01/05/2026
Sekolah Kebangsaan Seri Indah KL
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Seri Indah KL, School, Jalan Hujan Bukit Overseas Union Garden, Kuala Lumpur.
01/05/2026
26/04/2026
Mesyuarat PIBG Kali Ke-26
SK Seri Indah
Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Tempat: Dewan Gemilang SKSI
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan guru yang telah hadir serta memberikan komitmen dalam menjayakan Mesyuarat PIBG Kali Ke-26 ini 🤝
Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh demi kecemerlangan dan kebajikan anak-anak SK Seri Indah 🌟
26/04/2026
23 April 2026 (Khamis)
📚 Jom Baca 2026!
Satu buku, seribu ilmu ✨
Mari sama-sama semai budaya membaca demi masa depan gemilang 💡
07/04/2026
Kejohanan Catur MSSD Bangsar
Tarikh : 31 Mac - 2 April ( Individu)
6 April - 7 April ( Berkumpulan)
Tempat : SMK Seri Saujana
Seramai 17 org murid SK Seri Indah telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Catur MSSD Bangsar bagi kategori individu dan berkumpulan di SMK Seri Saujana.
Daripada pembukaan permainan hingga langkah terakhir, mereka beraksi dengan penuh fokus, sabar dan bijak merancang setiap gerakan.
Apa pun keputusan, pengalaman ini adalah kemenangan sebenar🏆🏆
17/03/2026
✨ MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENUTUPAN IHYA’ RAMADAN ✨
Ramadan hadir membawa seribu keberkatan… dan pergi meninggalkan sejuta kenangan 🌙💫
Alhamdulillah, sepanjang bulan yang mulia ini, pelbagai pengisian rohani telah berjaya dilaksanakan dalam usaha menyemai cinta terhadap ibadah dalam kalangan warga sekolah ❤️
Antaranya:
📖 Tadarus Al-Quran
🕌 Solat Dhuha
🎤 Tazkirah Ramadan
🍽 Iftar Jamaie
🤲 Program keagamaan
🎁 Sumbangan asnaf & duit raya
Kemuncaknya, Majlis Khatam Al-Quran menjadi saksi kesungguhan dan keazaman dalam mendekati Kalamullah 📖✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang, sama ada dari segi tenaga, masa dan kewangan dalam menjayakan program ini 🌹
Sesungguhnya, setiap kebaikan yang disemai pasti akan membuahkan ganjaran di sisi Allah SWT 🤍
Semoga segala amalan diterima dan Ramadan yang berlalu menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik… InsyaAllah 🌙✨
13/03/2026
11 MAC 2026 ,21 RAMADAN 1447H, RABU
PROGRAM WORLD QURAN HOUR❤️
Alhamdulillah, warga sekolah telah bersama-sama menjayakan World sebagai satu usaha menyemarakkan budaya membaca, memahami dan menghayati Al-Quran.
Semoga program ini dapat mendidik hati agar sentiasa dekat dengan Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
“Baca, Faham, Amal.”
World
13/03/2026
9/3 Isnin:: Pihak sekolah sentiasa komited dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku buli serta gangguan seksual.
Melalui Gerakan Menangani Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual di Sekolah, diharapkan semua warga sekolah dapat bersama-sama memupuk nilai hormat-menghormati, empati dan tanggungjawab dalam membina suasana sekolah yang harmoni.
Bersama kita cegah buli dan gangguan seksual.
Sekolah selamat, murid sejahtera❤️
13/03/2026
Isnin, 9 Mac 2026
Majlis Pelancaran Program NILAM & Kempen Galakan Membaca
Program ini bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan murid serta membudayakan amalan membaca sebagai sumber ilmu dan pengetahuan. Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi yang cintakan ilmu. 📖
27/02/2026
27/2 (Jumaat) : Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyakkan amal, menyantuni insan memerlukan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Sekolah turut melancarkan Tabung Sumbangan Ramadan secara Herepay..Boleh disalurkan melalui https://app.herepay.org/pibgskseriindah/IR2026
Sumbangan yang dikumpulkan akan digunakan untuk:
✅ Bakul Ramadan
✅ Sumbangan Asnaf
✅ Iftar Jamaie
✅ Sokongan Aktiviti Keagamaan
Semoga setiap sumbangan yang diberi menjadi saham akhirat dan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT. 🤲🌙✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Hujan Bukit Overseas Union Garden
Kuala Lumpur
58200