18/08/2026
“UPNM–CRADLE Perkukuh Ekosistem Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan”
17 Ogos 2026 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasakan ekosistem penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan melalui sesi Roundtable dan Open Discussion bersama Cradle Fund Sdn. Bhd.
Sesi ini diketuai oleh Prof. Dr. Aidy bin Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPNM, manakala delegasi Cradle diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke.
Pihak Cradle turut mengadakan Mini Bootcamp bersama penyelidik UPNM yang memberikan pendedahan praktikal bagi menterjemahkan hasil penyelidikan dan inovasi kepada pengkomersialan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk penilaian pasaran, potensi komersial, kesediaan syarikat pemula (startup), serta laluan strategik untuk membawa hasil penyelidikan dan penyelesaian berasaskan inovasi lebih dekat kepada pasaran.
Sesi meja bulat p**a menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai landskap inovasi Malaysia, pengkomersialan hasil penyelidikan, pembangunan startup serta potensi kerjasama yang dapat memperkukuh peranan institusi akademik, khususnya UPNM, dalam memacu ekosistem inovasi dan pengkomersialan negara.
Melalui penglibatan dan kolaborasi strategik ini, UPNM terus berusaha merapatkan jurang antara penyelidikan dan pengkomersialan, keusahawanan dan peluang pasaran, sekali gus membuka laluan yang lebih kukuh agar hasil penyelidikan dan inovasi tempatan dapat diterjemahkan daripada makmal ke pasaran.