SK Sentul 2

SK Sentul 2

Share

BELAJAR UNTUK BERBAKTI
BELIEVE IN YOURSELF
ANAK BAIK LAGI CERDIK

18/04/2026

MAJLIS PERPISAHAN EN. MANIMARAN AL/SUBBAN

๐Ÿ“ŒJumaat
๐Ÿ“Œ17 April 2026

Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Menjalara.

Terima kasih atas bakti di sini. Selamat bertugas di tempat baru. Semoga sentiasa sihat, ceria dan terus cemerlang.



18/04/2026

PROGRAM MERENTAS DESA

๐Ÿ“ŒJumaat
๐Ÿ“Œ17 April 2026

Tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan keceriaan. Walaupun berpeluh dan penat, semua peserta tetap menunjukkan usaha, ketahanan dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang larian.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah memupuk semangat berdaya saing secara sihat serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.

Syabas kepada para pemenang dan semua murid yang berjaya menamatkan larian!

Unit Kokurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan program.

Tidak dilupakan Persatuan Ibu Bapa - Guru dan ibu bapa/penjaga yang sudi bertugas sebagai sukarelawan untuk membantu perjalanan program.

Kami mohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul sepanjang program dan kami berharap program kokurikulum seterusnya lebih baik dalam usaha kita membentuk kemenjadian murid.

Semoga jasa dan budi semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mendapat balasan kebaikan.



Photos from SK Sentul 2's post 15/04/2026

MAJLIS PELANCARAN HAFLAH AL-QURAN & IQRA' TAHUN 6

๐Ÿ“ŒIsnin
๐Ÿ“Œ13 April 2026

Program ini diadakan pada April hingga Oktober untuk memastikan murid-murid Tahun 6 dapat melepasi bacaan Iqra' 1 hingga Iqra' 3 seterusnya naik ke Iqra' 4 hingga Iqra' 6.

Selain itu, program ini turut mensasarkan murid-murid Tahun 6 yang berpotensi untuk khatam Al-Quran dapat mencapai matlamat tersebut.

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam atas inisiatif murni ini dan sekalung penghargaan kepada guru-guru yang berperanan sebagai mentor.

Terima kasih kepada ibu bapa/penjaga, guru-guru, murid-murid dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semoga program ini dapat meningkatkan penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan murid serta menyemai kecintaan terhadap Al-Quran sejak di bangku sekolah.



Photos from SK Sentul 2's post 15/04/2026

PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BERSAMA BLINK
(TEKNIK MELUKIS KARAKTER DARI GEOMETRI)

๐Ÿ“ŒSelasa
๐Ÿ“Œ14 April 2026

Terima kasih kepada Blink Book Sdn. Bhd. kerana sudi mengadakan program dan membuat sumbangan buku kepada pusat sumber sekolah.

Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan dalam sebarang program untuk pembangunan dan kemenjadian murid-murid.

Tahniah kepada guru-guru, murid-murid dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.



14/04/2026

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA & BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

๐Ÿ“ŒIsnin
๐Ÿ“Œ6 April 2026

Tahniah dan terima kasih kepada Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab, ibu bapa/penjaga, murid-murid dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Ayuh murid-murid ambil peluang ini untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman masing-masing.



14/04/2026

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NUR AZHANI, CIKGU SYAZWAN DAN USTAZ ABDUL MUIZ

๐Ÿ“ŒJumaat
๐Ÿ“Œ3 April 2026

Terima kasih cikgu-cikgu atas segala ilmu, jasa dan budi sepanjang bersama kami. Kenangan ini akan sentiasa di hati.

Selamat bertugas dan semoga cikgu-cikgu terus cemerlang di tempat baharu.

CIKGU NUR AZHANI
SK KUALA BETIS, GUA MUSANG, KELANTAN

CIKGU SYAZWAN
SK LANGGAR, ALOR SETAR, KEDAH

USTAZ ABDUL MUIZ
SK SERI INAS, BALING, KEDAH



Photos from SK Sentul 2's post 14/04/2026

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI PUAN NORHAYATI BINTI MUSTAFA (GURU BESAR)

๐Ÿ“ŒRabu
๐Ÿ“Œ1 April 2026
๐Ÿ“ŒDewan Sri Sentul

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Norhayati binti Mustafa atas segala jasa yang dicurahkan sepanjang beliau menerajui sekolah ini.

Kami mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kejayaan dalam setiap langkah pada masa hadapan.

Segala bakti yang ditaburkan amat bermakna dan menjadi inspirasi serta kenangan terindah kepada seluruh warga sekolah.

Kami turut mengalu-alukan kehadiran Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Haji Azman bin Ab. Kadir, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Sentul dan Tuan Haji Mohd Bahaudin Bokhari bin Manaf, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Keramat serta semua tetamu jemputan yang sudi menyerikan majlis.

Tidak dilupakan Persatuan Ibu Bapa - Guru, ibu bapa/penjaga, guru-guru, murid-murid dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dibalas dengan ganjaran pahala yang berpanjangan.



Photos from SK Sentul 2's post 14/04/2026

KEJOHANAN CATUR MSSD SENTUL

๐Ÿ“Œ1- 2 APRIL 2026 (KUMPULAN)
๐Ÿ“Œ6 - 8 APRIL 2026 (INDIVIDU)
๐Ÿ“ŒSK ST MARY

PESERTA:
1. AHMAD HANAFI BIN AHMAD FATHI (5M)
2. AKID UKAIL BIN KHAIRUL HISHAM (5M)
3. AKEEM BIN HASRIZAL (6C)
4. ALEESYA QAISARA BINTI MUHAMMAD NORHISYAM (6C)
5. MUHAMAD ARYYAN DANIEL BIN NOR ZULHAIRI (6C)
6. MUHAMMAD ALIF IZWAN BIN ABDUL RAHMAN (6C)
7. ZIKRI MUHAIMIIN BIN MOHAMAD KHAIRUL NIZAM (6C)
8. FARID AMSYAR BIN MD FADZLI (6M)
9. PUTRI ANISA BINTI RAMLI (6M)

JURULATIH:
EN. SYAZWAN BIN FAUZI

PENGURUS:
PN. HAZLIEN BINTI PATAHUDDIN

Tahniah dan syabas kepada murid-murid dan guru-guru terlibat.

Terima kasih kepada penganjur, ibu bapa/penjaga, pentadbir, guru-guru, murid-murid dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Teruskan kecemerlangan pada masa hadapan.



Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur's post 07/04/2026

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Azman bin Ab Kadir, Pegawai Pendidikan Daerah Sentul atas kesudian melawat prasekolah anak-anak kami.

Kehadiran tuan dapat memberi inspirasi serta bimbingan yang bermakna dalam usaha kami meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah ini seterusnya melahirkan murid yang cemerlang.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


SK Sentul 2
Kuala Lumpur
51100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00