31/03/2026
Buat pelajar2 yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Pra-Universiti di Tingkatan Enam.
PENGAMBILAN MURID TINGKATAN ENAM TAHFIZ SMKA DAN SABK SESI 2026/2027
Kementerian Pendidikan (KPM) membuka peluang kepada murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam Aliran Tahfiz KPM untuk membuat permohonan kemasukan yang akan dibuka bermula 1 April 2026 secara dalam talian.
Tingkatan Enam Aliran Tahfiz merupakan pengajian 3 semester yang menggabungkan hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester di Pusat Tingkatan Enam (PTE) berikut:
- SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
- SMK Agama Kedah, Kedah
- SMK Agama Kerian, Perak
- SMK Agama Maahad Muar, Muar, Johor
- SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
- SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
- SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
- SMK Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Sarawak
- Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu
- Sekolah Agama Menengah Muhammadiah, Sabak Bernam, Selangor
SYARAT AM
i. Warganegara Malaysia.
ii. Berumur di antara 17 hingga 21 pada 01 Januari 2026.
iii. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
SYARAT KHUSUS
i. Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/ Al Lughah al ‘Arabiah al Mu’asirah/ Al Adab al- Balaghah/ Turath Bahasa Arab.
ii. Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran; atau Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah.
iii. Telah Menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz.
iv. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester.
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
i. Permohonan kemasukan boleh dibuat bermula 1 - 8 April 2026, manakala semakan temu duga adalah pada 13 - 15 April 2026.
ii. Temu duga kemasukan ke Tingkatan Enam Tahfiz akan dilaksanakan pada 20 - 22 April 2026. Semakan keputusan dan permohonan rayuan p**a boleh dibuat bermula 15 - 22 Mei 2026.
iii. Calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan surat rayuan ke alamat e-mel [email protected]. Calon yang berjaya menerusi rayuan akan dihubungi melalui telefon atau e-mel.
iv. Segala permohonan dan semakan boleh diakses menerusi laman sesawang https://sst6.moe.gov.my
Sekian.