07/08/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗝𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗥𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗨𝗥𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗣𝗜𝗦𝗠𝗣) 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu PPISMP Ambilan Ogos 2026.
Semoga kehadiran anda menjadi permulaan kepada perjalanan yang penuh ilmu, pengalaman dan kecemerlangan sebagai bakal pendidik yang berintegriti, berjiwa pendidik serta bersedia menghadapi cabaran pendidikan masa hadapan.
Tarikh Pendaftaran :
10 Ogos 2026 (Isnin)
Tempat :
Dewan Dato Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas
Masa :
7.30 pagi
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 Telefon: +603-9191 2700
📧 E-mel: [email protected]
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat (Kecuali Cuti Umum)
Isnin – Khamis
🕗 8.00 pagi – 1.00 petang
🕑 2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat
🕗 8.00 pagi – 11.30 pagi
🕑 2.00 petang – 5.00 petang
"𝗠𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗚𝘂𝗿𝘂, 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻."
07/08/2026
𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗦𝗱 𝗜𝗣𝗚 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗛𝗔𝗦
📌 Tahniah dan syabas kepada wakil Pembimbing Rakan Siswa Didik (PRSd) IPG Kampus Ilmu Khas atas kejayaan meraih Pingat Perak 🥈 dalam Pertandingan Inovasi Simposium Inspirasi PRSd MY ETEMS Peringkat Kebangsaan 2026.
📌 Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti, usaha gigih dan semangat kerjasama dalam menghasilkan inovasi yang berkualiti serta berdaya saing di peringkat kebangsaan.
📌 Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PRSd untuk terus berinovasi dan mengharumkan nama IPG Kampus Ilmu Khas.
📌 Penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan sepanjang perjalanan kejayaan ini.
Sekali lagi, tahniah dan syabas! 🎉
07/08/2026
𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗦𝗱 𝗜𝗣𝗚 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗛𝗔𝗦
📌 Tahniah dan syabas kepada Pembimbing Rakan Siswa Didik (PRSD), IPG Kampus Ilmu Khas atas kejayaan meraih JOHAN dalam Pertandingan Video Simposium Inspirasi PRSD Peringkat Kebangsaan 2026.
📌 Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti, usaha gigih dan semangat kerjasama yang tinggi dengan tema "Di Sebalik Luka, Masih Ada Cahaya".
📌 Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PRSD untuk terus cemerlang dan mengharumkan nama IPG Kampus Ilmu Khas.
📌 Penghargaan turut diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan.
Tahniah dan syabas! 👏
07/08/2026
✨ 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗦𝗱 𝗜𝗣𝗚 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗛𝗔𝗦 ✨
IPG Kampus Ilmu Khas menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pembimbing Rakan Siswa Didik (PRSd) atas pencapaian cemerlang di Simposium Inspirasi PRSd MY ETEMS Peringkat Kebangsaan 2026, apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Video menerusi karya "Di Sebalik Luka, Masih Ada Cahaya" serta meraih Pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen, kreativiti dan kecemerlangan warga PRSd dalam menghasilkan karya serta inovasi yang berkualiti dan berimpak dan memperkukuh aspirasi IPG Kampus Ilmu Khas dalam melahirkan bakal pendidik yang berdaya saing, berjiwa insaniah dan membudayakan inovasi. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam menyemarakkan budaya kecemerlangan serta memperkukuh nilai profesionalisme demi kemajuan institusi dan pendidikan negara.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang bimbingan, sokongan dan komitmen dalam merealisasikan kejayaan ini. Tahniah dan syabas.
04/08/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗘𝗡. 𝗦𝗨𝗥𝗘𝗡𝗧𝗛𝗔𝗥
Selamat datang dan selamat bertugas kepada En. Surenthar bin Sahotharan, Pegawai Pengurusan yang ditempatkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Ilmu Khas berkuat kuasa 3 Ogos 2026. Semoga kehadiran beliau membawa kecemerlangan serta memperkukuh perkhidmatan kepada warga kampus.
02/08/2026
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛: 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗗𝗜 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨
Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Nurfaisya binti Noorsham dan Puan Rosmini Aisyah binti Mohd. Rusli atas penempatan semula ke jabatan baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2026.
Pihak pengurusan percaya bahawa pengalaman dan kepakaran tuan/puan akan memberikan nilai tambah yang signifikan kepada jabatan masing-masing. Teruskan momentum kecemerlangan demi pembangunan pendidikan guru.
28/07/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗖𝗜𝗞 𝗭𝗔𝗛𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗔𝗗 🌹
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Sumbangan yang diberikan telah menjadi sebahagian daripada perjalanan dan kecemerlangan warga IPGKIK.
Sesungguhnya, setiap amanah yang dipikul dengan penuh keikhlasan telah meninggalkan impak yang bermakna kepada institusi, rakan sekerja dan warga pendidik. Segala budi, pengorbanan serta khidmat bakti yang dicurahkan akan terus terpahat sebagai inspirasi dalam meneruskan kecemerlangan pendidikan.
Seluruh warga IPGKIK mendoakan agar Cik Zaharah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta kehidupan persaraan yang dipenuhi keberkatan dan ketenangan bersama insan tersayang. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan kepada IPGKIK. Selamat Bersara. 💐
28/07/2026
𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗝𝗨 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗗𝗔𝗚𝗢𝗚𝗜 𝗜𝗡𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙 𝗜𝗣𝗚𝗞𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲
Pada 15 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung Bengkel JU Muda Pedagogi Inklusif bertempat di Bilik Seminar 1 Pendidikan Khas, IPG Kampus Ilmu Khas anjuran Jawatankuasa Pedagogi Inklusif IPGKIK.
Bengkel ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi Jurulatih Utama (JU) Muda dalam mengaplikasikan pedagogi inklusif secara berkesan melalui perkongsian ilmu, perbincangan profesional serta latihan yang berfokus. Sepanjang bengkel, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti termasuk sesi ceramah, pembentangan kumpulan, perkongsian amalan terbaik dan sesi refleksi bagi meningkatkan kefahaman terhadap konsep serta strategi pelaksanaan pedagogi inklusif.
Diharapkan bengkel ini dapat melahirkan lebih ramai JU Muda yang kompeten, berkeyakinan dan bersedia menjadi pemangkin kepada pengukuhan amalan pendidikan inklusif di IPG Kampus Ilmu Khas, selaras dengan aspirasi melahirkan guru yang profesional, inklusif dan berkualiti.
27/07/2026
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗭𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗨𝗠 𝗣𝗥𝗔𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲
Prasekolah IPG Kampus Ilmu Khas telah menerima Lawatan Jemaah Nazir bagi Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 pada 16 Julai 2026. Lawatan ini bertujuan menilai keberkesanan aspek pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, di samping memberikan bimbingan profesional serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak memenuhi standard kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sepanjang lawatan, pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk sesi taklimat pengurusan, semakan dokumen, pemerhatian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), penilaian persekitaran pembelajaran serta sesi perbincangan profesional bersama pihak pengurusan dan guru.
Maklum balas yang diberikan oleh pihak Jemaah Nazir menjadi panduan berharga dalam usaha memperkukuh amalan terbaik dan meningkatkan kualiti pengurusan serta pelaksanaan Kurikulum Prasekolah secara berterusan.