17/04/2026
Alhamdulillah, malam ini berlangsungnya Majlis Hari Raya anjuran Surau bersama Madrasah DQWUI.
Suasana meriah dengan kehadiran pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat yang sama-sama memeriahkan majlis.
Bukan sekadar jamuan, tapi inilah ruang mengeratkan ukhuwah, berkongsi senyuman dan membina kenangan bersama.
Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha diberkati Allah.
11/04/2026
Satu kurniaan yang besar buat kami hari ini. Di hadapan mata, para pelajar sedang melalui detik penting dalam perjalanan menuntut ilmu mereka—mengkhatamkan kitab hadis paling sahih, Sahih Al-Bukhari.
Majlis yang dipimpin oleh Al-Fadhil Maulana Abdul Hamid Bin Hashim , ini bukan sekadar sebuah majlis penutup, tetapi ia adalah simbolik kesinambungan ilmu melalui sistem Sanad yang dipelihara sejak zaman-berzaman.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar. Semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat buat ummah dan menjadi asbab syafaat di akhirat kelak.
09/04/2026
Alhamdulillah, segala persiapan bagi menghadapi Majlis Khatam Bukhari yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini sedang giat dijalankan.
Mohon doa daripada semua agar segala urusan dipermudahkan dan majlis berjalan dengan penuh keberkatan. Insya-Allah.
Kami dengan penuh takzim menjemput tuan/puan untuk turut serta dalam majlis ilmu ini. Semoga kehadiran kita semua diberkati oleh Allah SWT.
20/02/2026
Alhamdulillah, kami berbesar hati menerima jemputan daripada De’ Kenduri by Lutfi Yussof . Terima kasih atas layanan yang diberikan, moga majlis penuh keberkatan.
18/02/2026
Pembahagian pasangan untuk ulangan Alquran sepanjang Ramadhan bersama Ustaz Huzaifah.
Setiap kali bulan Ramadhan, pihak madrasah akan membuat pembahagian pasangan (partner) bagi setiap pelajar untuk sesi ulang kaji dan semakan al-Quran dalam solat tarawih.
Tujuan pembahagian ini adalah supaya pelajar dapat saling menyemak bacaan, memperbaiki kesalahan dan membantu antara satu sama lain sepanjang pelaksanaan tarawih.
Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar lebih bersedia serta berdisiplin dalam menjaga bacaan al-Quran sepanjang bulan Ramadhan.
14/02/2026
Pagi ini pelajar-pelajar bersama warga surau berganding bahu dalam aktiviti gotong-royong, menyemai nilai kebersamaan dan khidmat kepada masyarakat.
13/02/2026
Semalam tamat peperiksaan,
malam ini giliran berehat seketika.
Tidak mewah, tidak berlebihan,
sekadar bakar-bakar, makan bersama,
hadiah kecil buat usaha yang tidak sia-sia.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang.
Semoga setiap kebaikan dibalas dengan ganjaran oleh Allah SWT.
12/02/2026
Hari terakhir peperiksaan 🧾✍️
Hari ini menutup satu lagi lembaran di bumi madrasah tercinta.
Dewan yang sederhana ini menjadi saksi usaha, doa dan tawakal para penuntut ilmu.
Beberapa hari yang lalu kita melangkah masuk dengan debaran,
menadah tangan sebelum pena menyentuh kertas.
Hari ini, langkah terasa lebih ringan bukan kerana soalan semakin mudah,
tetapi kerana hati semakin belajar untuk berserah.
Di madrasah ini, kita bukan sekadar menjawab soalan,
tetapi belajar erti sabar, disiplin dan adab dalam menuntut ilmu.
Jika ada jawapan yang kurang sempurna,
kita yakin Allah menilai pada kesungguhan.
Dan jika ada senyuman lega selepas ini,
itu tanda satu perjuangan kecil telah berjaya ditamatkan.
Perjuangan mungkin selesai hari ini,
namun perjalanan sebagai penuntut ilmu tidak akan pernah berhenti.
11/02/2026
Pagi ini, suasana madrasah masih bernaung di bawah ritma peperiksaan yang belum berakhir. Dengan langkah yang tertib dan wajah yang tenang, para pelajar meneruskan amanah yang sedang dipikul, melengkapkan fasa demi fasa dalam perjalanan menuntut ilmu.
09/02/2026
Hari ke 6 🧾✍️
Walau Isnin terasa berat,
kami memilih untuk terus hadir,
terus berusaha,
dan terus bergantung pada Allah
📖 Subjek peperiksaan hari ini:
▪️ Daurah Akhir — Sohih Muslim (صحيح مسلم)
▪️ Kelas Lima — Iqna (الإقناع)
▪️ Kelas Empat — Iqna (الإقناع)
▪️ Kelas Tiga — Syarah Ibn Aqil (شرح ابن عاقل)
▪️ Kelas Dua — Alqiraat Alrasyidah (القراءة الراشدة)
▪️ Kelas Satu — Miftahul Aldhamir (مفتاح الضمير)
▪️ Jemaah I’dadadi — Tahsin Jawi (تحسين جاوي)