07/05/2026
✨ SYABAS DAN TAHNIAH ✨
Diucapkan buat pasukan Drone Challenge SKBJ yg dibimbing oleh Cg Raja Shahida & Ust Ziyadiy atas kejayaan mendapat tempat ketiga buat julung kalinya di Karnival Drone Soccer yg diadakan pada 27-28 April 2026 di SM Teknik KL baru-baru ini.
Kejayaan ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada pasukan ini untuk sertai pertandingan pada peringkat negeri nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan buat mereka 😊
Semoga pada masa akan datang, lebih ramai lagi anak-anak SKBJ yg celik teknologi dan inovasi akan menyumbang kejayaan seperti hari ini 🤲🏻
17/03/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan ✨✨✨
08/03/2026
Alhamdulillah selesai sudah Majlis Iftar Perdana SK Bukit Jalil pada hari Jumaat (6 Mac 2026) yang lalu 🥰✨
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Korezeki dan CIMB Foundation yang menjadi penaja utama dalam penyerahan Gerobok Rezeki kepada anak-anak golongan Asnaf di SKBJ.
Semoga dilipatgandakan rezeki para penyumbang sekalian 💐
Terima kasih kepada semua guru, murid dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Anda semua hebat!
19/02/2026
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H kepada semua umat Islam.
Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan memperkukuh keimanan, meningkatkan amal kebajikan serta menyemai nilai kesederhanaan dan keprihatinan dalam kehidupan bermasyarakat.
Tahun Ini, Tahun Kita
10/02/2026
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2027 👍🏼👍🏼👍🏼
21/11/2025
🔥⚡ *KARNIVAL SKBJ 2025 — HARI TERAKHIR BELI TIKET ONLINE!* ⚡🔥
📅 Sabtu | 22 November 2025
📍 SK Bukit Jalil
🚨 *HARI INI adalah hari terakhir* untuk pembelian tiket permainan secara *ONLINE!*
Beli hari ini & anda *AUTOMATIK* layak menyertai *CABUTAN BERTUAH – HADIAH UTAMA: SEBUAH BASIKAL!* 🚴♂️💥
Ini peluang terakhir nak masuk cabutan — lepas hari ini, peluang itu ditutup!
---
🎟️ Tiket Permainan – RM40
✔️ Main 10 permainan secara unlimited
✔️ Layak cabutan bertuah jika beli online hari ini
👇👇👇
LINK DI BAWAH
https://forms.gle/coGt3XwZAbKWxxgq9
---
⚠️ Jika tak sempat beli online hari ini:
➡️ Anda masih boleh dapatkan tiket secara walk-in esok di pintu masuk karnival
➡️ Anda juga boleh beli tiket loose – RM5 untuk setiap permainan
(Masuk satu game pun boleh, nak try 2–3 je pun boleh!)
---
🎮 Permainan Power:
Water Slide • Wall Climbing • Paintball • Street Soccer • Giant Bubble •
Zorb Ball • Memanah • Scooter Ride & banyak lagi!
🐾 Petting Zoo – RM8
🎁 Cabutan Bertuah – Hadiah utama: Sebuah Basikal!
---
🆓 Aktiviti Percuma:
Saringan Kesihatan • Book Truck • Tabung Haji • Maybank • Simpanan Emas • SSPN
🍔 Gerai Makan Legend:
Churros • Takoyaki • Char Kuey • Ayam Korea • Kambing Grill • Ramen •
Shawarma • Kebab • Oden • Laksa Utara & banyak lagi!
---
🔥 *LAST CALL!*
Hari ini je peluang nak beli online & masuk cabutan bertuah.
Kalau tak sempat, esok boleh walk-in & beli loose ticket.
Jumpa esok di *KARNIVAL SKBJ 2025!* 🚀🎉
20/11/2025
🔥⚡ KARNIVAL SKBJ 2025 — 2 HARI LAGI! ⚡🔥
📅 Sabtu | 22 November 2025
📍 SK Bukit Jalil
Tinggal 2 hari je sebelum karnival PALING HAVOC turun menghentam!
Permainan best, makanan padu, aktiviti penuh — semua ada!
---
🎟️ Tiket Permainan RM40
Main 10 permainan unlimited!
Daftar cepat sebelum sold out: 👇👇👇
LINK DI COMMENT 👇👇👇
https://forms.gle/coGt3XwZAbKWxxgq9
---
🎮 Permainan Power!
Water Slide • Wall Climbing • Paintball • Street Soccer • Giant Bubble •
Zorb Ball • Memanah • Scooter Ride & banyak lagi!
🐾 Petting Zoo RM8
🎁 Cabutan Bertuah — Hadiah Utama: Sebuah Basikal!
---
🆓 Aktiviti Percuma:
Saringan Kesihatan • Book Truck • Tabung Haji • Maybank • Simpanan Emas • SSPN
🍔 Gerai Makan Legend:
Churros • Takoyaki • Char Kuey • Ayam Korea • Kambing Grill • Ramen •
Shawarma • Kebab • Oden • Laksa Utara & macam-macam lagi!
---
⏳ 2 HARI JE LAGI!
Jom datang & meriahkan KARNIVAL SKBJ 2025! 🎉🔥
11/11/2025
SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PASUKAN TKRS & BSMM SK BUKIT JALIL! ✨
Seluruh warga SKBJ mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan TKRS yg mendapat JOHAN dan pasukan BSMM yg mendapat tempat KELIMA dalam Pertandingan Gerak Wira (War Cry) Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yg lalu.
Moga kejayaan ini akan menjadi penyuntik semangat kepada warga SK Bukit Jalil yg lain untuk melakar kejayaan dalam segenap bidang sama ada bidang kurikulum, kokurikulum & ko-akademik ✊🏻
SK BUKIT JALIL HEBAT! 😍