PIBG SK Menjalara

PIBG SK Menjalara

Share

Page ini ditubuhkan sebagai salah satu cara penyampaian maklumat antara PIBG, Pihak Sekolah dan Ibubapa... segala cadangan boleh diajukan di page ini...

03/03/2026

🌈 JOM KE PRASEKOLAH KPM 2027! 🎒📚

Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 hingga 6 tahun, jangan lepaskan peluang ini!

🖥️ Permohonan Dibuka Secara Dalam Talian
Layari portal rasmi:
👉https://eprasekolah.moe.gov.my

🗓️ Tempoh Permohonan:
2 Mac – 31 Mei 2026

✅ Syarat Kelayakan:
• Warganegara Malaysia
• Tahun kelahiran: 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023

Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

📢 Mohon hebahkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang berkelayakan.

02/03/2026

Assalamualaikum dan Ramadan Karim💫

📍Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Al-Farabi akan melaksanakan "Program Galakan Bersedekah" sempena bulan puasa kali ini.

Sumbangan berbentuk :
🔹Wang tunai ( boleh diberikan kepada anak-anak untuk dimasukkan dalam tabung infaq di sekolah.
🔹Barang keperluan asas seperti ( beras, tepung, telur, garam/gula, minyak masak, biskut, sardin dan pelbagai lagi )

Sumbangan ini akan disalurkan kepada anak-anak murid SK Menjalara yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf.

📍Marilah kita sama-sama menyumbang untuk sebuah kegembiraan kepada keluarga-keluarga ini. Semoga Allah memberkati jariah kita semua.

30/12/2025

📚 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 Diteruskan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, termasuk pelajar Tingkatan 6, bagi membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan.

Bagi tahun 2026, penyaluran bantuan akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti.


Photos from PIBG SK Menjalara's post 29/12/2025

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BILANGAN 5 TAHUN 2025: DASAR PEMAKAIAN TALI LEHER OLEH MURID SEKOLAH DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MULAI TAHUN 2026

29/12/2025

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

KEDAI BUKU SEKOLAH KEBANGSAAN MENJALARA AKAN DIBUKA PADA 29HB DISEMBER 2025 UNTUK PEMBELIAN KEPERLUAN SEKOLAH TAHUN 2026. SILA RUJUK WHATSAPP KELAS UNTUK SENARAI DAN HARGA BARANG KEPERLUAN MENGIKUT DARJAH.

🖍️HARI / MASA : ISNIN HINGGA JUMAAT ( 8.00 PAGI - 2.00 PETANG)
🖍️HARI / MASA : SABTU ( 8.00 PAGI - 11.30 PAGI )

Photos from PIBG SK Menjalara's post 13/11/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman semua, pihak sekolah sedang berusaha menambah baik kemudahan PdPc dengan pembelian Smart TV untuk bilik darjah dan bilik khas di SK Menjalara.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa/penjaga yang ingin bersama menjayakan inisiatif ini.
Setiap sumbangan amat bermakna dalam meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak kita.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PIBG dengan rujukan seperti dalam poster yang diberikan.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan.

Bersama kita majukan SK Menjalara! 💙💛

13/10/2025

Warna warni Kejohanan Sukan SK Menjalara

11/10/2025
Photos from PIBG SK Menjalara's post 22/07/2025

📢 PERINGATAN BERKAITAN KEADAAN JEREBU SEMASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan kenyataan akhbar terkini daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan jerebu di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, kini berada pada tahap yang semakin serius dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri tahap tidak sihat.

Sehubungan itu, pihak sekolah ingin mengingatkan ibu bapa/penjaga agar mengambil langkah keselamatan berikut demi menjaga kesihatan anak-anak:

✅ Menggalakkan murid memakai pelitup muka, terutamanya bagi murid yang berisiko seperti penghidap asma atau alahan pernafasan.
✅ Membekalkan air minuman secukupnya kepada anak bagi mengelakkan dehidrasi.
✅ Memantau kesihatan anak dan tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya mengalami simptom seperti batuk yang teruk, sesak nafas atau demam.
✅Aktiviti sekolah yang melibatkan murid berada diluar bangunan akan dimaklumkan .Contoh Pendidikan Jasmani, Latihan sukan Dan permainan , gotong- royong dan lain- lain.

Segala maklumat dan arahan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan terkini daripada pihak berkuasa.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

HEM




Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur
52100