26/02/2026
π§πππ‘πππ & π¦π¬ππππ¦ ππ§ππ¦ πππππ¬πππ‘ πππ ππ₯πππ‘π π
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Razi bin Adzimat, Alumni Kolej Islam As Sofa atas kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Aqidah dan Falsafah Islam di Universiti Ez Zitouna, Tunisia.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada kesungguhan, pengorbanan serta komitmen yang tinggi dalam menuntut ilmu. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi manfaat buat agama, masyarakat dan ummah seluruhnya.
Semoga terus melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.
29/10/2025
β
βΨ₯ΩΨ§ ΩΩΩ ΩΨ₯ΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩ Ψ±Ψ§Ψ¬ΨΉΩΩ
Seluruh warga Kolej Islam As sofa mengucapkan takziah atas kembalinya ke Rahmatillah:
Ayuni Aqilah binti Muhammad Azmi
Alumni Kolej Islam As Sofa (Batch ke 2)
Kami semua mendoakan semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan dihimpunkan bersama para anbiya', syuhada' dan para solihin.
Al Fatihah dihadiahkan kepada arwah (Dibaca).
βΨ§ΩΩΩΩ
Ψ§ΨΊΩΨ± ΩΩΨ§ ΩΨ§Ψ±ΨΩ
ΩΨ§ ΩΨΉΨ§ΩΩΨ§ ΩΨ§ΨΉΩ ΨΉΩΩΨ§, ΩΨΉΨΈΩ
Ψ§ΩΩΩ Ψ£Ψ¬ΩΨ±ΩΩ
Ψ ΩΨ¬Ψ¨Ψ± Ψ§ΩΩΩ Ω
Ψ΅Ψ§Ψ¨ΩΩ
Ψ ΩΨ£ΨΨ³Ω Ψ§ΩΩΩ ΨΉΨ²Ψ’Ψ¦ΩΩ
Ψ ΩΨΊΩΨ± Ψ§ΩΩΩ ΩΩΨ§ ΩΩΩ
ΩΨͺΩΩ
Ψ ΩΨ£ΩΩΩ
Ψ§ΩΩΩ ΩΩΩ
Ψ§ΩΨ΅Ψ¨Ψ±
βΩΨ§ΩΨ³ΩΩΨ§Ω Ψ¨Ψ¬Ψ§Ω ΩΨ¨ΩΩΨ§ Ω
ΨΩ
Ψ― Ψ³ΩΨ― Ψ§ΩΨ£ΩΩΨ§ΩΨ Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
.
31/08/2024
πππππ
ππ ππππππ ππππ ο·Ί
π-ππ πππ©πππ¦πππ« ππππ | π-ππ ππππ’β ππ₯ ππ°π°ππ₯ πππππ
1οΈβ£ MAJLIS QIRAβAH & SAMAβ SUNAN IBNI MAJAH RA
π« Kolej Islam As Sofa Ampang
πΈAhad - Jumaat
πΈ8-13 September 2024 | 4-9 Rabiβ al Awwal 1446H
πΈMasa
Sesi 1 : 9.30 pagi - 1.00 petang
Sesi 2 : 5.00 petang - 9.15 malam
2οΈβ£ MAULID NABI ο·Ί & PENGKHATAMAN SUNAN IBNI MAJAH RA
π« Kolej Islam As Sofa, Ampang
πΈJumaat | 13 September 2024 | 10 Rabiβ al Awwal 1446
πΈ7.00 petang - 10.00 malam
3οΈβ£MAULID NABI ο·Ί
π« Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau
πΈSabtu | 14 September 2024 | 10 Rabiβ al Awwal 1446H
πΈ7.00 petang - 10.00 malam
4οΈβ£ MAULID NABI ο·Ί
π« Kolej Islam As Sofa , Hulu Langat
πΈAhad | 15 September 2024 | 11 Rabiβ al Awwal 1446H
πΈ7.00 petang - 10.00 malam
5οΈβ£ KEMUNCAK MAULID NABI ο·Ί & PENGKHATAMAN KUTUB SABβAH
π’ Hotel Intercontinental Kuala Lumpur
πΈIsnin | 16 September 2024 | 12 Rabiβ al Awwal 1446H
πΈ8.30 pagi - 12.30 tengahari
Info : 019-6271070
*tertakluk pada perubahan
Muslimin muslimat dijemput hadir
19/03/2024
π’ πππͺππ§ππ‘ ππ’π¦π’π‘π π’
Dialu-alukan mereka yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:
β
JAWATAN:
(1) GURU BAHASA MELAYU SPM
Lokasi : AMPANG, SELANGOR
β
AGENSI:
AS SOFA CENTRE OF EXCELLENCE
SYARAT PERMOHONAN:
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 23 tahun ke atas
3) Mempunyai kemahiran berkomunikasi
4) Berpersonaliti & berakhlak mulia
5) Boleh mendidik & mentarbiah.
π§ Sila hantarkan resume atau butiran pemohon emel di alamat:
[email protected]
Whatsapp:
0136295979/0176205979
π Calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Mohon sebarkan kepada kenalan yang lain.
Terima kasih.
12/12/2023
ALUMNI AS-SOFA MAGHRIBI MENZIARAHI PENGASAS AS-SOFA
November 2023, Rembau - Ziarah kepada guru kami, Dato Syeikh Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana telah menyediakan laluan pengajian ke Maghribi di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mohammed V, Rabat, Maghribi.
Kami turut berpeluang menyampaikan kitab-kitab terbitan Maghribi yang dihadiahkan oleh Mahasiswa As-Sofa Maghribi.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada murabbi kami, Dato Syeikh Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin atas peluang dan laluan pengajian yang telah disediakan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Semoga Allah taβala memelihara dan memberkati guru kami, Dato Syeikh Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin.
12/12/2023
TANDA INGATAN
11 Disember - Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin menerima hadiah daripada alumni Kolej Islam As Sofa sebagai tanda ingatan dan penghargaan buat Guru yang dikagumi.
Muhammad Dzul Rahman bin Othman mewakili alumni Kolej Islam As Sofa yang melanjutkan pengajian di Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi Indonesia,telah menyampaikan hadiah tersebut dalam pertemuan singkat sejurus selesai Dars Jumaah yang berlangsung di Kolej Islam As Sofa Jumaat lalu.
Beliau kini mula bertugas di Jabatan Persijilan, Kolej Islam As Sofa turut menyampaikan titipan salam daripada rakan seperjuangan serta menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin secara khusus dan Kolej Islam As Sofa secara umum sehingga mereka berjaya menyempurnakan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti tersebut.
Muhammad Dzul Rahman merupakan pelajar kumpulan keenam dalam jalinan kerjasama antara Kolej Islam As Sofa dan Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi sejak tahun 2012.
22/07/2023
π§πππ‘πππ πππ¨π π‘π πππ¦β
Kolej Islam As Sofa mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada alumni Kolej Islam As Sofa, Saudara Luqman Hatim bin Yahaya atas kejayaan beliau memperoleh Master of Science Islamic & Middle Eastern Studies di Universiti Edinburgh, Scotland.
Semoga kejayaan beliau akan menjadi pemangkin semangat buat mahasiswa dan mahasiswi Kolej Islam As Sofa untuk terus melakar kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.
_
Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:
https://linktr.ee/kolejislamassofa