Yayasan UNITI

Yayasan UNITI

Share

Yayasan UNITI 199801003141(459267P) berdaftar dibawah Seksyen 44(6) No.

Kelulusan: LHDN.AG.600-12/1/4-6.4726 membantu meringankan beban B40 dalam aspek pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan ekonomi masyarakat di Malaysia.

Photos from Yayasan UNITI's post 29/05/2026

Kadang-kadang kita bukan tak mahu menyumbang.
Kita cuma mahu pastikan sumbangan itu sampai kepada tempat yang betul.
Dan itu sangat wajar.

Di Yayasan UNITI, kami percaya bahawa setiap ringgit yang disumbangkan adalah satu amanah. Amanah ini perlu diurus dengan telus, berhati-hati dan disalurkan kepada usaha yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.
Melalui inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti, kami berusaha menjadi penghubung antara penyumbang dan mereka yang memerlukan.
🌿 Anda memberi dengan ikhlas.
🌿 Kami mengurus dengan amanah.
🌿 Mereka menerima manfaat dengan harapan baharu.

Jom mula infaq harian atau sumbangan bulanan bersama Yayasan UNITI.
Kecil nilainya di mata kita, besar maknanya buat mereka.

KebaikanBerpanjangan SahamAkhirat

Photos from Yayasan UNITI's post 28/05/2026

Pelaksanaan Bengkel Sejarah SPM di SMK Wangsa Melawati pada 22 Mei 2026 telah berjalan dengan lancar dan mendapat penyertaan seramai 170 orang pelajar.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam membantu pelajar meningkatkan kefahaman, keyakinan serta persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM.

Diharapkan bengkel ini dapat memberi nilai tambah kepada para pelajar dalam mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Photos from Yayasan UNITI's post 28/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SMK Wangsa Melawati atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Bengkel Sejarah SPM yang telah berlangsung pada Jumaat, 22 Mei 2026.

Seramai 170 orang pelajar telah terlibat dalam sesi ini, dengan harapan agar mereka memperoleh manfaat daripada perkongsian ilmu, teknik menjawab dan persediaan akhir bagi menghadapi SPM.

Semoga usaha ini menjadi sebahagian daripada langkah kecil menuju kejayaan besar para pelajar.

Photos from Yayasan UNITI's post 28/05/2026

Bengkel Sejarah SPM | SMK Wangsa Melawati

Alhamdulillah, seramai 170 orang pelajar telah menyertai Bengkel Sejarah SPM yang berlangsung pada 22 Mei 2026 di SMK Wangsa Melawati.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan membantu para pelajar membuat persediaan terbaik menghadapi SPM.

26/05/2026

🕌✨ 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 ✨🕌

Hari yang penuh kemuliaan ini mengingatkan kita tentang erti 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 dan 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶𝗮𝗻 sesama insan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan buat kita semua untuk terus 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶, 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 dan 𝘀𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 dalam setiap langkah kehidupan. 🤍

🌙 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 🌙

𝗜𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮
𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 🤍

Photos from Yayasan UNITI's post 26/05/2026

Hari Arafah bukan sekadar satu hari.
Ini mungkin hari yang Allah sedang tunggu… untuk kita kembali.

Hari di mana:
• dosa 2 tahun diampunkan
• doa paling mustajab
• paling ramai dibebaskan dari neraka
• rahmat Allah turun seluas-luasnya

Jangan tidur tanpa berdoa.
Jangan biarkan hati pergi tanpa menangis kepada Allah.
Mungkin ini peluang yang kita cari selama ini. 🤍

25/05/2026

Nervous sikit

Photos from Yayasan UNITI's post 25/05/2026
19/05/2026

Duta perpaduan in future ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


7-05, Aras 7, Menara Arina UNITI, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, WP
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:45
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:45
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:45
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:45
Friday 08:30 - 12:30
14:30 - 17:45