07/04/2020
Sekolah Bisnes Kecantikan Online
Lipatgandakan keuntungan bisnes kecantikan anda dengan ilmu bisnes dan ilmu pengurusan staf/terapis melalui kursus-kursus berkualiti dari kami.
Dapatkan ilmu bisnes kecantikan Tuan/Puan dengan dengan menyertai kursus-kursus menarik dan berkualiti yang disediakan oleh Sekolah Bisnes Kecantikan. Hubungi kami di [email protected] untuk keterangan lanjut.
07/04/2020
07/04/2020
Analisis risiko industri terpilih di USA, menurut Brookings.
https://www.brookings.edu/research/how-local-leaders-can-stave-off-a-small-business-collapse-from-covid-19/
Financial freedom is a mental, emotional and educational process.
10/07/2019
3 LANGKAH SALES LAJU
FAHAMI FUNNEL PROSPECT MELALUI KATEGORI ISTILAH COLD,WARM & HOT
1.COLD-
Mereka yang tak kenal anda,tak perlu produk anda.Tidak boleh boleh terus jual.
Caranya warm up dulu.
Level ni banyak rejection.Share
information ,video bawa mereka ke IG,FB.Buat LIVE sampaikan information.konten is a KING(design konten)
Bawa level warm market
2.WARM-
Pelanggan maybe dah kenal kita dan maybe dah beli product kita.Mereka dah tahu tapi maybe belum cukup duit mereka mahu beli.Mind mereka masih 50-50.
Kawan-kawan ,saudara mara adalah warm market.Level ni dah boleh buat sale di samping terus share information.
HOT –
Confirm dah nak barang,tapi maybe mahal la p**ak barang.Sebab tu database sangat penting .Pelanggan tetap akan bertanya soalan namun lebih kepada mahu beli servis / produk
So jika mahu pantas buat sales kena tahu level ni.On9 best jika buat website.Pelanggan boleh terus masuk 3 level ni,jika website menarik , boleh terus buat sales.
SALES Funnel boleh,design terus dari website.
Orang kaya sentiasa konsisten belajar.Orang miskin p**a fikir mereka sudah mengetahui segala-galanya.
- T Harv Eker -
11/09/2017
Apakah kepentingan bidang ini kepada umat Islam?
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan”.
(Hadith riwayat al-Bukhari ; jilid 8 : ms 282).
Jelas disebutkan di atas bahawa Rasullullah saw begitu memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan. Oleh kerana ilmu perubatan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan, maka ia mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Islam. Imam As–Syafie sendiri begitu memahami ilmu perubatan secara mendalam selain daripada ilmu syariah dan juga bahasa Arab yang merupakan kepakarannya yang diiktiraf ramai. Tepatlah pandangan yang mengatakan bahawa Islam meletakkan ilmu perubatan sebagai fardu kifayah yang perlu dituntut oleh sebahagian umat Islam (Dar Al kutub Al- Ilmiah, Beirut ms 415).
Adalah sangat wajar sekiranya sebilangan wanita daripada kalangan umat Islam mempelajari ilmu perubatan yang diperlukan untuk membantu dan memelihara wanita agar sihat rohani dan jasmaninya. Wanita yang berperanan sebagai isteri dan ibu merupakan tunggak yang kelak menentukan kekuatan institusi sesebuah keluarga seterusnya masyarakat dan bangsa.
Nota : Akan datang kami bawakan untuk anda
Program Intensif Perbidanan
04/09/2017
Kebiasaannya dalam servis urutan kita menggunakan tungku batu yang dipanaskan.
Pernahkah anda mencuba teknik urutan dengan kaedah tungku Ais?
Jika belum dan berminat mahu mempelajari , boleh hadir ke bengkel kami.
Ramai orang takut tanpa mengetahui banyak kelebihan bertungku ais ini.
Antara kelebihannya kepada pelanggan:
✓ memberikan kelegaan segera
✓ melancarkan peredaran darah
✓ memberi ketenangan dan ketenangan
Kelebihan kepada mereka yang belajar:
✓ tidak memenatkan
✓ margin tinggi
✓ mudah mendapat ulangan
Dengan adunan lebih 4 jenis minyak pati bunga , urutan ini sangat berimpak tinggi.
Pertanyaan dan Pendaftaran boleh hubungi kami 011-2541 4558
28/08/2017
Mahukah puan puan *rehatkan diri ke Bali sambil belajar ilmu bisnes menguruskan spa* yang baharu?
"Anda sibuk menguruskan spa hingga tidak sempat melakukan perkara yang perlu dilakukan oleh pendiri bisnes"
"Anda tiada tempat mengadu masalah berkaitan spa dan terpaksa menanggung masalah tanpa bantuan rakan-rakan spa yang lain"
"Anda penat dan hampir burn out menguruskan spa hingga terdetik mahu jual sahaja spa"
"Anda sudah berpuluh tahun melakukan perkara yang sama di spa anda dan mahukan pembaharuan dan inspirasi lain"
"Anda mahu eksplorasi industri spa di negara lain supaya dapat bawa masuk trend atau ilmu baharu ke spa anda"
*Trip Santai Bisnes ke Bali*
Semasa trip 3 hari 2 malam ini, anda akan bersantai menikmati keindahan suasana Bali sambil belajar pekara-pekara ini :
⭐ Kedudukan semasa bisnes spa anda dari segi kewangan, posisi jenama dan kekuatan khidmat pelanggan
⭐ Marketing dan branding bisnes spa
⭐ Mendesain semula menu rawatan supaya kekal relevan dan membuat keuntungan
⭐ Menguruskan sistem ganjaran terapis agar terapis membawa masuk jualan berganda
⭐ Mendesain standard operating procedures (SOPs) agar bisnes boleh bergerak tanpa perlu kehadiran anda sebagai pemilik spa
⭐ Merangka pelan tindakan selanjutnya
⭐ Networking
⭐ Lawatan ke spa dan rumah kecantikan Bali
⭐ Shopping dan lain-lain lag
28/08/2017
Apabila kita mempunyai rancangan untuk berhenti kerja makan gaji DAN mahu bergelar Mobile Spa , jangan buat banyak hutang .
Dengan ada komitmen kita akan tertekan kerana pendapatan berniaga belum tentu lagi.
28/08/2017
Menyembunyikan Emosi & Mengasingkan Emosi.
Dua kemahiran itu sangat penting ada pada majikan, orang bisnes dan orang politik.
Dalam dunia bisnes, emosi kita boleh menjadi aset, ia boleh juga menjadi liabiliti. Justeru, kita perlu meningkatkan skill mengurus emosi kita.
Sesetengah emosi perlu disembunyikan. Sebagai contoh, sebagai majikan apabila kita lebih sayang mana-mana staff, kita tidak boleh pamerkan emosi kita itu kepada staff lain.
Semua staff perlu berasa dirinya kita hargai. Apabila kita sembunyikan perasaan benci kita, lama-lama kita dapat mengurangkan perasaan benci itu lalu emosi kita kembali normal.
Sesetengah emosi perlu kita asing-asingkan. Sebagai contoh, sebagai orang bisnes apabila kita tidak menyukai mana-mana pelanggan kita ataupun orang bisnes lain, kita perlu asingkan emosi kita itu.
Kita mungkin tidak menyukai sikap, perangai dan tingkah laku orang itu, tetapi kita menyukai duitnya.
Kita asingkan 2 perasaan itu. Apa yang kita tidak sukai, letakkan di dalam saku kiri. Apa yang kita sukai, letakkan di dalam saku kanan
Bisnes jalan terus!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
No. 14, Jalan TC2A/2, Taman Cemerlang
Kuala Lumpur
50050