09/09/2026
𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐋𝐀𝐐𝐐𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐓𝐇, 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐀
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya menerusi Program Pengajian Ikhtisas bersama rakan kerjasama Akademi Talaqqi Kitab Turath dan Pusat Pengajian Minhajul Abidin menawarkan Kursus Talaqqi Kitab Turath di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan di Pusat Pengajian Minhajul Abidin, Pendang, Kedah sebagai satu usaha pengembangan ilmu berteraskan kurikulum kitab turath warisan Ulama Melayu/Jawi yang sesuai untuk mendidik masyarakat ke arah pembinaan warganegara yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kurikulum yang diangkat dalam pengajian ini adalah warisan Ulama Melayu/Jawi yang dahulunya berpusat di Mekah dan seterusnya ia dikembangkan di pusat-pusat pengajian Pondok di Nusantara khususnya di Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Bagi mendepani cabaran hidup beragama umat Islam hari ini khususnya melibatkan perkara fardu ain (Tawhid, Fiqah dan Tasawuf), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya melangkah ke depan dan mengambil tanggungjawab dalam menawarkan program pengajian berteraskan kurikulum kitab turath dengan kerjasama pondok.
Sama-sama kita berusaha untuk saling lengkap-mempelengkapi antara pondok dan universiti demi maslahat umat hari ini.
Adalah diharapkan semua pihak dapat menyokong dan membantu usaha ini.
Pendaftaran modul Fiqah1 dan Fiqah2 di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya boleh dibuat dalam pautan dibawah:
https://shorturl.at/xlW9S
https://shorturl.at/xlW9S
https://shorturl.at/xlW9S
Pendaftaran modul Tawhid dan Tasawuf di Pusat Pengajian Minhajul Abidin (Rakan Kerjasama APIUM) boleh dibuat dalam pautan dibawah:
https://shorturl.at/IXSJQ
https://shorturl.at/IXSJQ
https://shorturl.at/IXSJQ
Mafhum dari Hadis Nabi SAW, "Barangsiapa menunjuk di atas kebaikan, seperti dia mengerjakan, jika seseorang itu mengamalkan apa yang ditunjuk, maka pahala akan sampai kepada orang yang menunjuk."
Barakallahufikum
"𝐌𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐥𝐞𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐦𝐞𝐭𝐨𝐝𝐞 𝐭𝐚𝐥𝐚𝐪𝐪𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐧𝐚𝐝."
Admin
TALAQQI