Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya

Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya

Share

MOTTO
"STUDENT FIRST" VISION: TO EMPOWER THE STUDENTS TO OPTIMISE THEIR ACADEMIC AND PERSONAL POTENTIAL IN SIMULATING, CARING AND SUPPORTIVE CAMPUS ENVIRONMENT

Photos from Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya's post 21/08/2026

KAMI HADIR & MEMBAWA PULANG KEJAYAAN!

Delegasi Universiti Malaya (UM) telah berada di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek bagi bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia (HPUA) 2026 dan Sambutan Jubli Perak MASTI (2001-2026) dari 20 hingga 22 Ogos 2026!

Lebih bermakna lagi apabila barisan Pegawai Penyelidik UM berjaya merangkul pelbagai anugerah di Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia (APUA) 2026!

Dr. Chen Chee Dhang
• Anugerah Tadbir Urus Kreatif & Inovatif (Emas)

• Anugerah Pentadbir Unggul (Perak)

Dr. Muhamad Zharif bin Samion
• Anugerah Pentadbir Harapan (Emas)

• Anugerah Inovasi Kejuruteraan, IT & Komunikasi (Perak)

ChM. Dr. Lee Kian Mun
• Anugerah Penyelidikan Sains & Teknologi (Emas)

• Anugerah Penulisan Sains & Teknologi (Gangsa)

Chang Lee Wei
• Anugerah Penulisan Sains Sosial (Emas)

• Anugerah Penyelidikan Sains Sosial (Emas)

18/08/2026

JOM SERTAI NATIONAL BIJAK WANG CHALLENGE 2026!

Mahasiswa Universiti Malaya, inilah peluang untuk tingkatkan literasi kewangan, asah kemahiran pengurusan wang dan uji pengetahuan kewangan anda melalui pendekatan gamifikasi yang interaktif dan menarik!

Hadiah wang tunai sehingga RM30,000 menanti peserta di peringkat kebangsaan! Universiti yang mencatatkan penyertaan tertinggi serta universiti yang melahirkan pelajar bergelar juara masing-masing berpeluang memenangi RM5,000.

Pendaftaran: 5 Ogos – 11 September 2026
Peringkat Kelayakan & Zon: September – Oktober 2026
National Grand Finale: 24 Oktober 2026
Central i-City Mall, Shah Alam

Jangan lepaskan peluang untuk belajar, bermain dan menang!

BijakWang FinancialLiteracy

Photos from Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya's post 17/08/2026

🇲🇾 "MERDEKA!" Bergema sekali lagi di Universiti Malaya.

Bayangkan detik itu. Padang Stadium Merdeka, 31 Ogos 1957. Rakyat berhimpun dengan jantung berdebar, menanti saat yang akan mengubah takdir sebuah negara buat selama-lamanya.

Kini, 69 tahun kemudian, saat bersejarah itu akan dihidupkan semula di Universiti Malaya. Saksikan ketibaan Raja-Raja Melayu dengan penuh keagungan, detik Union Jack diturunkan buat kali terakhir, dan saat paling ikonik dalam sejarah negara, iaitu laungan "Merdeka!" yang bergema sebanyak tujuh kali, diiringi pengibaran Bendera Persekutuan Tanah Melayu buat julung kalinya, tembakan meriam 101 das, dan alunan Negaraku yang menggetarkan jiwa.

Kemerdekaan bukan sebuah hadiah yang percuma. Ia lahir daripada perpaduan, pengorbanan dan kebijaksanaan rakyat pelbagai kaum. Hari ini, giliran kita p**a mempertahankannya - dengan ilmu, integriti dan perpaduan.

Ayuh, sama-sama kita hayati semula detik yang mengubah sejarah negara kita.

📅 31 Ogos 2026 (Isnin)
🕘 8.00 – 10.00 pagi
📍 Padang Kawad PALAPES, Universiti Malaya
👘 Kod Pakaian: Malaya 1950-an
🎟️ Terbuka kepada Pelajar, Staf UM dan Orang Awam

"Di bumi ini kita berpijak, di tanah ini kita membina harapan."

📌 Jangan Lupa Bawa Bekal Mangkuk Tingkat & Payung!
Raikan Semangat Merdeka Dengan Gaya Kita🥰

Photos from Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya's post 16/08/2026

Universiti Malaya terus memperkukuh peranan mahasiswa sebagai pemangkin perpaduan dan pembangunan masyarakat melalui Program EduSpark 2026 yang telah melabuhkan tirainya hari ini.

Majlis Penutupan EduSpark 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara.

Program yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan seramai 200 orang pelajar melalui pelbagai pengisian yang menekankan aspek kesukarelawanan, kepimpinan, perpaduan serta penerokaan potensi diri dan hala tuju pendidikan.

Bagi mahasiswa Universiti Malaya, pengalaman ini bukan sekadar ruang untuk menyumbang melalui aktiviti kesukarelawanan, malah menjadi platform untuk memahami realiti masyarakat, membina empati serta menghayati nilai saling menghormati dan bekerjasama dalam kepelbagaian.

Melalui penglibatan mahasiswa dalam program seperti EduSpark 2026, HEP UM komited dalam membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut berjiwa kemasyarakatan, berdaya kepimpinan dan mampu menjadi penghubung yang menyatukan masyarakat.

Inisiatif ini turut mendukung aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs), khususnya
SDG 4: Pendidikan Berkualiti,
SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan
SDG 17: Kerjasama demi Matlamat.

Photos from Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya's post 12/08/2026

UM YOUTH HEALTH CARNIVAL 2026: MEMBINA PELAJAR YANG LEBIH SIHAT DAN SEJAHTERA

Sebagai pelajar, kesihatan fizikal dan mental merupakan sebahagian penting dalam perjalanan akademik dan kehidupan seharian.

Atas kesedaran tersebut, UM Youth Health Carnival 2026 menjadi platform dengan kehadiran pelajar PASUM dan UMCCed bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan serta mendapatkan sokongan apabila diperlukan.

Berlangsung di Dewan Tunku Canselor, program ini menampilkan pelbagai pengisian seperti sesi Zumba, ceramah kesihatan, saringan kesihatan serta pelbagai booth dan khidmat kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.

Program yang dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, turut mengetengahkan aspek kesihatan mental, kesihatan seksual, pemakanan, kesihatan awam serta usaha berhenti merokok.

Antara pesanan penting yang disampaikan kepada para pelajar ialah:

“Menjaga kesihatan bukan tanda kelemahan. Mendapatkan bantuan bukan tanda kegagalan. Mengakui bahawa kita sedang berdepan tekanan bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.”

Semoga UM Youth Health Carnival 2026 menjadi ruang buat pelajar PASUM dan UMCCed untuk lebih mengenali keperluan diri, mendapatkan bantuan tanpa rasa takut serta membina tabiat yang lebih sihat sepanjang berada di Universiti Malaya.

Kerana menjadi pelajar yang cemerlang bukan hanya tentang pencapaian akademik — tetapi juga tentang menjaga diri sendiri.

Your Health. Your Choice. Your Future.

Photos from Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya's post 29/07/2026

HEBAHAN INISIATIF BAUCAR BUKU MADANI 2026 KEPADA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera.

Saudara/i yang dikasihi,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan Inisiatif Baucar Buku MADANI 2026 bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) mendapatkan bahan bacaan berkualiti.

Maklumat Baucar Buku MADANI 2026
Nilai Baucar: RM100
Kelayakan: Pelajar IPT warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan
Tarikh Penebusan: Bermula 15 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi
Portal Penebusan: MySiswaPlace

Melalui portal MySiswaPlace, pelajar boleh:
✅ Menyemak kelayakan
✅ Menjana dan menebus baucar
✅ Membeli bahan bacaan secara dalam talian

Platform MySiswaPlace menawarkan pelbagai pilihan bahan bacaan daripada lebih 300 rakan niaga berdaftar, termasuk:
• Buku akademik
• Buku rujukan
• Bahan ilmiah
• E-buku
• Penerbitan umum

Sehubungan dengan itu, semua pelajar Universiti Malaya yang layak adalah digalakkan untuk menebus Baucar Buku MADANI serta memanfaatkan kemudahan ini bagi menyokong pembelajaran dan pembangunan ilmu.

Sekian, terima kasih.

Seksyen Kebajikan
Pusat Perkhidmatan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya

26/07/2026

Three days. One mission. Successfully completed. ✨

Program pengambilan dan pengaktifan Kad MySiswa bagi pelajar PASUM telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak.Terima kasih kepada semua pelajar PASUM yang dah hadir sepanjang Program Pengambilan & Pengaktifan Kad RHB MySiswa.

Korang memang terbaik! 💙

Photos from Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya's post 22/07/2026

Assalamualaikum and Greetings,

Please be informed that Phase 2 of the Residential College Accommodation Application for Bachelor's Degree Students (Years 2, 3 & 4) for the Academic Session 2026/2027 is now open from 22 July 2026 (Wednesday), 8:00 a.m. until 28 July 2026 (Tuesday), 11:59 p.m.

Students who were unsuccessful in securing residential college accommodation during the first application phase are encouraged to submit a new application during this Phase 2 exercise. Students who have not yet submitted any application are also encouraged to apply before the revised closing date.

Please note that applications submitted after the deadline will not be considered.

Application Form (or scan the QR code in the attached notice): https://forms.cloud.microsoft/r/ghKkKcYT8m

20/07/2026

UM-WOW MSKP Cipta Sejarah: Julung Kali Ke UMEC Bachok

Detik baharu tercipta buat pelajar Universiti Malaya apabila program Universiti Malaya Week of Welcome (UM-WOW) Minggu Suai Kenal Pelajar (MSKP) buat julung kalinya dibawa ke Universiti Malaya Education Centre (UMEC), Bachok, Kelantan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha Portfolio TNC Hal Ehwal Pelajar (HEP) mendekati dan menyantuni warga baharu UM di luar kampus utama.

Bagi menyambut kemasukan pelajar baharu Program Khas Bahasa Arab (PKBA) dan Asasi Akademi Pengajian Islam (API) Sesi Akademik 2026/2027, UM-WOW UMEC Bachok menjadi platform memperkenalkan dunia kehidupan universiti melalui perkongsian berkaitan kebajikan, pembangunan sahsiah, kepimpinan, kesihatan, tatatertib, kebolehpasaran graduan dan keusahawanan. Pengarah Eksekutif JHEP turut menegaskan komitmen universiti untuk memastikan setiap mahasiswa menikmati pengalaman orientasi yang berkualiti dan merasai semangat kebersamaan sebagai warga UM.

Turut berlangsung Majlis Ramah Mesra dan Pelaporan Prestasi Program Khas Bahasa Arab (PKBA) Sesi 2025/2026 bersama pihak pengurusan UMEC, JHEP UM, penaja program seperti Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak, Majlis Ugama Islam Sabah, Yayasan Sarawak serta tenaga pengajar UMEC bagi memperkukuh jaringan kerjasama dan berkongsi perkembangan program.

Penganjuran sulung UM-WOW di UMEC Bachok membuktikan komitmen Portfolio TNC HEP dalam memastikan setiap mahasiswa UM menerima sokongan, bimbingan dan pengalaman bermakna sejak langkah pertama mereka sebagai keluarga besar UM.

19/07/2026

Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang mendiang Wong Xin Yee Cindy, pelajar Tahun 3, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jepun, Fakulti Bahasa dan Linguistik, atas pemergian beliau.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan ini.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Level 2, Block E, Perdanasiswa Complex, University Of Malaya
Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30