12/04/2026
GURU BITARA NADI NEGARA ๐ฒ๐พ
Dalam dunia yang semakin mencabar, guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina masa depan negara.
Guru bitara melambangkan keunggulan profesionalisme, keteladanan dan integriti, manakala โnadi negaraโ menggambarkan peranan penting guru sebagai penggerak utama kemajuan dan kesejahteraan negara.
Sebagai nadi negara, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menentukan arah tuju generasi melalui penerapan nilai, pemikiran kritis dan semangat patriotisme.
Terima kasih, cikgu!
Tahun Ini, Tahun Kita
12/04/2026
Panduan Etika Pemakaian Penjawat Awam: Batik dan Korporat
Selaras dengan ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3 berkaitan Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam, bagi pegawai lelaki serta pegawai wanita, ๐ฉ๐๐ฆ๐๐ค๐๐ข๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฎ ๐๐๐ญ๐ข๐ค ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ฐ๐๐ฃ๐ข๐๐ค๐๐ง ๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ญ๐ข๐๐ฉ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง ๐๐ข๐ ๐๐ฅ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐ฉ๐๐ค๐๐ข ๐ฉ๐๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐ข๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ฅ๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฉ๐๐ค๐๐ข๐๐ง ๐ฉ๐๐ฃ๐๐๐๐ญ. Pemakaian baju batik ni terkecuali pada badan beruniform
Bagi pemakaian baju korporat memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran kepada pegawai untuk memakai baju korporat atau pakaian kerja lapangan (field-work) pada hari atau bagi tujuan tertentu semasa menjalankan tugas.
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, suhu penyaman udara di ruang pejabat Kerajaan ditetapkan pada minimum 24ยฐC bagi menjamin keselesaan dan penjimatan penggunaan tenaga.
Tahun Ini, Tahun Kita
11/04/2026
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
โPihak sekolah dan barisan Jawatankuasa
PIBG SK Wangsa Melawati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa serta penjaga yang telah meluangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31.
โKehadiran dan komitmen tuan/puan mencerminkan keprihatinan yang tinggi terhadap kebajikan anak-anak dan kemajuan sekolah. Segala idea, cadangan, dan sokongan yang diberikan amat bermakna untuk kita terus memacu kecemerlangan SKWM ke tahap yang lebih tinggi.
โTahniah juga diucapkan kepada barisan Jawatankuasa PIBG yang baharu dilantik. Semoga ukhuwah antara sekolah dan komuniti terus erat demi masa depan anak-anak kita.
โ
29/03/2026
MAKLUMAN CUACA PANAS
Sehubungan dengan cuaca panas yang melanda, murid *SK Wangsa Melawati* dibenarkan *memakai baju PJ sekolah mulai Isnin, 30 Mac 2026.*
Mohon perhatian ibu bapa:
โ Pastikan anak membawa botol air / air kosong ke sekolah.
โ๏ธ Sekolah ada menyedia 3 water cooler utk anak2 tuan puan mengisi air tambahan.
โ Pastikan anak minum air dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi.
Kesihatan anak-anak adalah keutamaan kita bersama.
Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa amat dihargai demi kesejahteraan anak-anak.
Terima kasih.
12/03/2026
Majlis Pelancaran Program Ihyaโ Ramadan 2026
Program ini bertujuan untuk menghidupkan suasana bulan mulia dengan pelbagai aktiviti bermanfaat buat anak-anak didik dan warga sekolah.
โAntara pengisian yang telah dijalankan ialah:
๐ Tadarus Al-Quran
๐ Tazkirah Ramadan
๐ค Kempen Infaq/Sedekah
โจ Majlis Khatam Al-Quran
๐
pertandingan Tahap 1&2
โSemoga usaha kecil ini membawa keberkatan yang besar buat kita semua.
Mari kita persiapkan diri untuk meraih takwa di 10 hari terakhir yang penuh rahmat ini. ๐คฒ
โ
12/03/2026
"Kepimpinan adalah tindakan, bukan sekadar jawatan." ๐
โTahniah diucapkan kepada semua murid yang telah terpilih dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Wangsa Melawati bagi tahun 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Februari 2026.
โMajlis ini merupakan simbolik bermulanya tanggungjawab besar buat para pengawas dan pemimpin murid untuk membantu sekolah dalam memantau disiplin serta menjadi suri teladan kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga amanah ini dipikul dengan penuh dedikasi dan integriti.
โSelamat bertugas buat semua barisan pemimpin muda SKWM! ๐ฆโจ
โ
10/02/2026
Pejabat Pendidikan Daerah Keramat menyeru seluruh warga sekolah agar bersama-sama menolak budaya buli dan membina persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni serta penuh kasih sayang. Setiap murid mempunyai peranan penting dalam memastikan rakan-rakan sentiasa dilindungi dan dihormati.
Antara keutamaan seruan Anti Buli:
โ
Berani bersuara โ Laporkan kepada guru atau pihak sekolah jika berlaku buli.
โ
Bantu mangsa dengan cara yang betul โ Beri sokongan dan segera dapatkan bantuan orang dewasa.
โ
Jadi rakan yang prihatin โ Peka terhadap perasaan serta kebajikan rakan.
โ
Sokong kawan yang disisihkan โ Dekati dan beri semangat agar tiada yang merasa keseorangan.
Marilah kita bersama mewujudkan budaya sekolah yang saling menghormati, menyantuni dan melindungi antara satu sama lain.
Pergi ke taman memetik melati,
Harum baunya menyejukkan rasa;
Jauhi buli, pupuk empati,
Sekolah harmoni impian bersama.
Burung merpati terbang ke desa,
Hinggap sebentar di dahan sena;
Jika terlihat rakan terseksa,
Bantulah segera
07/02/2026
Sekalung tahniah diucapkan buat SK Wangsa Melawati kerana telah terpilih memenangi Anugerah KoKo Peringkat Negeri JPWPKL 2025 untuk dua kategori:
1. Sekolah Rendah Prestasi Cemerlang PAJSK
2. Unit Uniform Cemerlang Pandu Puteri Tunas (PPT)
Syabas unit Ko-Kurikulum atas kejayaan dan kecenerlangan ini. Moga lebih sukses insyaAllah.
20/01/2026
๐ฃ Jangan lepaskan peluang!
Saksikan Forum Pendidikan Negara dan Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026โ2035 secara LANGSUNG melalui RTM, EduWebTV, DIDIK TV dan FB KPM.
๐ 20 Januari 2026
โฐ 10.30 pagi โ *Forum Pendidikan Negara*
๐ Tonton di sini:
https://youtube.com/live/HuE_s_QcdyY?feature=share
โฐ 12.30 tengah hari โ *Majlis Peluncuran RPN 2026โ2035*
๐ Tonton di sini:
https://youtube.com/live/C8LyxcfBXS8?feature=share
Tahun Ini, Tahun Kita
11/01/2026
"Selamat kembali ke sekolah 2026!
Mari mulakan tahun baharu ini dengan azam yang lebih kuat, semangat yang membara, dan minda yang positif untuk mengejar kejayaan."
Pastikan berpakaian kemas, segak dan cantik. Guru-guru menanti kehadiran kalian semua ๐
Unit Pengurusan Dan Pentadbiran
SK Wangsa Melawati
16/12/2025
MAJLIS
LAMBAIAN KASIH DAN SANJUNGAN BUDI
SELASA
16 DISEMBER 2025
๐นPn Sarah Liyana bt Abdullah Sani
๐นPn Melisa Anak Duat
๐นPn Nur Afiqah Zafirah bt Rosley
"Terima kasih cikgu atas segala jasa ban bakti mengajar dan mendidik anak-anak SKWM. Terus maju jaya di sekolah baru, jasamu dikenang selalu"