18/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa murid SK Bukit Pantai, Kamil Hakimi Bin Hadri dari kelas 6 Nilam telah terpilih ke Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur bagi acara Khat Sekolah Rendah sempena Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Tahun 2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid serta guru pembimbing atas pencapaian ini. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan urusan sepanjang pertandingan nanti.
Terima kasih.
16/05/2026
✨Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia✨
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
13/05/2026
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang guru SK Bukit Pantai iaitu Tuan Guru Besar, En Shaharuddin bin Eusop dan Pn Aseelawati binti Md Shah yang telah mengharumkan nama sekolah melalui penghargaan yang diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi bulan April 2026.
Dedikasi, komitmen dan usaha cemerlang yang ditunjukkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah. Semoga terus unggul dalam mendidik dan memberi perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan pendidikan.
04/05/2026
PASUKAN HOKI SKBP BERJUANG DI PERINGKAT MSSD BANGSAR 2026
Kejohanan berlangsung pada 22 April hingga 29 April 2026 bertempat di
Stadium Hoki KPM,Lembah Pantai,KL
PENYERTAAN 3 TEAM WAKILI
SK BUKIT PANTAI
Lelaki : SKBP A & SKBP B (2 TEAM)
Perempuan : SKBP (1 TEAM)
KEPUTUSAN
Lelaki :
SKBP A - Kumpulan (3/4)
SKBP B - No 4 keseluruhan
Perempuan - Kumpulan (3/5)
Pengurus : Cikgu Aishah
Jurulatih : Sir Izzat / Ustaz Syukri
Tahniah & Syabas
16/04/2026
✨ Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda (PEMUDA) 2026
SK Bukit Pantai ✨
Hari ini telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda (PEMUDA) 2026 yang menghimpunkan barisan pemimpin cilik sekolah yang bakal memikul amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun ini.
Majlis ini melibatkan pelantikan:
🔹 Pengawas Sekolah
🔹 Pengawas Pusat Sumber
🔹 Pengawas Kantin
🔹 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
🔹 Pengawas ICT
🔹 Pengawas SPBT
🔹 Ketua dan Penolong Ketua Kelas (Tahun 1 hingga Tahun 6)
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menerima watikah pelantikan. Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, berintegriti serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan lain.
Kepimpinan bukan sekadar jawatan, tetapi satu tanggungjawab untuk memimpin dengan hati, membentuk sahsiah diri dan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.
🌟 “Pemimpin Muda, Pemacu Masa Depan” 🌟
11/04/2026
BERLANGSUNG SEKARANG!
11 APRIL 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Pantai Kali Ke-42 Tahun 2026.
Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam usaha memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti demi kecemerlangan anak-anak kita.
Semoga hubungan erat ini akan terus berkekalan dan memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih.
28/03/2026
Perkara : Pengoperasian Institusi Pendidikan bawah KPM bagi menjaga kebajikan, kesihatan dan keselamatan Murid semasa menghadapi cuaca panas masa kini.
🎤 Pihak Pengurusan mengambil maklum beserta tindakan merujuk kepada Surat Peringatan KPM bertarikh 26 Mac 2026 berkaitan Perkara di atas.
🎤Bagi maksud tersebut,
Semua Murid dibenarkan untuk memakai pakaian baju-T rasmi Sekolah @ baju Rumah Sukan pada hari Isnin hingga Jumaat dan baju-T Unit Beruniform pada hari Rabu ( Kokurikulum ) bagi Murid Tahap 2 serta berseluar sukan.
🎤 Kerjasama erat Semua didahului dengan berbanyak terima kasih.
Pengurusan SKBP
28 Mac 2026
14/03/2026
Tarikh: 9 Mac 2026 (Isnin)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SK Bukit Pantai
Program Gerakan Anti Salah Laku Buli & Gangguan Seksual Peringkat Sekolah WPKL 2026.
Kehadiran :
Tuan TPPD SPMu En. Mohd Redzuan bin Mohd Sanusi & Penolong Peg. Perhubungan Sekolah PDRM En. Shahril bin Abd Wahid
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang bahaya buli dan gangguan seksual serta mendidik mereka mengenai kepentingan menghormati hak dan keselamatan diri serta orang lain.
Sepanjang program berlangsung, para murid diberikan penerangan, perkongsian maklumat dan nasihat berkaitan cara mengenal pasti, mencegah serta melaporkan sebarang salah laku yang berlaku.
Diharapkan melalui program ini, murid-murid dapat membentuk sikap saling menghormati, berani bersuara apabila berdepan situasi tidak selamat serta bersama-sama mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada sebarang bentuk buli dan gangguan seksual.
02/03/2026
📢 Kempen Kehadiran Penuh & Hadir Awal ke Sekolah
Unit Hal Ehwal Murid telah melaksanakan Kempen Kehadiran Penuh dan Hadir Awal ke Sekolah pada pagi tadi sebagai satu usaha membudayakan disiplin serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid.
Kempen ini bertujuan untuk:
✅ Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
✅ Menggalakkan murid hadir lebih awal dan bersedia untuk PdP
✅ Membentuk sahsiah murid yang berdisiplin dan menepati masa
Kehadiran penuh bukan sahaja membantu murid mengikuti pembelajaran dengan lebih konsisten, malah hadir awal ke sekolah memberi ruang untuk memulakan hari dengan lebih teratur dan positif 🌟
Semoga kempen ini dapat menyuntik kesedaran kepada semua murid bahawa setiap hari ke sekolah adalah langkah menuju kejayaan 💪📚