05/11/2023
Penulisan : Shaifulizan Bin Shafie (295916)
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
"GEJALA BULI DI INSTITUSI PENDIDIKAN"
Dalam isu-isu yang ingin saya kongsikan dan bincangkan adalah permasalahan 'buli' yang sering menjadi perbualan dan perhatian hangat di dalam negara. Sebagai rakyat Malaysia yang madani, memahami dan mendalami penghayatan di dalam nilai-nilai etika dan juga peradaban adalah amat penting untuk menjadikan negara kita Malaysia yang harmoni Dan bersatu hati. Ia adalah tunjang kepada keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Statistik telah menunjukan bahawa peningkatan yang agak drastik terhadap kes buli yang berlaku di dalam Institut Pendidikan di Malaysia.
Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2019 untuk kes buli,
- Sekolah Kebangsaan : 1,500 kes
- Sekolah Menengah : 2,300 kes
- Pengajian Tinggi : 500 kes
Daripada statistik diatas, kita perlu dapatkan keprihatinan yang lebih dalam dari semua pihak, segala tindakan perlu dirancang untuk membenteras perkara ini dari terus berleluasa. Beberapa kaedah penyelesaian perlu diambil untuk menjayakan perancangan ini.
3 langkah penyelesaian yang perlu dilaksanakan untuk individu ;
1. Meningkatkan kesedaran dan memberi pendidikan berterusan mengenai etika dan nilai murni dikalangan setiap murid.
2. Sokongan dan kaunseling untuk pelaku buli dan murid atau pelajar yang telah menjadi mangsa buli.
3. Penglibatan secara lebih komprehensif daripada ibu bapa, pendidik dan pentadbiran sekolah.
Seterusnya, 3 kaedah penyelesaian di dalam masyarakat
1. Memperbanyakkan program kesedaran anti-buli di dalam komuniti setempat sama ada ceramah kesedaran dan juga nilai murni dikalangan anak-anak.
2. Perbanyakkan aktiviti setempat untuk menanam sifat hormat menghormati di kalangan masyarakat.
3. Perkuat jalinan silaturahim antara keluarga dan sekolah dan semua ahli di dalamnya.
Walau bagaimanapun, ia tidak hanya selesai pada individu dan juga komuniti sahaja, negara juga perlu berusaha untuk mengatasi masalah ini agar ia tidak menjadi barah yang akan merosakkan dan menjatuhkan imej negara. Antara berikut 3 langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh negara dalam mengatasinya,
1. Melaksanakan undang-undang yang lebih tegas dan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada pelaku buli.
2. Memperluas kempen anti-buli secara meluas diseluruh negara dan menjadikan perkara ini termasuk di dalam Sistem Pembelajaran Pendidikan Moral untuk semua murid dan pelajar.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memantau setiap perkembangan murid dan juga pelajar, bukan sekadar memberitahu sahaja,tetapi pelaksanaan hanya pada coretan di kertas sahaja. Fokus dan penerapan haruslah lebih sistematik agar apa yang ingin dicapai berjaya dilaksanakan.
Penyelesaian yang lebih berkesan dalam mengelakkan masalah buli ini dari terus berleluasa adalah dengan melaksanakan undang-undang yang lebih tegas dan perlu penglibatan dari semua pihak. Di negara kita ada akta-akta yang boleh diguna pakai dalam melaksanakannya diantaranya,
1. Akta Pendidikan 1996
2. Akta Kanak-Kanak
3. Akta Perlindungan Mangsa
Mari kita bersama-sama berbanding bahu dalam membenteras masalah buli ini dari terus menjadi masalah yang boleh menjatuhkan imej dan martabat negara di mata Dunia, walaupun kita sedari negara-negara luar adalah lebih parah dari negara kita ini, tetapi dengan bermula dari akar umbi, kita dapat menjadikan negara kita ini negara yang harmoni dan bersatu padu. Apabila rakyat berada di dalam kesepakatan dan keharmonian, negara akan lebih pesat membangun dan menjadi contoh juga tauladan kepada negara-negara lain diluar sana. Barulah negara Malaysia menjadi negara yang Madani.
Marilah bersama-sama kita menyebarkan kesedaran ini agar setiap individu dan masyarakat mendapat manafaat daripadanya