, tetapi dia kembali merujuk buku tulisan sendiri.
Seorang penulis motivasi mendorong pembaca dengan kata-kata, berlaku keadaan teruji, penulis itu menguatkan diri dengan tulisan sendiri.
Ada juga penulis kisah hidup yang asalnya bagi memberi inspirasi kepada keluarga, akhirnya buku itu mengingatkan dia semula agar terus kuat dalam hidup dan tahu membuat keputusan ketika mana kehidupan harian penulis membuatkan dia terlupa dia sendiri ada jalan keluar.
Menulis untuk orang akan kembali menjadi menulis untuk diri.
Mahu menulis bagi persediaan kepada diri sendiri?
Masuk dalam lingkaran komuniti dalam komen pertama.
"Wah, ini kaduk naik junjung!'
"Biarkan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tangan jua."
"Hmmm buruk siku dia ini."
Kebiasaan menggunakan pantun, bidalan, peribahasa dalam perbualan menjadikan orang Melayu mahir memahami sesuatu secara tersirat. Kemahiran berfikir secara halus semakin tajam, tindakan lebh tepat.
Masyarakat Melayu tanpa pantun, peribahasa dan bidalan menjadikan cara berfikir semakin literal, lurus, terus kepada maksud.
Kemudian, dia tergesa-gesa komen di hantaran media sosial, membuat kesimp**an dengan hanya membaca tajuk berita.
Ini adalah contoh hilangnya kemahiran berfikir secara halus.
Saya bercita-cita Sekolah Penulisan akan keluarkan geran-geran penyelidikan agar para pensyarah p**a membuat kajian berkaitan produktiviti dalam penulisan, kebolehbacaan pada teks, persembahan reka letak buku yang ada impak jualan dan pembinaan kerjaya penulis.
Hasil kajian itu kita sebarkan kepada para alumni kembali. Mereka dapat gunakan dalam kerja-kerja mereka.
Saya berharap saudara terus menerus menyokong kami dengan menyertai apa yang usahakan dan uar-uarkan kepada yang mencari jalan menulis bagi mencipta kepungan kebaikan. Kita akan bunjut wang dan lakukan penyelidikan secara akademik melalui peranan universiti. Hasilnya, kita gunakan semula ke atas kerja-kerja penulisan sendiri.
Katakan buku tulisan kita seperti bayi.
Bagaimana kita membesarkan buku itu melalui penjagaan setiap hari?
Apakah usaha harian yang kita akan lakukan ke atas buku itu?
Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertahun-tahun lama dahulu, ketika mana Habiburrahman El-Shirazy menjadi nama yang disebut-sebut pembaca novel, beliau datang ke sini bagi mempromosikan novel Ketika Cinta Bertasbih.
Saya berada di tingkat tiga memerhatikan acara di ruang pentas utama.
Tiba masa soal jawab. Wah, sesi soal jawab sudah lama tidak berlaku dalam tiga tahun acara pesta buku kita selepas tahun 2022.
Seorang wanita bertanya, Adakah watak seperti Abdullah Khaerul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih dalam dunia sebenar?"
Lebih kurang begini kata penulis, "Apa yang tidak ada di dunia kamu, mungkin ada untuk dunia orang lain."
25/10/2024
Alhamdulillah, 83 penulis memandaikan bangsa berjaya dibentuk dalam perkongsian teknik menulis yang lalu.
Mereka menyambut hari jadi organisasi dengan cara tersendiri.
Projek penulisan sempena 30 tahun Kolej Mara Kuala Nerang.
Paling menggembirakan ada 10 orang staf sokongan. Ada juga pengawal keselamatan. Tak dilupa, penyelenggara dewan selera, wakil koperasi dan pekerja cucian juga sudi menulis.
Orang paling atas dalam hierarki dan orang di bawah yang menjadi tunjang organisasi, semuanya menulis.
Semua orang ada bahagian yang dapat dikongsi.
Mula-mula satu bab.
Lama-lama 30 bab datang dari dalam diri.
Setiap organisasi mesti mengikut jejak langkah ini. Semua suara diberikan ruang.
Terima kasih Tuan Haizan Runsah kerana memberikan saya peluang menyampaikan sesi kilat menulis diri.
Buku swaterbit tetapi persembahannya reka letak yang mendorong soalan, "Siapa 'penerbit' buku ini."
Apa yang saudara cari apabila membaca buku berkenaan kisah hidup seseorang?
Tulisan pertama yang mesti ditambah baik adalah bahagian about me di media sosial.
Jika cara kita menulis perkenalan diri bikin orang tak faham, maka mudahkan, tujuannya orang agar jarak sosial dapat dikurangkan.
Contoh
About me 👎
Hamba Allah yang mencari kasih, mendaki gunung-ganang kehidupan demi keredaan. Seorang guru pembawa lilin mencegah kejahilan.
About me 👌
Seorang Muslim, guru dengan misi memandaikan anak bangsa melalui kaedah pendidik 'beritahu dan demonstrasi'
"Bangsa yang kalah tak dapat menulis sejarahnya sendiri." Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Telephone
Website
Address
No. 11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
Kuala Lumpur
53300