16/12/2025
Bismillah 😊 menuju ke 2026 dengan nawaitu yang baik.
🤔Selalunya dalam solat kita baca surah apa? adakah surah yang sama @ surah 3 qul je?
🤔Umur dah meningkat ni ada tak rasa susah nak hafaz? @ rasa takpe la biar je baca surah yang sama setiap hari?
Jangan pening pening, sebenarnya mudah je kita nak hafaz jika betul caranya walau diri dah berusia💪🏻 kami bimbing anda cara hafaz surah-surah lazim yang rasa mudah, santai dan sampai.
Info: tekan link dibawah
www.wasap.my/60122045136/Hafazan2026
08/08/2024
ZAMAN CABARAN MENDIDIK ANAK-ANAK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangan biarkan anak² sepi tanpa al-Quran
Jangan biarkan anak² leka didepan gajet
Jangan biarkan anak² hargai gajet dari al-Quran
Jangan biarkan anak² subur dengan fikiran tak baik
Jangan biarkan anak² bersikap pentingkan diri
Jangan biarkan anak² tertidur dengan gajet
Jangan biarkan anak² tersenyum depan gajet
Jangan biarkan anak² mesra dengan gajet
Cabaran mendidik anak² zaman sekarang😌
Punca utamanya bila anak² mula diberi gajet😔
Ubatlah diri anak² dengan al-Quran
Rawatlah diri anak² dengan al-Quran
Lindungilah diri anak² dengan kesucian al-Quran
Bentenglah diri anak² dengan ilmu al-Quran.
Mengaji harian kanak²: tekan link👇👇👇
www.wasap.my/60122045136/Mengajiharian
23/06/2024
TOLONG DIRI SENDIRI
~~~~~~~~~~~~~~
Allahhu akbar berdunyun duyun manusia... begini lah gambaran kita nanti, yang akan dikumpulkan dipadang mahsyar kelak, tiada siapa yang akan menolong kecuali amal soleh yang kita lakukan semasa hidup didunia ini... amal yang kita lakukan sekarang umpama menolong diri kita sendiri diakhirat nanti.
Jom! jadi yang lebih baik, tambah amal... tambah ibadah dan perbaiki iman kita... moga kita mendapat redho Allah dan syafaat Nabi.
Mengaji sebelum terlambat : klik link 👇👇👇
www.wasap.my/60122045136/Tanyamengaji
09/06/2024
QURBAN SEBELUM PENUH!
🐐🐄🐫🐏🐪🐑🐐🐄🐫🐏
Sabda Nabi Muhammad SAW 'Perbesarkanlah olehmu korban-korban kamu kerana bahawa ia jadi tunggangan kamu di atas titian sirat pada hari kiamat.'
Qurban setiap tahun
Qurban tanda Cinta
Qurban tanda Syukur
Buat setiap tahun berkongsi rezeki pada yang memerlukan supaya kita dapat ganjaran pahala yang dijanjikan.
Dah daftar Qurban?
Sempat ke???
Ye!!!! sempat lagi ni,
Jom! kami bantu.
Boleh pilih slot-slot negara yang belum cukup kuota
"Bersama Team Fitrah Ummah"
"Bersama Sukarelawan yang Membantu"
Nak sertai Qurban : Klik link 👇
https://fitrahummah.com/ref/93/60122045136
08/06/2024
💗 MENDONGAK LANGIT ZULHIJJAH💗
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Al fajr (ayt: 1 & 2)... maksudnya: Demi fajar dan malam yang 10... (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)
Mengikut Ulama', mentafsir kan ,10 itu adalah daripada malam² 10 zulhijjah... hingga Allah bersumpah di dalam al-Quran.
Tidak ada hari² yang paling dicintai oleh Allah SWT, selain 10 daripada malam² zulhijjah....
Keutamaam 10 malam² di bulan zulhijjah ni, bermakna Allah beri peluang² ganjaran yang hebat pada hamba²nya.
Rancanglah ibadah kita, kita ni kalau nak bercuti 2 hari pi cameron highland ke (contoh) pun kita merancang supaya tak terlepas masa, tempat² menarik, makanan² sedap.... ini peluang Allah bagi ganjaran yang besar, kita lepaskan begitu saja, malahan dah hidup 50thn, 60thn 70thn... masih ada lagi yg tak tau peluang @ ganjaran yang Allah berikan pada bulan zulhijjah.
Hablum minAllah... hablum minannas
Hubungan dengan Allah, apa kita nak buat?
Hubungan dengan manusia, apa kita nak buat?
Contoh ibadah korban, terlalu berkira kita dgn Allah walhal setiap bulu binatang tu Allah gugurkan dosanya... Masyaa Allah, hebat ganjaran Allah berikan tapi kita pandang sebelah mata... andai kita berkemampuan buatlah, berkongsilah rezeki dgn orang yang memerlukan... korban tanda syukur, korban tanda cinta... ibadah korban ni peluangnya, hanya bulah zulhijjah je boleh kita lakukan, peluang nya bukan selalu... tahun depan belum tahu kita boleh lakukan atau tak... kadang² kita keraskan hati kita, kita kata.. alah aku dah buat dah qurban tahun lepas... tahun ni tak payah buat, cuba kalulah Allah p**a kata 'Aku' dah bagi kau sihat tahun lepas, tahun ni 'Aku' bagi kau sakit, susah, bagi kau masalah... macam mana? huhu.
Falsafah disebalik ibadah quban:
Surah al-hajj ayt: 37
Sama sekali tidak akn sampai daging, darah, atau bulu nya pada Allah... tapi yang sampai pada Allah adalah amal yang ikhlas serta ketakwaan kamu pada Allah SWT.
Demikianlah ditundukkan binatang² ternakan itu hanya untuk hidayah kamu... orang yg melakukan ibadah qurban ni adalah atas petunjuk dan hidayah Allah, maka bersyukurlah kamu.
Tidak ada amalan yang lebih suci dari Allah SWT, dan tiada lebih besar pahala kebaikannya disisi Allah dengan beramal 10 drpd hari² bln zulhijjah.... kerana terdapat amalan² yang terkumpul di dalam bulan itu. Itu lah sebab menjadi hari yang paling utama disisi Allah berbanding bulan² lain.
Antara amalan terkumpul yang boleh dilakukan... adalah yang paling besar rukun haji, puasa, qurban sembelihan, zikir khas, laungan takbir, tahlil, tahmid.
Subhanallah Allah maha suci Allah.
Nak buat ibadah qurban tekan link:👇
Masih sempat lagi.
➡️ https://fitrahummah.com/ref/93/0122045136
Ikhlas dari:
Perkongsian catatan dari ceramah dhuha -
1 Zulhijjah 1445H
05/06/2024
💗 PILIH JE, TEKNIK dan CARA MENGAJI 💗
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Kalau anda diberi pilihan... anda s**a yang mana?🤔 mengaji berdepan guru secara fizikal atau mengaji berdepan guru secara online?🤔
Zaman sekarang ni, macam-macam pilihan belajar mengaji... boleh belajar berdepan guru, belajar secara online, belajar panggil guru datang kerumah, belajar guna pen elektronik, belajar mendengar audio, belajar dengan selesa dalam aircond dan berbagai-bagai teknik yang mudah p**a tu, untuk belajar al-Quran... tapi huhu🤔🤔🤔 berapa ramailah sangat yang bersungguh-sungguh nak belajar? berapa ramai p**a yang tak lancar, merangkak-rangkak baca al-Quran? yang lebih sedih berapa ramai yang tak kenal huruf al-Quran?..berapa ramai yang tak boleh baca al-Quran???.. pendek kata yang buta huruf??? ramai tuan puan, ye ramai sungguh.. Allahhu😔
Dah.. dah tu jom! renung-renungkan kita di tahap yang mana?🤔🤔🤔
Nak mengaji: klik link 👇
www.wasap.my/60122045136/Tanyamengaji
05/06/2024
DULU GURU AL-QURAN GARANG😬
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Sape dulu zaman kecik-kecik belajar alif, ba', ta' bermula dengan buku yang macam ni... ce angkat tangan kejap🙋♂️🙋🏼♀️ hehe maknanya dah tua... dulu kita panggil muqaddam, masa tu tulisan dalamnye semua hitam, takde warna warni... tulisannye pun tak guna resm uthmani.
Dulu guru-guru al-Quran ni garang... teringat masa kecik time ngaji lepas maghrib, walaupun bapa sendiri yang ajar mengaji tapi tak pilih kasih... kalau salah baca, main-main tengah ngaji, makan @ minum mesti kena rotan... kalau tak dapat baca kena tengking, sampai nangis-nangis basah muqaddan tu.
Satu kampung datang mengaji dirumah, lepas maghrib riuh rendah rumah dengan bacaan al-Quran bukan budak-budak je ngaji... sesi mengaji dewasa pun ada tapi yang dewasa, lepas isyak dalam jam 11.00 malam hingga 1.00 pagi, begitulah gigihnya arwah ayahnda dan bonda mengajar kami adik beradik dan orang kampung baca al-Quran.
Dulu zaman kami kecik-kecik darjah 2 @ darjah 3 dah khatam Quran 30 juzuk, sebab seawal 4 @ 5 tahun dah duk mengaji... bila naik Quran bacaan memang lancar alhamdulillah, tiada gajet... tiada game, tiktok, insta, tiada fb, tiada handphone, wasap dan benda-benda tu semua berbanding dengan budak sekarang... huhu.
Sekarang giliran kita p**a ajar anak-anak dan orang dewasa mengaji... moga ganjaran pahalanya terus mengalir kepada mereka... aamiin.
Al-fatihah buat mereka🤲
Info nengaji: klik link👇
www.wassp.my/60122045136/Tanyamengaji
04/06/2024
KHAS KELAS DEWASA🔊🔊🔊🔊🔊
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن و لا
ء ي.....
KELAS NGAJI BERMULA ALIF BA' TA'
Sape nak belajar mengaji bermula dari asas mengenal huruf hingga boleh baca🙋♂️🙋🏼♀️
💁♀️Boleh pilih online atau fizikal.
Kami sedang membuat pengambilan tapi yang benar-benar serius sahaja boleh daftar, yang rasa tak boleh bagi kerjasama takpe lupakan tak perlu daftar.
Terhaddd! cepaaattt sebelum tawaran berakhir🏃♀️🏃♂️
Info lanjut klik link: 👇
www.wasap.my/60122045136/KHASDEWASA
04/06/2024
JEMPUTAN BERJEMAAH KHAS - TERBUKA PADA MUSLIMAT SAHAJA!!
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Dah 3 tahun lebih...⬇️⬇️⬇️
Kami sama-sama memanfaatkan waktu selepas subuh... boleh tekan link dibawah yang diberi👇
📌Muslimat Berjemaah
Rabu - 5/6/24
Khamis - 6/6/24
Jumaat - 7/6/24
3x - seminggu
Tekan link utk sertai:
https://meet.google.com/ozj-gyrr-hgs
⏰ Jam: 7.30pagi
📿🕋🕌📿🕋🕌📿🕋🕌📿
1️⃣RABU ~ Ratib Al-Attas
2️⃣KHAMIS ~ Hizb Bahar /Nawawi
3️⃣JUMAAT ~ Selawat Dalai'l Khairat
🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋
❤️ Mohon Redho Allah SWT
❤️ Mohon Syafaat Nabi SAW
❤️ Mohon Syurga Tanpa Hisab
❤️ Mohon Husnul Khatimah
🤲🏻 Doa Mendoakan Sesama Kita
02/06/2024
♡ UBAT HATI dan KETENANGAN ♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Antara ubat hati yang boleh memberi ketenangan pada seseorang adalah dengan membaca al-Quran... tapi jangan baca al-Quran tu masa kita sedih dan duka jeee, baca lah al-Quran walau kita dalam keadaan s**a, gembira, bahgia dan dimana saje setiap hari... pasti akan rasa nikmat yang tak terucap.
Berpegang lah pada 2 benda ni, nescaya kamu tidak akan sesat iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Info kelas mengaji: klik link👇
www.wasap.my/60122045136/Tanyangaji
www.wasap.my/60122000796/Tanyangaji