Kelas Al Quran - Desa Pandan, KL

Kelas Al Quran - Desa Pandan, KL

Share

Kelas mengaji untuk dewasa, remaja dan kanak2 seawal usia 7 hingga 70 tahun.

22/04/2026

Bila kali terakhir kita baca Al-Quran…
tapi dalam hati rasa tak yakin dengan tajwid sendiri?

Hakikatnya… ramai orang umur 30–50 tahun alami benda yang sama:
👉 Tak pernah belajar tajwid secara betul
👉 Segan nak mula sebab rasa “dah lambat”
👉 Tak tahu nak mula dari mana

Akhirnya…
kita terus membaca… tapi dalam keadaan ragu-ragu.

Sebenarnya bukan kita tak pandai,
kita cuma belum jumpa cara belajar yang betul.

Bayangkan kalau anda boleh:
✨ Baca Al-Quran dengan lebih yakin & tenang
✨ Faham hukum tajwid satu per satu (bukan hafal semata)
✨ Belajar dalam suasana santai, tanpa tekanan
✨ Dibimbing ustaz secara step-by-step

Dan paling best…
👉 Anda boleh mula dengan PREVIEW PERCUMA dulu

Slot Preview PERCUMA:

✔️ 23 April 2026
✔️ 30 April 2026
📍 Kelas fizikal (bersemuka, bukan online)

📖 Kelas penuh bermula Mei – setiap Khamis
⚠️ Tempat TERHAD (kelas fizikal)

📲 WhatsApp sekarang:
013-3941 241 (Ustazah Fadzilah)

Mulakan langkah kecil hari ini…
moga jadi asbab kita lebih dekat dengan Al-Quran.

28/02/2026

Alhamdulillah 🤍
Tahniahhh kepada anak-anak yang telah berjaya naik ke bacaan Al-Quran serta naik kelas pada bulan Oktober hingga Disember yang lalu👏🏼👏🏼👏🏼

✨1. Eid Zackhir bin Mohd Syazril Amli (10 Tahun)

✨2. Muhammad Hafiy Anas bin Syihabuddin (10 Tahun)

✨3. Muhammad Firas bin Azmy (9 Tahun)

✨4. Seri Hayyun Dinie binti Ismail (10 Tahun)

Setiap langkah ini adalah bukti usaha, kesungguhan dan doa yang tidak pernah putus. Semoga anak-anak ini terus istiqamah, dipermudahkan bacaan dan membesar sebagai generasi yang mencintai Al-Quran sepanjang hayat.🤲🏻🥰

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa atas sokongan, kepercayaan dan doa yang berterusan. Semoga segala usaha ini menjadi asbab keberkatan buat kita semua.

Photos from Kelas Al Quran - Desa Pandan, KL's post 03/02/2026

Hari Ahad lepas,saya belajar satu benda penting bukan siapa paling kuat bekerja akan menang, tapi siapa paling bijak guna teknologi.

Terima kasih Coach Arif Kamal atas kelas AI for Business Owners yang sangat membuka mata.

Banyak idea baru saya dapat untuk guna AI dalam marketing, urus pelanggan dan urus operasi bisnes dengan lebih efisien.
Ilmu macam ni memang usahawan zaman sekarang WAJIB ada. 💯

06/01/2026

SESI PERTAMA KELAS TALAQQI ASAS DEWASA TAHUN 2026.


Alhamdulillah, segala puji syukur bagi Allah kerana permulaan tahun 2026 dengan kehadiran Peserta Baru untuk Kelas TALAQQI ASAS DEWASA.

Pada bulan Disember tahun lepas, Pihak kami ada iklan kan tentang kelas ini dan seramai 12 peserta ingin menempatkan diri untuk belajar di Pusat PENGAJIAN AL Quran AL Baghdadi.

Kepada anda yang nak sertai kelas kami, boleh terus wasap kami 013-394 1241

26/12/2025

Ingin anak-anak mengenal kisah hebat Rasul Ulul Azmi dengan cara seronok, interaktif & bermakna?
Inilah peluang terbaik buat mereka belajar sambil bermain!

🗓 5 – 8 Januari 2025 (Isnin – Khamis)
⏰ 8.30 pagi – 5.30 petang

🎯 Apa yang menarik?
✅ Telusuri kisah teladan Rasul Ulul Azmi
✅ Aktiviti kreatif: Cipta Tabung Kaabah
✅ Fun games & pengalaman pembelajaran menyeronokkan

Terbuka untuk kanak-kanak 7 – 15 tahun

👥 Terhad kepada 30 peserta sahaja!
🎁 Yuran Early Bird: RM199 sahaja
(Asal RM280 – tawaran sebelum 15/12/2025)

✔ Termasuk makan 3 kali, modul, hadiah & sijil

📞 Daftar sekarang sebelum penuh!
Hubungi Ustzh Fadzilah: 013-3941241

Bina sahsiah, subur iman, cipta kenangan indah bersama KEJAR!

23/12/2025

𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗔𝗟 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗟𝗔𝗤𝗤𝗜 !!


Umur dah meningkat,uban makin memutih,
baca al quran masih tergagap-gagap lagi..

Jom datang ke sesi Kelas Review Percuma selama 2 jam,
rasa ngam dengan ustaz yang mengajar, boleh set terus untuk sertai Kelas Al Quran Desa Pandan.

Paling Istimewa, kelas ni tak kan buatkan anda bosan dan malu dengan tahap bacaan anda..

Klau anda nak tahu,
Inilah kelebihan Teknik Asas Belajar Al Quran oleh Pusat Pengajian Al Baghdadi..

Teknik ni dah lama diajarkan dan terbukti berkesan khususnya golongan dewasa yang mencari kaedah mudah dan mesra dan belajar Al Quran tanpa rasa segan dan malu.

Kelebihan dalam kelas ni :-
✅ Ustaz yang Mahir dan Terlatih (pasti tak mengantuk)
✅ Belajar Ramai-ramai
✅ Kami tidak akan tanya dan ambil tahu tahap belajar Al Quran anda
✅Kelas Berhawa dingin

Tarikh Kelas Preview :

1 Disember 2025(selesai)
8 Disember 2025(selesai)
15 Disember 2025 (Selesai)
22 Disember 2025(Selesai)
29 Disember 2025(isnin)

Lokasi Pengajian Kelas Fizikal :-

Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi Desa Pandan
41-1, Jalan 3/76d, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur,

Boleh hubungi Ustazah Fadzilah untuk pendaftran : 013-394 1241 atau tekan je wasap link di bawah..

Ingat,Tawaran untuk Bulan Disember ini sahaja ye !

Photos from Kelas Al Quran - Desa Pandan, KL's post 11/12/2025

Alhamdulillah selesai sesi preview Kelas Mengaji Asas Dewasa untuk minggu ini 🤗

"Saya tak sempat nak ikut preview, ada lagi ke ?"😅

Haa.. jangan risau.. mestilah ada untuk yang belum sempat ikut preview minggu ini 🤭

Preview seterusnya akan berlangsung pada:

✅ 15/12/2025 (Isnin)
✅ 8.15mlm - 10.15 mlm

Tunggu apa lagi...🤗

Jom save terus tarikh. ni untuk hadir ke preview minggu hadapan ye 🥰

*DISKAUN MENARIK* menanti yg hadir.. 💐👍🏼

Sebarang info lanjut tekan link dibawah:

https://wasap.my/60133941241/kelasAsasJan2026

Photos from Kelas Al Quran - Desa Pandan, KL's post 02/12/2025

Kelas Review Asas AL Quran 01 Disember 2025.

Semalam berlangsung kelas asas Al Quran dengan jayanya,

Para peserta yang Hadir merasai sendiri pengalaman bertalaqqi Al Quran secara berkumpulan,

Ia lebih menarik dan bersemangat kerana teknik PENGAJIAN AL Quran mengikut teknik Al Baghdadi tidak akan bertanda tentang tahap pembelajaran Al Quran mereka.

Inn Sha Allah, pada 8 Disember 2025,hari Isnin akan berlangsung lagi sesi preview kedua.

Jom WhatsApp kami untuk info yang lebih lanjut

29/11/2025

Dah pandai baca, boleh join ke?

Ilmu adalah dituntut sehingga akhir hayat,
Bukan hanya sekadar rasa Cukup,

Ilmu Al Quran ni tak kan pernah habis,
Makin dibaca, Makin dapat ilmu baru..

Kelas ni sesuai juga bagi yang nak mantap kan lagi ilmu bacaan Al Quran..

LAGI sesuai adalah untuk mereka yang rasa 'aku dah patut mula baca Al Quran',

Kelas ni adalah prinsip terse diri,
Ustaz yang mengajar tak akan tanya tahap bacaan anda.

Jadi, anda tak perlu me rasa kerdil,
Anda masuk kelas, buat macam biasa..

Ustaz yang mengajar juga tak suruh anda baca sorang-sorang, tapi semua kena baca serentak..

Tambahan, kalau anda salah bacaan, JANGAN MENGAKU, sebab kami tak kan tuju kesalahan dekat anda.. Nak tahu, datang lah ke kelas kami

Jadi, wasap 013-394 1241 sekarang untuk tanya detail kekosongan kelas..

Jumpa isnin malam ni ye😍🤗

Photos from Kelas Al Quran - Desa Pandan, KL's post 29/11/2025

Alhamdulillah, Kelas Rawat Solat untuk Dewasa mendapat sambutan yang baik.

Kelas selama 3 jam pada pagi ini merungkai segala persoalan tentang bab Muafik dan Masbuk.

Para peserta amat gembira dengan PENJELASAN Ustaz Hadi dalam kelas ini.

Untuk Makluman, kelas ini akan berlangsung sebulan sekali dan pada hari sabtu minggu ke-empat

Boleh Hubungi kami 013-394 1241 untuk Sebarang info dan Makluman.

27/11/2025

Usah putus asa bagi mereka yang sedang berusaha belajar membaca Al-Quran, Sesungguhnya bersabar ketika mempelajari Al-Quran itulah peluang untuk kita mengumpul pahala ☺️.

Tahniah dan syabas bagi mereka yang tidak pernah berhenti belajar membaca Al-Quran🤗.


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


41-1, Jalan 3/76D, Desa Pandan
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Friday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 12:00
Sunday 09:00 - 11:00