07/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐.
๐๐๐๐๐ ๐ & ๐
๐๐๐๐๐๐ :
๐๐ โ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐:
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Program Kupimpin Tanganmu merupakan program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan setiap tahun bagi murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah ini. Program ini dianjurkan oleh unit kurikulum sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid serta melahirkan murid yang cemerlang, berdaya saing dan berpotensi tinggi.
Objektif
i. Memberi pendedahan terkini tentang teknik menjawab soalan UASA yang lebih berfokus, sistematik dan tepat bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan selari dengan moto sekolah Hasilan Cemerlang.
ii. Meningkatkan penguasaan konsep serta keyakinan murid melalui latihan berstruktur dan bimbingan berkesan.
iii. Meningkatkan penguasaan konsep serta keyakinan murid melalui latihan berstruktur dan bimbingan berkesan.
iv. Membantu murid-murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam penguasaan subjek masing-masing untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi akademik.
v. Mewujudkan jalinan kerjasama erat antara PIBG dan pihak sekolah dengan memanfaatkan sarana ibu bapa dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid-murid.
Kumpulan sasaran:
Semua murid Tahun 5 dan 6
Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Program Kupimpin Tanganmu Tahun 5 dan Tahun 6.
03/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ซ๐ข : ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ง ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Buat julung julung kalinya pasukan Nasyid Sekolah (VOFA- Voice Of Faizin) SKTHO dinobatkan sebagai Johan pasukan Nasyid Sekolah Rendah dan seterusnya mewakili kontinjen Kuala Lumpur ke peringkat Kebangsaan pada 26-28 Jun 2026 di Glory Beach Resort Port Dickson.
Terima kasih diucapkan kpd Barisan Pengurusan Sekolah, semua jurulatih yang bertungkus lumus melatih murid murid , tidak lupa juga sokongan daripada ibubapa serta pastinya doa dari warga sekolah.
Moga pasukan Nasyid Sekolah akan menempatkan nama ke Kebangsaan pada tahun ini.Insyallah!
24/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ซ๐ข : ๐๐๐๐ฎ
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ญ๐จ ๐๐จ๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐ข
๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ : ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Majlis Sambutan Hari Guru SK Tun Hussein Onn pada hari ini diraikan dengan penuh bermakna. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat agar GB Azwa bin Haji Mansor agar diberi kesembuhan dari sakitnya dan kembali bersama dengan warga SK Tun Hussein Onn.
Majlis diikuti dengan membaca perutusan YB Menteri Pendidikan dan Ketua Penolong Pengarah KPM. Sambutan Hari Guru diteruskan dengan nyanyian lagu keramat bagi warga pendidik , Kami Guru Malaysia.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Hari Guru.Sebanyak 20 Anugerah yang dipertandingkan dan sepenuhnya berdasarkan undian ibubapa dan murid.Turut dipertandingkan pada hari ini juga adalah Pakaian Tema Terbaik.
Majlis pada hari ini diakhiri dengan acara Sukaneka Guru Bersama Murid dan juga acara Sukaneka Guru mengikut rumah sukan masing masing.Tahniah!
Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Tahniah dan Terimakasih dan sekalung penghargaan kepada AJK pelaksana yang terlibat di dalam Sambutan Hari Guru pada hari ini.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH
24/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ซ๐ข : ๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐ข
๐๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข :
๐ข. ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ง & ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ฎ
๐ข๐ข. ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ค๐ข๐ฌ ๐๐จ๐ฆ๐ข๐ค ๐จ๐ฅ๐๐ก
๐๐๐ฅ๐ฎ๐ค๐ข๐ฌ ๐๐ง๐
Pusat Sumber Sekolah SKTHO dan Panitia Pendidikan Seni berkolaborasi menganjurkan satu Program Melukis Bersama UNEH bagi murid tahun 4 pada hari ini.
Program hari ini dijalankan dengan jayanya dan berjaya menarik minat murid mencuba teknik melukis dan mewarna serta memberi pengalaman sebenar dengan perkongsian bermakna dari UNEH.
Disamping itu hari ini juga turut diadakan pameran dan jualan buku bersama pihak BLINK.
Objektif utama program ini:
a.Memupuk minat membaca dalam kalangan murid dan warga SKTHO .
b.Memberi peluang kepada murid- murid untuk bertemu pelukis terkenal Uneh yang dikenali sebagai Raja Pensel Warna.
c Murid- murid dapat mencungkil bakat dalam bidang melukis dan mewarna .
Pihak pengurusan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK pelaksana bagi program hari ini.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEMUA!
24/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ซ๐ข : ๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ญ๐จ ๐๐จ๐ก๐๐ซ๐ข
Bulan Panitia Bersama Pusat Sumber Sekolah merupakan aktiviti yang dijalankan setiap tahun. Panitia-panitia yang terlibat ialah Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia Bahasa Arab.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memupuk minat membaca dan menggalakkan pencarian maklumat dalam kalangan murid.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Teka Silang Nombor, Jelajah Nombor, Kuiz Bijak Kewangan, Crossword Puzzle, Jumble Words, Pertandingan Melengkapkan Huruf & Mewarna Gambar , Berpidato, Tulisan Berangkai, Pertandingan Bercerita, Jelajah Nombor dan sebagainya.
OBJEKTIF
1 .Memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah.
2 .Menggalakkan murid menguasai lebih daripada satu bahasa
3.Mempromosikan pusat sumber sekolah.
4.Menggalakkan murid mencari maklumat yang terdapat di sekitar kawasan sekolah
5.Meningkatkan kemahiran murid menguasai Matematik.
6.Mencungkil bakat murid dalam seni bahasa seperti bercerita, berpidato dan menulis esei.
Pihak pengurusan sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ajk pelaksana program ini dan semua yang terlibat.
11/05/2026
๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐๐ (๐
๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ซ๐ข : ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฉ๐จ๐ง๐
โจ KEJAYAAN JULUNG KALI DIRAIKAN โจ
Buat julung kalinya, pasukan nasyid sekolah Voice Of Faizin (VOFA) berjaya merangkul gelaran JOHAN dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur peringkat saringan Zon Bangsar Pudu 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah, Jurulatih Nasyid En. Mhd Nor Faizi bin Abu Bakar dan Pn. Hawa Liyana binti Ab Ghani, guru pembimbing Ustazah Bizal Aini dan Ustazah Nurโain, Panitia Pendidikan Islam serta seluruh pasukan VOFA yang telah mempamerkan komitmen dan usaha yang bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat saringan.
Semoga SKTHO terus melakar kejayaan dan berjaya menempa nama di peringkat Negeri pada 19 Mei 2026 ini.
Tahniah sekali lagi!
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Tahniah diucapkan kepada NUR ARISSA HANIM BINTI NORFADZLEE dari kelas 6 Amanah atas kejayaan mendapat Tempat ke-6 dalam peringkat saringan ini sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu negeri.
Marilah kita sama sama doakan kejayaan yang lebih cemerlang untuk adik Arissa di peringkat negeri.
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Tahniah diucapkan kepada Elma Eiliyah Binti Mohd Ekwan dari kelas 6 Sahsiah atas kejayaan mendapat Tempat ke-5 dalam Pertandingan Bicara Buku Kategori Bahasa Inggeris .
Kejayaan ini melayakkan Elma Eiliyah menempatka diri ke pertandingan Bicara Buku Kategori Bahasa Inggeris peringkat negeri.
Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Wan Mimi yang telah melatih dan membimbing Elma dalam pertandingan ini. Marilah kita sama sama doakan kejayaan yang lebih cemerlang untuk adik Elma di peringkat negeri.
03/05/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐
๐๐๐ซ๐ข : ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐, ๐๐๐๐ฎ & ๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐-๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐ข
๐๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข :
๐๐๐ซ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐ข ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐-๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐
Dalam usaha memperkukuh pencapaian akademik murid, pihak sekolah telah menganjurkan Program Perkampungan Ilmu Tahun 4 sebagai satu wadah kecemerlangan ilmu yang berfokus kepada persediaan peperiksaan murid-murid Tahun 4.
Sepanjang program berlangsung, murid telah dibimbing melalui sesi ceramah dan perkongsian strategi menjawab peperiksaan yang melibatkan mata pelajaran teras seperti berikut:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Sains
* Matematik
* Sejarah
Program seumpama ini amat signifikan dalam menyokong aspirasi sekolah untuk melahirkan generasi murid yang berilmu, berdaya saing, berakhlak mulia serta seimbang dari aspek intelek, emosi dan sahsiah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, guru-guru serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen padu dalam menjayakan program ini.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini terus membuahkan kejayaan.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEMUA!
29/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ซ๐ข : ๐๐๐๐ฎ
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐ญ๐๐๐ข๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ข๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข
๐๐๐ฌ๐ : ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข โ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
Kejohanan Race Walking Championship Kuala Lumpur 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Mini Permaisuri dengan penyertaan murid dari pelbagai sekolah.
Seramai 10 orang murid dari SK Tun Hussein Onn telah menyertai kejohanan ini sebagai wakil sekolah dalam acara jalan kaki (race walking).
Penyertaan ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal murid, membina disiplin serta ketahanan diri, di samping meningkatkan keyakinan diri melalui pengalaman bertanding di peringkat luar sekolah.
Antara impak yang diperoleh melalui penyertaan ini ialah murid dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan, membina keyakinan diri serta keberanian, selain melatih disiplin, ketahanan mental dan semangat juang. Nilai kesukanan seperti hormat dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid.
Berikut adalah senarai murid yang terlibat:
1. Adrazin (6 Harmoni)
2. Ammar Aisy (6 Harmoni)
3. Nayli (6 Amanah)
4. Syifaa (6 Amanah)
5. Ammar Daniyal (5 Sahsiah)
6. A***n (4 Harmoni)
7. Ariel (4 Sahsiah)
8. Yusra (4 Harmoni)
9. Nazmi (2 Amanah)
10. Hana Alisha (2 Amanah)
Pihak pengurusan sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada jurulatih-jurulatih, Teacher Aqilah dan Ustazah Aflah yang telah melatih serta membimbing murid-murid ini.
Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin semangat kepada murid untuk terus aktif dalam bidang sukan dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEMUA