Fortrain Batch4 2023/2024

Fortrain Batch4 2023/2024

Share

Fortrain Batch4 Sarawak 2023/2024

Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 22/08/2024

1 JULY 2024 / 18 OGOS 2024

Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) telah pun mengadakan Latihan Teknikal Perhutanan (LTP) di TER Lata Mengkuang, Sik,Kedah bagi khusus Sijil perhutanan Ranjer Hutan & Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.

Latihan Teknikal Perhutanan (LTP) ini diadakan untuk mendidik para pelatih dengan kerja-kerja amali melalui aplikasi ilmu teori yang telah diajar oleh tenaga pengajar di dalam kelas.

Latihan ini juga mendidik para pelatih menjadi seorang yang berdisiplin, berilmu dan boleh melaksanakan segala prosedur kerja-kerja mengikut spesifikasi sebenar di Jabatan Perhutanan.

Semua tenaga pengajar Institut Latihan Teknikal Perhutanan (FORTRAIN) dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah turut serta sepanjang Latihan Teknikal Perhutanan (LTP) ini berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua pelatih Khusus Sijil Perhutanan Ranjer Hutan & Khusus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan kerana dapat menamatkan Latihan Teknikal Perhutanan (LTP) ini selama 7 minggu bermula dari 1 JULY 2024 sehingga 18 OGOS 2024.

Kursus perhutanan semakin diminati belia 17/05/2024

Kursus perhutanan semakin diminati belia RAUB: Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia membuka peluang yang lebih luas kepada golongan belia yang berminat untuk menyertai latihan dalam bidang perhutanan selama setahun bagi Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan dan dua ta...

17/05/2024

ππ„ππ†π€πŒππˆπ‹π€π ππ„π‹π€π“πˆπ‡ ππ€π†πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’-πŸπŸŽπŸπŸ“, πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 (π…πŽπ‘π“π‘π€πˆπ)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia mempelawa calon-calon yang layak untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2024-2025. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkaitan dengan kursus boleh didapati dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada eposter.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Jun 2024 (Jumaat). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada Bahagian Latihan Perhutanan selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Sumber: Bahagian Latihan Perhutanan





Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 17/05/2024

Program Perkongsian Ilmu (Knowledge Sharing) bersama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) kepada 114 orang Pelatih Fortrain Sijil Perhutanan Ranjer Hutan & Sijil Perhutanan Pengawas Hutan sesi 2023/2024 dengan jayanya telah diadakan pada 14 - 16 Mei di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan.

Program ini bertujuan untuk berkongsi tentang Organisasi Jabatan Hutan Sarawak, maklumat dan juga tugasan yang dilakukan oleh Organisasi Jabatan Hutan Sarawak dalam pengurusan hutan di Sarawak.

Sepanjang program ini dijalankan, pelatih telah memberi respon yang baik terhadap ilmu yang dikongsikan dengan bertanya soalan sewaktu sesi soal jawap dan menjawap kuiz yang diberikan oleh penceramah.

Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 12/05/2024

Latihan Ikhtihar Hidup (LIH) Bahagian Latihan Perhutanan (Fortrain) telah berjaya dilaksanakan di Lata Lembik, Raub, Pahang dari 6 Mei 2024 - 11 Mei 2024 disertai oleh beberapa tenaga pengajar Fortrain, 114 orang Pelatih Pengawas Hutan dan juga Renjer Hutan. Pelbagai Aktiviti Lasak telah dilaksanakan ,antaranya ialah aktiviti Ikat Perut di dalam hutan Lata Lembik, Membuat Rakit, dan juga Berakit sejauh 22KM. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan cara hidup didalam hutan terutama waktu darurat, selain itu aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi fizikal para pelatih.


Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 03/05/2024

Sambutan Rumah Terbuka Raya Fortrain 2024
2/5/2024 (Khamis)

Dengan jayanya dihadiri oleh semua Staff Bahagian Latihan Perhutanan dan juga Pelatih-Pelatih Fortrain. Turut beterima kasih kepada Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong dan juga Pasukan Kor Polis Tentera Di Raja yang turut menghadiri majlis tersebut.


Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 15/03/2024

15 March 2024

Selesai sesi perjumpaan pagi ini bersama Pelatih Sarawak Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2023/2024 dihadiri oleh Puan Judy George Wan, En. Ali bin Abdullah, En.Raymond ak Menggat dan En. Simon Ricky ak Dunstan Udam daripada Jabatan Hutan Sarawak

Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 11/03/2024

11/3/2024

Seramai 90 Pelatih Pengawas Hutan telahpun menjalani program Forensik Perhutanan bersama Penolong Pengarah Penguatkuasaan (Forensik ii) iaitu Puan Siti Marwiyah Binti Abu Bakar. IPJPSM , Bahagian Penguatkuasaan Hutan dan Urine Test bersama pihak AADK.

Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 07/03/2024

7/3/2024

Seramai 7 orang Pelatih Sarawak telah mewakili Fortrain dalam perlawanan persahabatan menentang Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan telah mendapat catatan gol sebanyak 3-2.

Tahniah buat semua pelatih atas kemenangan yang dimiliki

Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 09/02/2024

Majlis Graduasi PH35

Persiapan ini diusahakan sepenuhnya oleh pelatih fortrain batch RH/PH 36 dari awal hingga hari graduasi tersebut. Kesemua pelatih Sarawak terlibat dengan AJK masing-masing ✨

Tahniah dan syabas buat Batch PH35 kerana telah berjaya menamatkan Kursus Pengawas Hutan😍

Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 09/02/2024

1/11/2023 - 3/11/2023

Pelatih fortrain telah menjalankan aktiviti Latihan Keselamatan Dan Kesihatan bersama pihak APM selama tiga hari.

Photos from Fortrain Batch4 2023/2024 's post 09/02/2024

9/10/2023 - 13/10/2023

Pelatih fortrain telah pun menjalankan Latihan Ala Tentera dan berjaya menamatkan L.A.T tersebut. Berikut adalah gambar aktiviti sepanjang L.A.T dijalankan

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Institut Latihan Perhutanan
Kuala Lumpur