Akademi Al-Quran Ar Rayyan

Call Directions

Akademi Al-Quran Ar Rayyan PENDIDIKAN TERAPI AL QURAN & IBADAH UNTUK PELAJAR ISTIMEWA ( AUTISME & OKU )

019-9748382 ( ADMIN )

AKADEMI AL-QURAN AR RAYYAN ditubuhkan oleh Kelas Al Quran Ideal dgn kerjasama Yayasan FAQEH bagi memberi ruang dan peluang untuk anak-anak Autism celik dan cinta Al Quran serta bagi melatih & membentuk anak-anak istimewa ini lebih istimewa dengan penerapan terapi Wudhu', terapi Al quran, Ruqyah & Zikir. Menyediakan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran berkualiti bagi memenuhi agenda pendidikan al-Quran bagi anak istimewa

Para Asatizah yang terlatih akan mendidik anak-anak ini celik Al-Quran, memperbaiki ibadah, serta adab berdasarkan kaedah Islamiyah.

📖✨ NAK ANAK LEBIH LANCAR MENGAJI & FAHAM TAJWID?Ibu ayah masih mencari tempat pengajian Al-Quran untuk anak-anak bermula...
21/09/2026

📖✨ NAK ANAK LEBIH LANCAR MENGAJI & FAHAM TAJWID?

Ibu ayah masih mencari tempat pengajian Al-Quran untuk anak-anak bermula usia 5 tahun?

Jom sertai Kelas Pengajian Al-Quran di Akademi Al-Quran Ar Rayyan (AQR).

✨ Pembelajaran mengikut tahap pelajar
✨ Bimbingan bacaan & tajwid
✨ Guru yang sabar dan berpengalaman
✨ Masa pembelajaran yang fleksibel
✨ Pilihan kelas sehingga waktu malam

Kami percaya, membaca Al-Quran bukan sekadar lancar — tajwid, makhraj dan bacaan yang betul perlu dibina sejak kecil.

📌Bina asas Al-Quran sejak kecil, insya-Allah menjadi bekalan sepanjang kehidupan.

📍 Akademi Al-Quran Ar Rayyan, Taman Bullion Mewah, Kuala Lumpur

📲 Pendaftaran & pertanyaan: +60 19-282 8452

Semoga Malaysia terus dalam rahmat dan lindungan Allah, kekal aman, harmoni dan bersatu ❤️
16/09/2026

Semoga Malaysia terus dalam rahmat dan lindungan Allah, kekal aman, harmoni dan bersatu ❤️

10/09/2026

✨ KEREPEK PISANG RANGUP KINI DI AKADEMI AL-QURAN AR RAYYAN! ✨

Alhamdulillah, Jualan Amal AQR kini membawakan Kerepek Pisang yang rangup, sedap & memang susah nak berhenti mengunyah! 😍🤭

💛 1 Balang / 1 Plastik — RM29 sahaja
🔥 PROMOSI 2 Balang / 2 Plastik — RM50 sahaja!

Setiap pembelian anda bukan sekadar menikmati kerepek yang sedap, malah turut menyokong usaha dan program pendidikan anak-anak istimewa di AQR 🤍

Makan sedap, sambil beramal. Insya-Allah ada nilai dan pahala di sebalik setiap sokongan ✨

📲 Untuk tempahan & order:
Boleh direct / 019-540 9604 & 019-9748382

10/09/2026

Ilmu tentang Perkahwinan Anak Istimewa membantu kita memahami hak, keperluan dan masa depan mereka. 🤍

Kerana mereka juga berhak mencintai, dicintai dan membina keluarga.

📍 Ahad | 13 September 2026 | Surau Ar Rayyan

Bersama YBhg. Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, merungkai persoalan dan membuka perspektif tentang Perkahwinan Anak Istimewa.

Jom tambah ilmu dan sama-sama cakna, Daftar kehadiran sekarang ! 😍

https://forms.gle/K5pgCr5B5zNMzJX88

Anjuran :
Surau Ar Rayyan ,
Pertubuhan Amal & Dakwah Anak Istimewa (PANDAI)

JEMPUTAN KE PROGRAM DISKUSI PERKAHWINAN ANAK ISTIMEWAAdakah anda ibu bapa atau penjaga kepada anak istimewa dan pernah t...
10/09/2026

JEMPUTAN KE PROGRAM DISKUSI PERKAHWINAN ANAK ISTIMEWA

Adakah anda ibu bapa atau penjaga kepada anak istimewa dan pernah tertanya-tanya tentang masa depan mereka, termasuk soal perkahwinan?

Surau Ar Rayyan ingin mengajak anda semua untuk menyertai program khas bagi menambah ilmu, mendapatkan panduan serta membuka perspektif tentang kehidupan berkeluarga buat anak-anak istimewa😍

🩵 Perkahwinan Anak Istimewa
“Memahami, Mempersiap & Menyokong Menuju Kehidupan Berkeluarga yang Bermakna.”

🗓 Tarikh: 13 September 2026 (Ahad)
🕙 Masa: 10.00 pagi - 11:30 pagi
📍 Tempat: Surau Ar Rayyan, Taman Bullion Mewah

✨ Antara yang akan dikongsikan:

• Adakah anak istimewa boleh berkahwin?
• Persediaan ibu bapa dan anak.
• Peranan waris dalam menyokong kehidupan berkeluarga.
• Panduan serta perspektif Islam berkaitan perkahwinan anak istimewa.

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster.
https://forms.gle/K5pgCr5B5zNMzJX88

Anjuran Bersama:

🤝 PANDAI
( Pertubuhan Dakwah Anak Istimewa)
• Pusat Autism

24/08/2026

Jangan lupa temujanji kita esok! 😍
Briskwalk Maulidur Rasul 1448H
SELASA | 25 OGOS 2026 | 7 AM

Bawa semangat, bawa senyuman & bawa hati yang penuh cinta kepada Rasulullah ﷺ

Kami tunggu kehadiran anda semua !

Salam ukhwah :
Surau Ar Rayyan

08/07/2026

ini pakcik Nazri !!
Driver transpot anak anak autisme kami yang sangat peramah & sayang anak anak & periangg dan sangat caring kat semua orang ! Terima Kasih atas pengorbanan pakcik tauu!! Anak anak semua sukaaa sangat kat pakcik 🥺♥️♥️

Agak agak apa jawapan pakcik yeeee 🤩 cuba komennnn !!

07/07/2026

Sebenarnya, bukan kita tak ada masa untuk bersama Al-Quran. Kita cuma memilih untuk mengisi masa dengan perkara yang lain.

Sedangkan beberapa minit sehari pun sudah cukup untuk membuka mushaf, membaca beberapa ayat dan mendekatkan diri kepada Allah.

Di Surau Ar Rayyan, kami percaya bahawa istiqamah itu lebih penting daripada banyak. Sedikit demi sedikit, lama-kelamaan akan menjadi satu khatam yang penuh keberkatan.

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa mencintai dan hidup bersama Al-Quran.

📖 Jom sama-sama teruskan perjalanan Program Khatam Al-Quran 1448H.

07/07/2026

Loveee ya !!

07/07/2026

Always feel comfortable 🥺😭

Address

2, Jalan Bullion Mewah, Taman Bullion Mewah
Kuala Lumpur
68100(BERSAMAKELASALQURANIDEAL

Telephone

+60195409604

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Al-Quran Ar Rayyan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share