Taska Farhanna Metro Prima Kepong - 01129187000
Perkhidmatan TASKA dan TRANSIT
30/10/2023
27/10/2022
12/11/2020
06/11/2020
Assalaamualaikum n good morning
Hi guys!dah enrol ke belum?jangan lambat2 ye coz kuota terhad..
27/10/2020
Don't delay
Enrol now !!
Terpinga-pinga saya dibuatnya.
Baru-baru ni saya lihat seorang kanak-kanak perempuan di klinik.
Dah jadi rutin, saya akan uji tahap perkembangan mereka mengikut usia.
“Adik ambil pensel ni dan tolong lukiskan bulatan.”
Baru saja anak ni ambil pensel, maknya terus pegang tangan anaknya dan mereka sama-sama lukis bulatan tu.
“Eh tak apa puan, bagi dia yang buat.”
Berkali-kali saya cakap, barulah maknya lepaskan tangan anak.
Saya minta anak ni lukis garisan lurus p**a.
Lagi sekali mak dia pegang tangan anak dan sama-sama lukis garisan tu.
“Puan, kita biar anak yang buat ya. Saya nak tengok cara dia pegang pensel.”
Dengan berat hati, dia biarkan anaknya melukis seorang diri.
Bila dibiar anak yang lukis, cantik je lukisan anak tu. Pandai juga dia pegang pensel.
Bila saya ceritakan pada isteri, dia kata kemungkinan besar saya dah berjumpa dengan “Lawnmower Parents”.
Mak Ayah Lawnmower
👉🏻 Mak ayah yang akan buat apa saja yang perlu untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran, kerja yang susah atau hadapi kegagalan.
👉🏻 Mak ayah ni akan potong semua halangan hinggakan anak tak terima sebarang cabaran.
TANDA-TANDA ANDA MUNGKIN MAK AYAH LAWNMOWER
🚨 Tak benarkan anak menangani konflik.
“Kakak nanti main dengan kawan yang sama je ya.”
🚨 Buat apa saja supaya anak tak didenda atau ditegur di sekolah.
“Tak apa abang terlupa. Mak hantarkan botol air dan buku yang tertinggal tu ke sekolah sekarang.”
🚨 Anda ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.
“Apa-apa kerja sekolah, biar ayah yang buatkan.”
🚨Anda masih menguruskan bilik anak yang lebih tua.
“Cepat pergi sekolah, biar ibu kemas bilik kakak.”
🚨Anda tak benarkan anak tunggang basikal kerana bimbang cedera.
”Jangan main, pegang tangan ayah”
🚨 Anda sanggup berjumpa guru untuk tentukan jadual kelas anak atau bertengkar dengan guru sebab markah peperiksaan anak.
🚨 Sanggup belikan apa saja untuk anak supaya anak tak rasa ketinggalan.
Kesannya, anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup.
Kajian dari University of Minnesota Institute of Child Development menunjukkan, bayi 2 tahun yang ibunya terlalu mengawal ketika bermain, tak dapat kawal emosi dengan baik ketika usia 5 tahun.
Anak tak tahu cara nak urus beban emosi seperti stress, gelisah, dan sentiasa takut gagal.
Ada masanya, kita beri ruang pada anak untuk belajar atasi konflik. Ada masanya, kita biar anak buat silap. Itu peluang untuk mereka jadi lebih kuat sebelum pergi ke alam pekerjaan.
Bantu saya ilmu ni pada mak ayah yang lain. Moga ada manfaatnya pada kita semua.
Jemput follow FB Redza Zainol.
Lebih banyak ilmu kekeluargaan dan kesihatan kanak-kanak di ▶️
30/08/2020
BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL
Belajar tentang ilmu ECCE ni
Bukan ilmu main-main..
Bukan buat surface-surface je..
Bukan tangkap muat, sekejap nak cerita itu, sekejap nak cerita ini..
Bukan buat untuk business sbg tujuan utama..
Bukan buat sebab trending atau ikut glamor..
Bukan sebab ikut pangkat seseorang atau kedudukan..
Bukan sebab "anyone boleh petik, then you all terus percaya"
Ilmu ECCE ni mahal..
Kena belajar, kaji, practical & observe 8jam sehari (kadang-kadang lebih) setiap hari dan sambung p**a collaboration with parents di rumah dan hujung minggu..
[Mungkin tak glamor dan pop**ar (not yet), tapi impactnya sgt besar pada anak..]
Ya betul-betul mahal..
Sebab ianya tentang brain development di usia golden age bawah 7tahun, tentang bagaimana pemikiran/kelakuan seorang manusia itu bila besar nanti..
Sebab ilmu ECCE 'yang macamana' Mommy buat, Teacher buat pada anak-anak bawah 7tahun sekarang ni akan bentuk bagaimana mereka bila mereka dewasa nanti..
Dan SANGAT mahal..
Sebab anak-anak ni bukan bahan ujikaji yang kita boleh buat ikut ilmu surface-surface JE ye.. Atau ikut trending JE ye.. Atau ikut sebab ramai JE yang ikut ye.. BUKAN!
Bawah 7tahun ni kalau dah berlalu,
tak kembali dah..
Brain develop 90% masa bawah 5tahun dan akan hanya tinggal 10% je selepas tu..
Nak develop mana dulu, definitely emosinya BUKAN akademik..
SEBAB otak akademik (kiri) mula terbentuk dan MULA matang 7tahun ke atas (refer neurologist)..
Why so RUSHING nak anak belajar online lah, menghafal lah, buat aktiviti ituinilah untuk mereka sedia belajar formal..?
Sampai beratus-ratus aktiviti dicarikan, disediakan untuk anak-anak..?
Sampai 'bermain' pun Mommy yang nak decide kan, sediakan untuk anak-anak..?
Dah, bilanya anak tu nak BELAJAR?
Belajar buat pilihan
Belajar buat keputusan
Belajar jadi kreatif
Belajar jadi pencipta/inventor
Belajar cari idea dan respect idea orang lain
Sementara Mommy tersalah gali ilmu,
masa pun berlalu..
Dan yang paling sedih (dan Mommy tak perasan pun) tinggal hanyalah pembentukkan otak yang sgt sedikit (tidak optimum) untuk ANAK-ANAK lepas 7tahun..
Dan akhirnya lahirlah rantaian anak robot dek kesilapan kita terikut pada ilmu yang surface surface tadi..
Bila besar anak bergelut baru nak belajar untuk memerah idea sendiri DISEBABKAN mereka sepatutnya bermain sebanyak mungkin tapi kita dah decide kan & sediakan beratus-ratus aktiviti untuk mereka dan focus hanya untuk pembelajaran formal untuk mereka..
Maaf saya cakap, kesian kat anak tu nanti.. 😥
Photo by: amazon.com
Amazon.com: Online Shopping for Electronics, Apparel, Computers, Books, DVDs & more Free delivery on millions of items with Prime. Low prices across earth's biggest selection of books, music, DVDs, electronics, computers, software, apparel & accessories, shoes, jewelry, tools & hardware, housewares, furniture, sporting goods, beauty & personal care, groceries & just about anything....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
52100
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 18:45 |
| Tuesday | 07:00 - 18:45 |
| Wednesday | 07:00 - 18:45 |
| Thursday | 07:00 - 18:45 |
| Friday | 07:00 - 18:45 |