08/06/2026
“Alumni UPNM. Pegawai Bekalan pertama TLDM bergelar Pegawai Selam Ranjau.”
Itulah yang berjaya dicapai oleh Lt Ts. Muhammad Azwan bin Mohamed Masarik TLDM, alumni Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan, UPNM, 2018, apabila beliau mencipta sejarah sebagai Pegawai Bekalan pertama TLDM yang berjaya menamatkan Kursus Penyelam Ranjau dan bergelar Pegawai Selam Ranjau.
Penyelam Ranjau bukan sekadar penyelam tentera. Mereka merupakan anggota elit yang dilatih untuk mengesan dan memusnahkan ranjau laut, mengendalikan bahan letupan bawah air, melaksanakan operasi menyelamat serta pelbagai misi berisiko tinggi demi keselamatan perairan negara.
Pencapaian ini bukan sekadar tentang menamatkan sebuah kursus yang mencabar. Ia membuktikan bahawa keberanian untuk keluar daripada kebiasaan sering membawa seseorang ke tahap yang tidak pernah dibayangkan.
Daripada seorang mahasiswa UPNM kepada anggota komuniti elit Penyelam Ranjau TLDM, beliau membuktikan bahawa had sebenar bukan ditentukan oleh bidang yang diceburi, tetapi oleh kesediaan untuk mencabar diri dan melangkah lebih jauh daripada kebiasaan.
Tahniah Lt Ts. Muhammad Azwan bin Mohamed Masarik TLDM atas pencapaian yang membanggakan ini.
08/06/2026
“Dalam dunia hari ini, segulung ijazah sahaja tidak lagi mencukupi.”
Sebab itu UPNM memberi tumpuan kepada pembentukan ilmu, karakter, disiplin dan kebolehan graduan untuk menyesuaikan diri dengan dunia pekerjaan.
Komitmen tersebut diiktiraf menerusi penerimaan Anugerah Kadar Bekerja Terbaik IPTA 2025 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Tahniah kepada seluruh warga UPNM yang terus menjadikan kecemerlangan sebagai budaya.
07/06/2026
“Dah dapat tawaran. Jangan biarkan kewangan jadi sebab untuk melepaskannya.”
Ada impian yang besar. Ada cita-cita yang tinggi. Tetapi kadang-kadang, kewangan menjadi cabaran yang paling sukar.
Jika itu yang sedang anda hadapi, jangan putus asa. UPNM komited membantu pelajar yang memerlukan agar tiada siapa tercicir daripada peluang pendidikan hanya kerana kekangan hidup.
Masa depan anda terlalu berharga untuk ditangguhkan. Jangan lepaskan peluang ini hanya kerana kewangan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JHEPA di talian 03-9051 3020 / 3536 atau e-mel kepada [email protected] atau isi borang di pautan https://forms.office.com/r/88qEFqEXpp.
Kementerian Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UPNM
07/06/2026
“Daripada ATMA lahirnya UPNM.”
31 tahun yang lalu, perjalanan ini bermula dengan Akademi Tentera Malaysia (ATMA).
Hari ini, legasi yang sama diteruskan sebagai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), universiti pertahanan tunggal negara yang telah melahirkan ribuan pegawai, pemimpin dan alumni yang berkhidmat di pelbagai medan.
31 tahun berlalu. Legasinya masih diteruskan.
Siapa yang masih ingat hari pertama melapor diri di ATMA atau UPNM? Tahun berapa?
07/06/2026
FULL TIME
UM FC 1️⃣ - 2️⃣ UPNM FC
3 mata. Di tempat lawan. 💪⚽️🔥
07/06/2026
“Tahniah Pasukan Sepak Takraw UPNM!”
Syabas atas kejayaan meraih Naib Johan Beregu Lelaki dalam Kejohanan Varsity Sepak Takraw League 2026 Sirkit 2.
Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama UPNM di pentas yang lebih tinggi.
06/06/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat Hari Pustakawan 2026 kepada semua warga kerja Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim UPNM yang diketuai oleh 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐦𝐞𝐝 𝐃𝐳𝐮𝐥𝐤𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐦, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 serta semua pustakawan UPNM iaitu:
1. Encik Khairul Anuar Bin Zainudin
2. Encik Mohd Najib Bin Abdullah
3. Encik Azraai Bin Abidin
4. Cik Noor Faezah Binti Shaari
5. Encik Mohamad Sani Bin Sanusi
6. Encik Norkamarizal Bin Kamarudin
7. Cik Wan Nor Mazliyana binti Wan Mansor
Hari Pustakawan Malaysia disambut pada 6 Jun setiap tahun bertujuan untuk menghargai sumbangan warga kerja perpustakaan dalam membina berperanan penting untuk pembangunan maklumat dan ilmu warga UPNM khasnya. Mengangkat tema 2026 ""𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀" adalah sangat signifikan kepada perkembangan PJTI sebagai pusat rujukan ilmu utama di UPNM.
#