kadangkala kita tak dapat capai apa yang kita nak walaupun kita minat benda tu.. tapi cuba kita cari balik apa yang Allah dah bagi dekat kita tu sebenarnya ada yang istimewa dan berbeza dengan orang lain.. syukur itu penting!
Fikrah Imtiyaz
Fikrah Imtiyaz Resources terdiri daripada pelbagai cabang perkhidmatan. Salah satunya ialah Kelas Al-Quran dan dalam usaha mempromosikan kelas pengajian Kafa.
Kami mempunyai objektif untuk menanamkan kesedaran mengenai ilmu Al-Quran kepada masyarakat setempat. Kami menjalankan kelas pengajian Al-Quran untuk kanak-kanak dan sekiranya ada permintaan dari kalangan dewasa juga kami akan jalankan. Kelas meliputi pengajaran secara berkumpulan kecil (3-10 orang/kumpulan) dan sistematik mengikut silibus yang telah ditetapkan dalam suasana yang kondusif. Teknik
Rasulullah SAW member gambaran: “Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung, yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji p**a memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang. “ (HR. Bukhari Muslim)
Salam Hari Jumaat. Banyakkan bersedekah pada hari ini ye kawan-kawan..
Orang yang berakal tanpa agama adalah sesat,
Orang yang beragama tanpa akal adalah beku,
Gabungkanlah antara akal dan agama,
Maka akan lahirlah hikmah.
"waktuSolatKL: Telah masuk waktu solat fardhu Subuh (5:50) bagi kawasan WP Kuala Lumpur & yg sewaktu dengannya ". :)
Assalamualaikum
Kami menjalankan kelas Al-Quran bergerak iaitu dari rumah ke rumah di sekitar Kuala Lumpur, Bangi dan Seremban.
Jika berminat hubungi:
Ustaz Syafiq 0133204290
Ustaz Haziq 0132002301
Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-
a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing s**ar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)
Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir p**a ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Dr Zaharuddin
Rezeki ni ibarat air di lautan. Kalau kita masih risaukan rezeki orang lain lagi banyak dari kita, fikirkanlah mampu ke kita nak minum semua air di lautan? Hatta kalau semua orang di dunia ni minum sampai kekenyangan pun nescaya takkan habis air di lautan Allah. Begitulah jua akan rezeki. Bersyukurlah nescaya Dia akan tambah nikmat-Nya pada kita semua.
credit to Fath
Jangan berkira dalam bersedekah. Apa yang ada dalam poket tu, terus hulurkan tanpa berkira. Jangan teragak-agak melakukan perkara yang Allah s**a.
Assalamualaikum
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur