14/03/2022
MENYESAL BELI EMAS!
Ingatkan apabila konsisten beli emas Public Gold satu gram satu bulan, setahun boleh dapat 12 gram.
Rupanya tidak!
Bukan setakat 12 gram, tetapi saya dapat kumpul melebihi 20 gram setahun. Sangat tidak masuk akal.
Baru saya tahu menyimpan emas ini rupanya boleh jadi hobi berhantu. Kita akan jadi ketagih untuk simpan dan terus menambah simpanan.
Bagus ker ketagih beli emas ni?
Bagi saya ianya lebih bagus daripada kita ketagih beli benda yang tidak mendatangkan keuntungan pada masa hadapan contoh hobi bertukar-tukar kereta, beli jam tangan mahal, handbag berjenama, handphone canggih dan macam-macam lagi hanya untuk kepuasan diri. Tetapi apabila nak jual balik, tak untung pun malah rugi.
Tetapi emas, logam ciptaan Allah SWT yang sangat bernilai sepanjang zaman. Buktinya nilai 1 Dinar zaman Rasulullah SAW boleh beli seekor kambing...malah nilai 1 Dinar sekarang pun TETAP boleh beli seekor kambing. AJAIB bukan!
Bagaimana saya buat sehingga boleh simpan emas melebihi 20 gram setahun?
1. Apabila dapat gaji, saya akan beli emas terlebih dahulu sebelum belanja walaupun hanya satu gram. Kalau tak dapat satu gram, seratus pun saya akan beli sebab minimun menyimpan emas dengan Public Gold adalah RM100. Sangat murah dan praktikal!
2. Apabila ada duit lebih pun saya akan beli emas. Contohnya ada lebihan duit gaji, terus saya tukar kepada emas melalui akaun GAP iaitu cara paling murah dan mudah simpan emas dan yang penting ianya Patuh Syariah!
3. Saya guna kaedah Easy Payment Purchase (EPP) iaitu kaedah beli emas secara bulanan samada bayaran selama 6 bulan atau 10 bulan apabila ada promosi. Kaedah ini sangat sesuai supaya kita konsisten simpan emas pada harga emas semasa sekalipun harga emas 10 bulan akan datang telah naik.
4. Setiap kali dapat duit bonus atau ganjaran saya akan beli emas. Dengan itu duit yang saya dapat tidak hangus atau habis begitu sahaja. Apabila saya perlukan duit saya akan gadai ataupun jual emas tersebut di website Public Gold, tak perlu pergi ke branch dan dalam masa 2 hari saya akan dapat duit tersebut. Mudah sangat!
4. Saya guna kaedah PAKSA, iaitu saya akan beli emas tak kira harga rendah atau tinggi. Jika harga rendah saya akan borong, malah jika harga tinggi pun saya akan beli untuk dapatkan pemurataan harga. Kata guru saya inilah rahsia penyimpan emas sentiasa tersenyum:)
5. Dan yang paling best! duit NAFKAH daripada suami setiap bulan pun saya tukar kepada emas!
Satu perubahan positif yang berlaku pada diri saya apabila menyimpan emas ialah, hilang sifat BOROS!
Ya! sejak mula menyimpan emas, nafsu saya untuk membeli barang-barang berharga diluar kemampuan mulai tawar. Secara jujurnya saya sudah tidak pandang handbag mahal, kasut bergaya, kereta berjenama dan apa sahaja yang tidak menjadi keperluan utama dalam hidup saya.
Jadi kenapa saya simpan emas?
Sebab utama ialah, saya hanya alihkan duit simpanan saya kepada emas kerana jika duit di simpan dalam bank saya yakin ianya tidak akan kekal lama tambahan shopping online sekarang sangat mudah hanya di hujung jari.
Lagi satu kita kena ingat saban tahun duit kita dimamah inflasi. Contoh paling mudah duit di mamah inflasi ialah jika dulu kita boleh dapatkan sebungkus nasi lemak biasa hanya 50 sen tetapi sekarang ada yang sampai RM3.00 sebungkus! Duit kita semakin susut nilai.. huhu...
Apa matlamat saya simpan emas ni?
Matlamat utama saya simpan emas ialah menyediakan dana pendidikan anak-anak. Kos pendidikan yang semakin hari tidak masuk akal memerlukan ibu bapa bersedia sejak anak-anak kecil. Jadi bila tiba masanya, saya tidak perlu buat pinjaman untuk membiayai kos pendidikan anak-anak, nak pakai duit, saya jual emas yang sudah lama simpan, berbaloi kan!
Kedua, sebagai dana persaraan saya setelah pencen. Walaupun sebagai penjawat awam, setelah bersara saya akan dapat pencen, namun saya tidak boleh jamin ianya kekal seperti sekarang sebab semuanya bergantung kepada dasar Kerajaan dan ianya mungkin boleh berubah. Jadi sekurang-kurang apabila simpan emas saya sudah ada back up yang kukuh.
Ketiga, saya cita-cita saya nak jadi sebahagian daripada pembayar zakat yang tegar. Apabila simpanan emas cukup nisab dan haul, orang Islam wajib bayar zakat dan ini adalah salah satu cara untuk menyuburkan harta sekaligus membantu umat Islam yang tidak berkemampuan. Infaq fii ssabilillah.
Dan yang paling penting, matlamat utama saya simpan emas ialah untuk mempercepatkan saya mengumpul dana bagi menampung kos menunaikan umrah kami sekeluarga dalam masa terdekat. InshaAllah.
Alhamdulillah sejak menyimpan emas secara istiqamah hidup saya semakin tenang sebab saya bukan mengejar kemewahan dunia tetapi saya punyai matlamat jelas yang boleh elakkan diri daripada terperangkap dalam hutang.
Nak saya guide cara menyimpan emas dengan Public Gold, boleh tekan link di bawah. Jangan risau, bimbingan saya adalah PERCUMA!
www.wasap.my/60139960933/nakinfoemas/fbpage
www.wasap.my/60139960933/nakinfoemas/fbpage
atau
Boleh singgah ke website saya untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Public Gold di sini ๐
https://www.publicgoldofficial.com/wannorrizan
semoga bermanfaat
Salam Ukhuwwah
Wan Nor Rizan
Dealer Aktif Public Gold