Teacher Alia

Teacher Alia

Share

To share and impart knowledge on education and its issues to others. Teacher Alia will share her school stories & her opinion on education in this page.

24/02/2023

Menyusahkan cikgu-cikgu dengan tugasan tidak berkait dengan mengajar adalah amalan yang tidak masuk akal di Finland. Guru dilatih untuk menjadi pakar dalam mengajar, maka mengajarlah yang diberi keutamaan tertinggi pada menghargai kepakarannya.

Antara perkara yang memudahkan kerja cikgu-cikgu di Finland ialah:

WILMA

1. Melalui sistem dalam talian WILMA, ibu bapa mengemas kini sendiri maklumat anak, pertukaran alamat rumah, nombor telefon, emel, menyatakan persetujuan anak boleh guna peranti sendiri atau tidak, dan sebagainya. Ibu bapa yang buat kerja-kerja ini, bukan guru. Sebahagian persatuan ibu bapa mengambil inisiatif bertanya khabar sesama ibu bapa jika ada yang bermasalah mengisi maklumat seperti ini.

2. Melalui sistem dalam talian WILMA, ibu bapa memaklumkan ketidakhadiran anak ke sekolah. Maklumat mesti sebelum jam 12 tengah hari pada hari murid tidak hadir.

3. Melalui sistem dalam talian WILMA, ibu bapa membuat permohonan cuti anak jika anak akan bercuti lebih daripada tiga hari.

4. Melalui sistem dalam talian WILMA, guru memasukkan secara rutin harian, pentaksiran bilik darjah (PBD) dan ibu bapa secara otomatik mendapat notifikasi.

5. Melalui sistem dalam talian WILMA, guru dan ibu bapa berkomunikasi mengenai hal anak.

6. Sebanyak mungkin, semua urusan yang boleh diselesaikan di WILMA, ia dimaksimumkan, agar guru tidak terganggu.

TELEFON KERJA

Guru-guru di Finland mempunyai telefon pintar khas untuk kerja, yang digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar. Telefon berkenaan ditutup selepas habis waktu pejabat. Ibu bapa tidak boleh menghubungi guru menggunakan nombor peribadi guru, atau nombor kerja, di luar waktu kerja rasmi.

SEKOLAH TIDAK MENJALANKAN AKTIVITI KO KURIKULUM

Aktiviti 'ko kurikulum' berlaku dalam masyarakat Finland di luar sekolah. Pelajar memilih sendiri aktiviti sukan, seni mempertahankan diri atau apa sahaja aktiviti, melalui kelab-kelab di lokasi masing-masing, atau melalui aktiviti yang disediakan oleh City Council. Ia tidak sama sekali membabitkan guru dan sekolah. Tetapi guru akan merekodkan di WILMA apakah aktiviti pelajar selepas habis persekolahan, untuk memantau gaya hidup supaya sihat dan seimbang. Oleh itu, guru tidak ada memegang potfolio-potfolio yang tiada kena mengena dengan tugas mengajar. Aktiviti kecil-kecilan yang ada di sekolah adalah atas inisiatif guru dan sekolah itu sendiri.

RPH (LESSON PLAN) HANYA UNTUK KEGUNAAN PERIBADI

Guru-guru di Finland menyediakan rancangan pengajaran harian hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak sama sekali untuk direkod, diperiksa, atau dinazir.

SIFAR PENAZIRAN

Penaziran telah dihapuskan semenjak akhir 1970-an di Finland. Bukan kerana guru ketika itu telah boleh dipercayai. Tetapi kerana Finland mahu guru-gurunya boleh dipercayai. Caranya adalah dengan mempercayai guru, dan menghapuskan penaziran yang ternyata tidak menyumbang kepada peningkatan kualiti guru mengajar atau murid belajar.

TIADA PUNCH CARD

Sekolah-sekolah di Finland tidak merekodkan pukul berapa guru tiba di sekolah dan pukul berapa meninggalkan sekolah. Guru bebas untuk datang pada pukul berapa dan balik pada pukul berapa, bergantung pada jam berapa guru berkenaan mempunyai kelas yang perlu dikendalikannya.

KERJASAMA PIBG

Jika ada aktiviti rombongan sekolah, atau apa-apa aktiviti tambahan yang ingin dilakukan, ibu bapa menjalankan fundraising dan lain-lain untuk menjayakannya dan hanya memaklumkan kepada guru apabila perlu.

ADAKAH CIKGU DI FINLAND RELAKS?

Tidak juga.

Murid masih ramai di dalam kelas.

Guru sibuk kerana guru mengambil kira setiap individu murid semasa merancang pengajarannya. Keperluan setiap individu murid, kelebihannya, masalah pembelajarannya, kesihatan fizikal dan mental, isu di rumah, ada di dalam pengetahuan kebanyakan guru. Maklumat itu mempengaruhi differentiation dan personalisation yang guru lakukan semasa merekabentuk pembelajaran murid.

TAKE HOME NOTE

Hal ini sistemik. Saling berkait antara satu sama lain. Kementerian perlu menukar cara fikir, cara pandang, cara kerja, cara nilai, dan serba serbinya, untuk mengubah perkara ini.

Kepenatan dan beban kerja guru yang bukan berkaitan tugas hakikinya tidak kelakar.

Ia jenayah dan khianat terhadap profesyen perguruan.

Ia mensesiakan tenaga, masa dan kepakaran guru, membazir wang dan masa yang dibelanjakan untuk menyediakan seorang guru, dan membazir itu amalan syaitan.

Photos from SMI Al-Amin Gombak's post 07/10/2022
14/02/2022

Masa Ting 5 dulu, during my time, SPM memang ada exam lab untuk subjek Fizik Kimia dan Bio.
Memang takkan lupa lah Lab Bio. Pembantu makmal memang tolong sediakan peralatan dan bahan so hari exam dah nampak dari jauh depa senyum2 tengok kita orang, masa tu fikir juga la apa agaknya experiment yg kita orang kena lalui.
Bila sampai waktunya, baru lah tau kenapa abang lab senyum senyum.
Kita orang kena buat test yg involve cacing!!
Ada beberapa tabung uji yang kena letak cacing dalamnya dan test. Maknanya kena tuang cecair penguji yg bermacam dalam tu. Setiap kali tuang cacing hidup tu menggeletik. Dan setiap kali itu juga lah most of us melompat. Itu je la yg ingat sebab ni berlaku ages ago….hehe

Actually nak wish all my Form 5 student dan semua T5 aliran Sains di luar sana
‘Selamat Menghadapi Peperiksaan Makmal SPM 2021’ esok 15hb Februari 2022
Try your best. Bittaufik wannajah!

Photos from Teacher Alia's post 28/11/2020

Managing school during this pandemic is something new to all leaders in schools globally. Try to look at it positively, facing all the challenges with open mind and heart. Then you'll see new ideas coming in....

Photos from Teacher Alia's post 23/11/2020

Learning from others , outside our routine work, is always fulfilling.
Hope I'll get this chance again one day.
This was our visit to Oxford University , when attending the IEC 2015. Alhamdulillah

13/10/2020
Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Lot 1078, Batu 8 3/4 Jalan Sg Pusu, Gombak
Kuala Lumpur
53100