Hatimurni

Call Directions Website Contact the school

Hatimurni Hatimurni menyediakan perkhidmatan : Sekolah KAFA 7thn - 12thn |Transit | Transport & KAFA Online

Hatimurni adalah satu idea dan usaha yang dilaksanakan oleh Ustazah Siti Khadijah Binti Mohni dengan sokongan suami, Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali. Hatimurni mula beroperasi pada Oktober 2007 dan kini telah masuk tahun ketiga beroperasi dan telah menaungi hampir 70 orang pelajar. Pada awal penubuhan Hatimurni adalah sebuah institusi pendidikan yang mempromosikan pendidikan yang mengkhusus kepada kelas pengajian Al-Quran dan tajwid, hafazan, fardhu Ain dan kelas Bahasa Arab. Kelas-kelas ini dibuka untuk peringkat umur yang luas iaitu dari kanak-kanak 5 tahun hinggalah dewasa. Pertengahan tahun 2009 pihak pengurusan bercadang untuk menambah program-program yang ada dengan mewujudkan KAFA atas dasar memenuhi permintaan daripada ibubapa. Awal 2010 program kelas KAFA mula dipromosikan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Tenaga pengajar p**a adalah terdiri dari graduan-graduan yang berkelulusan dari Universiti Timur Tengah ( Jordan dan Mesir ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Darul Quran JAKIM. Misi kami adalah untuk membantu mendidik pelajar dan masyarakat dengan ajaran Islam yang berlandasakan Al-Quran ,As-Sunnah ,Al-Ijma’ dan pendapat Ulama’-ulama’ yang mu’tabar. Visi kami adalah untuk menjadi salah sebuah institusi yang cemerlang dalam melahirkan insan–insan yang cemerlang berlandaskan hati yang suci murni berteraskan ilmu yang mantap dan berpandukan tradisi serta kaedah keilmuan yang tepat dan jitu. Kini Hatimurni yakin untuk terus berdiri teguh dan maju di masa hadapan. Oleh kerana menyedari potensi pasaran yang masih meluas didalam bidang pendidikan agama, kami merasa terpanggil untuk menubuhkan satu pusat pendidikan yang mempunyai konsep pendidikan agama. Nama “Hatimurni “ dipilih berlandaskan kepada misi dan visi pemilik-pemilik institusi ini yang percaya bahawa bermula dengan hati yang suci bersih dan ikhlas ilmu yang telah diperolehi dan dipelajari dapat dimanfaatkan secara optimum dengan menyediakan sebuah gedung ilmu pendidikan. Kami juga yakin bermula dengan hati yang murni dan ikhlas setiap individu dan generasi akan cemerlang dalam setiap bidang yang bakal diceburi. Semoga misi dan visi kami akan tercapai ke satu tahap yang boleh dianggap berjaya di dalam arus pendidikan negara. Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Kecemerlangan Hatimurni :

1) Kelas KAFA Tahfiz Hidayah Mardhiyyah ( AlhamduliLah sambutan HEBAT ! )
Untuk pelajar pelajar Tahun 1 – 6

2) Program Transit Bermodul ; All In One…Jimat & Praktikal ( AlhamduliLah sambutan HEBAT! )
Untuk pelajar pelajar Tahun 1 – Tingkatan 2

3) Kelas Mengaji AlQuran dan Qiraati ; Modul Khatam AlQuran dan Qiraati
Untuk Kanak-kanak hingga Dewasa – 3 bulan terus AlQuran

4) Kelas Tuisyen Arabic dan Jawi ; Kemahiran membaca dan menulis
Untuk pelajar pelajar sekolah Rendah dan Menengah

🔴 TERIMA KASIH IBU AYAHAda satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila anak tiba-tiba membaca Surah Al-Balad dengan lan...
23/09/2026

🔴 TERIMA KASIH IBU AYAH
Ada satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila anak tiba-tiba membaca Surah Al-Balad dengan lancar di hadapan Mama & Papa. Kemudian mampu p**a kongsikan ilmu Fardhu Ain yang dipelajari di KAFA Hatimurni kepada mama dan papanya.
Bagi anak, mungkin ia hanya sebuah bacaan.
Bagi ibu ayah, ia adalah tanda bahawa ilmu yang dipelajari sedang tumbuh menjadi amalan. ❤️
Apabila seorang anak berjaya mencapai sesuatu, layaklah untuknya menerima sebuah penghargaan.
Pendidikan bukan hanya tentang apa yang anak tahu, tetapi pentingnya pada penerapan dan penghayatan dalam hidup mereka.
Ibu Ayah, Hatimurni mengucapkan terima kasih kerana berkongsi momen indah dan pengalaman ini bersama kami.

🔴 BOOTCAMP UPSRAMusim peperiksaan kembali lagi. Bootcamp UPSRA  ialah program kecemerlangan khas untuk calon tahun 6 Uji...
23/09/2026

🔴 BOOTCAMP UPSRA
Musim peperiksaan kembali lagi. Bootcamp UPSRA ialah program kecemerlangan khas untuk calon tahun 6 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) yang memberi fokus kepada teknik menjawab soalan UPSRA yang bakal menjelang .
Program ini diadakan pada :
🗓️ 19 SEPTEMBER 2026
🧭 8:00 pagi - 6:00 petang
📍 Dewan HQ Hatimurni, Wangsa Maju
Bootcamp UPSRA menampilkan 4 orang guru pakar dalam membantu kecemerlangan subjek UPSRA anak anak. Mereka ialah
- Ustaz Mohd Zaimi bin Hasim (Bahasa Arab dan Ibadah) berpengalaman sebagai panel penggubal buku teks
- ⁠Ustazah Faizah binti Abdul Halim (Tauhid) berpengalaman 34 tahun dalam pendidikan Agama dan kepakaran subjek Tauhid
- Ustazah Siti Sumayyah binti Md Yusoff (Tajwid)Panel Pentaksiran dan Penggubal UPSRA Tajwid
- Ustaz Mohd Firdaus bin Shahrir (Sirah) berpengalaman 21 tahun sebagai Panel Khat, Sirah dan Akidah.
Hatimurni amat mengharapkan setiap perkongsian dan ilmu yang diberikan menjadi bekalan untuk semua calon bagi menghadapi Peperiksaan UPSRA




20/09/2026

Ada ibu tunggal disini?
Subhanallah, ibu sangat hebat.
Jom saksikan perkongsian ringkas dari PODCAST DEAR PARENT dan saksikan video penuh di youtube: Hatimurni Official Channel.
https://youtu.be/-xFCKpAP_NE?si=aFHsBFiaAeK9lFE7
Sedang mencari KAFA untuk 2027? Jom sertai kafa Hatimurni.
Apa yang ditawarkan?
✅ Kelas KAFA
✅ Transit
✅ Pengangkutan
✅ Subjek istimewa Mandarin
✅ Subjek istimewa Cambridge
✅ Semua cawangan Hatimurni dibuka
📍 Cawangan:
Setiawangsa, Setiawangsa 2, Wangsa Maju, Sri Rampai, Seksyen 7 Shah Alam & Melawati.
📲 Hubungi kami untuk pendaftaran:
019 666 4225 / 014 339 9117

🔴 SOLAT HAJAT PERDANA HATIMURNI  DAN KONSULTASI PERCUBAAN UPKK & UPSRAALHAMDULILLAH dipanjatkan kepada Allah kerana hari...
20/09/2026

🔴 SOLAT HAJAT PERDANA HATIMURNI DAN KONSULTASI PERCUBAAN UPKK & UPSRA

ALHAMDULILLAH dipanjatkan kepada Allah kerana hari ini Hatimurni berjaya mengumpulkan semua calon peperiksaan UPKK dan UPSRA untuk Majlis Solat Hajat Perdana dan Konsultasi Peperiksaan UPKK & UPSRA

Majlis ini diadakan mengikut ketetapan
🗓️ 20 September 2026 | Sabtu
🧭 8:00 - 12:00 pagi
📍Masjid Al Hidayah Taman Melawati

Antara pengisian utama ialah penyampaian Tausiyah Khas bertajuk “Usaha, Doa dan Tawakkal : Kunci Kejayaan Anak -anak” yang disampaikan oleh Muallim Muda Muhammad Al Iman Bin Zaidi , bacaan Yaasin, Solat Dhuha dan Solat Hajat Perdana yang diimamkan oleh Muallim Muda.

Di akhir program Ibu Ayah calon Peperiksaan UPKK dan UPSRA hadir ke sesi konsultasi untuk mendapatkan keputusan peperiksaan percubaan dan berbincang tentang prestasi semasa anak sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Hatimurni amat berterima kasih kepada Ibu Ayah dan komuniti setempat yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk pembangunan pendidikan agama yang cemerlang kepada masyarakat umunya.





CABUTAN BERTUAH PENDAFTARAN AWAL HATIMURNI 2027.15 SEPTEMBER 2026 | PLATFORM ZOOM | 9 MALAM..Alhamdulillah,telah berlang...
17/09/2026

CABUTAN BERTUAH PENDAFTARAN AWAL HATIMURNI 2027.

15 SEPTEMBER 2026 | PLATFORM ZOOM | 9 MALAM..
Alhamdulillah,telah berlangsung sesi pengumuman cabutan bertuah CABUTAN BERTUAH PENDAFTARAN AWAL HATIMURNI pada Selasa lalu dengan penuh debaran.
Tahniah kami ucapkan kepada ibu ayah yang bertuah dan terima kasih kerana telah membuat pendaftaran awal KAFA di Hatimurni serta turut memeriahkan dalam sesi cabutan bertuah.




.

16/09/2026

Marah dan pujuk perana ibu atau ayah?
Jom saksikan perkongsian ringkas dari PODCAST DEAR PARENT dan saksikan video penuh di youtube: Hatimurni Official Channel.
https://youtu.be/-xFCKpAP_NE?si=aFHsBFiaAeK9lFE7
Sedang mencari KAFA untuk 2027? Jom sertai kafa Hatimurni.
Apa yang ditawarkan?
✅ Kelas KAFA
✅ Transit
✅ Pengangkutan
✅ Subjek istimewa Mandarin
✅ Subjek istimewa Cambridge
✅ Semua cawangan Hatimurni dibuka
📍 Cawangan:
Setiawangsa, Setiawangsa 2, Wangsa Maju, Sri Rampai, Seksyen 7 Shah Alam & Melawati.
📲 Hubungi kami untuk pendaftaran:
019 666 4225 / 014 800 2779

16/09/2026

Kelas bersih, belajar pon seronok dan fokus!
Jom nyanyi sama-sama dengan pelajar-pelajar Hatimurni Shah Alam dengan beberapa perkataan Bahasa Arab.
Semoga Bermanfaat.




🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾16 September 2026 | Rabu🌟 Kesejahteraan Dinikmati, Malaysia Madani Dihayati 🌟Hari Malay...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾

16 September 2026 | Rabu

🌟 Kesejahteraan Dinikmati, Malaysia Madani Dihayati 🌟

Hari Malaysia menjadi lambang perpaduan, keharmonian dan semangat cinta akan tanah air. Dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan agama, kita terus melangkah bersama membina Malaysia yang sejahtera dan penuh keberkatan.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati Allah SWT. Marilah kita semai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat perpaduan dalam diri setiap generasi. ❤️

Daripada seluruh warga Hatimurni Islamic Private Education Centre, kami mengucapkan:

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

Bersama membina generasi berilmu, berakhlak dan cintakan Malaysia.

13/09/2026

Ya Allah Aku rasa berdosa dalam mendidik anak-anak Ya Allah..
Jom saksikan perkongsian ringkas dari PODCAST DEAR PARENT dan saksikan video penuh di youtube: Hatimurni Official Channel.
https://youtu.be/-xFCKpAP_NE?si=aFHsBFiaAeK9lFE7
Sedang mencari KAFA untuk 2027? Jom sertai kafa Hatimurni.
Apa yang ditawarkan?
✅ Kelas KAFA
✅ Transit
✅ Pengangkutan
✅ Subjek istimewa Mandarin
✅ Subjek istimewa Cambridge
✅ Semua cawangan Hatimurni dibuka
📍 Cawangan:
Setiawangsa, Setiawangsa 2, Wangsa Maju, Sri Rampai, Seksyen 7 Shah Alam & Melawati.
📲 Hubungi kami untuk pendaftaran:
019 666 4225 / 014 800 2779

Address

Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60196664225

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hatimurni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Hatimurni:

Shortcuts

Share