11/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐
๐๐ซ๐ฆ๐๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐
๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐จ๐ง๐
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Farmasi (FFAR) telah menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2026 di FELDA Palong 7 dan 8, Gemas, Negeri Sembilan, bermula 2 hingga 6 Mei 2026.
Bertemakan โKhidmat Dihulur, Kasih Dikongsiโ, program tahunan ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempraktikkan kemahiran di lapangan, mempromosikan pendidikan kesihatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk FELDA Palong 7 dan 8.
Antara pengisian utama program termasuk Pemantauan Ubat-Ubatan di Rumah (Home Medication Review, HMR), saringan kesihatan percuma dan program anak angkat yang bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa bersama komuniti setempat.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali. Pihak FELDA p**a diwakili oleh Timbalan Pengarah FELDA Wilayah Raja Alias, Encik Mohd Rohanas Mohd Nor.
Program seperti ini diharapkan dapat terus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti, memperkukuh hubungan antara universiti dan masyarakat serta melahirkan mahasiswa yang holistik, berdaya saing dan cakna terhadap keperluan sosial.
Turut hadir ialah Dekan FFAR, Prof. Dr. Mohd Makmor Bakry; Pengurus FELDA Palong 8, Encik Azman Mat Nawi; Pengurus FELDA Palong 7, Encik Mohamad Hafiz Kamaruzaman serta Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Komuniti merangkap Pemantau Program OPKIM 2026, Dr. Adliah Mhd Ali.
07/05/2026
Tahniah diucapkan kepada para pelajar pascasiswazah Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia atas pencapaian cemerlang di MyCRS Young Scientist Symposium, Monash University yang telah berlangsung pada 7 April 2026.
๐ Top 5 Best Oral Presentation
Nur Dini Fatini Mohammad Faizal
Anushri Sambanthan
Nur Adania Shaibie
๐ Top 3 Best Poster Presentation
Dalila Najia Suhaimi
Anushri Sambanthan
Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kualiti penyelidikan, keupayaan pembentangan ilmiah serta dedikasi tinggi para pelajar dalam mengharumkan nama Fakulti Farmasi UKM di persada antarabangsa.
Tahniah juga diucapkan kepada para penyelia atas bimbingan dan sokongan berterusan:
Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin (penyelia kepada Nur Dini Fatini Mohammad Faizal dan Nur Adania Shaibie)
Profesor Madya Dr. Fazren Azmi (penyelia kepada Anushri Sambanthan)
Profesor Madya Dr. Mohd Hanif Zulfakar (penyelia kepada Dalila Najia Suhaimi)
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan serta terus menyumbang kepada pembangunan ilmu dan inovasi dalam bidang farmasi.
Syabas dan teruskan kecemerlangan!
Ikhlas daripada
Warga Fakulti Farmasi, UKM
05/05/2026
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi telah menganjurkan Program Kesedaran Farmasi 2026 yang berlangsung di AEON Mall Alpha Angle Wangsa Maju dari 18 hingga 19 April 2026.
Program ini mengangkat tema โLangkah Sihat, Cegah Obesitiโ dengan menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang serta aktiviti fizikal yang konsisten dalam usaha membendung masalah obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia. Program ini turut dijayakan melalui kolaborasi strategik antara UKM dan pemain industri farmasi seperti Himalaya Wellness Sdn. Bhd. dan BIG Pharmacy Healthcare Sdn. Bhd. AEON Mall Alpha Angle Wangsa Maju merupakan penaja lokasi bagi program ini.
Selain itu, penganjuran program ini menjadi platform berimpak tinggi dalam memperkasakan peranan ahli farmasi dalam pengurusan berat badan secara selamat. Pada masa yang sama, ia turut memupuk kemahiran komunikasi serta profesionalisme dalam kalangan pelajar farmasi melalui interaksi langsung bersama komuniti.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Bariah Mohd Ali.
Diharapkan kolaborasi erat antara pihak universiti dan pemain industri ini dapat terus memberikan manfaat kepada masyarakat melalui penganjuran program-program berimpak seperti ini pada masa akan datang.
Turut hadir ialah Dekan Fakulti Farmasi, Prof. Dr. Mohd Makmor Bakry, Setiausaha Agung Malaysian Pharmacist Society (MPS), Encik Lim Jack Shen, Pengurus AEON Mall Alpha Angle Wangsa Maju, Encik Lee Chee Lok, wakil Himalaya Wellness Sdn. Bhd., Encik Wan Ahmad Muhsein Wan Yusof, serta Saudari Chan Wai Yi, Presiden Malaysian Pharmacy Students' Association (MyPSA) sesi 2025/2026.
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja 2026
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja atas usaha gigih dan sumbangan berterusan dalam memacu kemajuan organisasi serta pembangunan negara.
Pekerja MADANI Kesuma Bangsa
Ikhlas daripada,
Warga Fakulti Farmasi
22/04/2026
Suaranita โ Buletin Persatuan Wanita UKM (https://www.ukm.my/sukmanita/suaranita-2/)
Sesi perkongsian ilmu oleh Dr. Chandini Menon Premakumar menekankan peranan ahli farmasi dalam penjagaan kesihatan yang menyeluruh.
Ahli farmasi bukan sahaja bertindak sebagai penjaga ubat, tetapi juga memainkan peranan penting dalam penjagaan nutrisi serta memastikan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan ๐๐ฅ.
21/04/2026
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Farida Hanim Islahudin & Prof. Madya Dr. Norsyahida Mohd Fauzi atas pelantikan sebagai Wakil Fakulti Farmasi Untuk Penilaian Penerbitan Tesis Kepada Buku (T2B) berkuatkuasa pada 15 April 2026.
Ikhlas daripada Warga Fakulti Farmasi.
17/04/2026
๐ฅ๐ JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Tahukah anda? Obesiti boleh dicegah โ dan langkah pertama bermula dengan KESEDARAN! ๐ช
โจ Jom sertai kami di:
๐ PROGRAM KESEDARAN FARMASI 2026
๐ฏ Langkah Sihat, Cegah Obesiti
๐
18 - 19 April 2026 (Sabtu & Ahad)
โฐ 10:00 A.M. - 10:00 P.M.
๐ AEON Mall Alpha Angle, Wangsa Maju
๐ MASUK ADALAH PERCUMA!
๐ฉบ Apa yang menanti anda?
โ
Pameran Kesihatan
โ
Saringan Kesihatan Percuma
โ
Kaunseling Kesihatan Percuma
โ
Pelbagai Aktiviti Menarik!
Bawa sekali keluarga & sahabat-handai! Jaga kesihatan kita bersama-sama ๐
Anjuran: Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFar)
11/04/2026
Tahniah dan Selamat Datang kepada Dr. Nor Hidayah Mustafa, Pensyarah Universiti DS13 Fakulti Farmasi.
Ikhlas daripada : Warga Fakulti Farmasi UKM
10/04/2026
UKM ZAHIR KEPRIHATINAN DAN DUKACITA TERHADAP PELAJAR KEHILANGAN AHLI KELUARGA
ARIKEI, 10 April 2026 โ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menzahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap dua orang pelajar Fakulti Farmasi, Yok Hui (Tahun 4) dan Yok Ai (Tahun 3), yang telah kehilangan ahli keluarga dalam satu kemalangan jalan raya di Sri Aman, Sarawak pada 20 Mac 2026.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kepada kebajikan pelajar, pihak universiti melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti Farmasi telah mengadakan lawatan ke kediaman keluarga pelajar di Sarikei, Sarawak pada 8 April 2026 (Rabu). Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Aizam Abu Bakar, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, bersama Dr. Shamin Mohd Saffian, Penolong Dekan (Keusahawanan) Fakulti Farmasi, serta Encik Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Kebajikan dan Penajaan, Hal Ehwal Pelajar UKM.
Lawatan ini bertujuan menzahirkan rasa empati dan solidariti warga universiti terhadap musibah yang menimpa pelajar, di samping menyampaikan sumbangan kepada keluarga sebagai tanda sokongan moral dan kebajikan. Dalam kunjungan tersebut, turut disampaikan salam takziah dan dukacita daripada pengurusan tertinggi UKM termasuk Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Seiring dengan komitmen UKM dalam memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa terpelihara, pihak fakulti turut menyeru kerjasama semua penyelaras kursus dan pensyarah yang terlibat agar memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pelajar berkenaan fleksibiliti dari segi kehadiran dan tugasan amat digalakkan bagi membolehkan mereka menguruskan urusan keluarga dengan lebih tenang dalam tempoh yang mencabar ini.
UKM percaya bahawa sokongan menyeluruh daripada komuniti universiti mampu membantu pelajar menghadapi ujian ini dengan lebih tabah. Semoga kedua-dua pelajar serta keluarga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi kehilangan yang amat menyentuh hati ini.
Unit Kebajikan dan Penajaan
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
03/04/2026
Strategi Mantap, Penyelidikan Berimpak.
Bengkel Bimbingan Pemantapan Cadangan Penyelidikan Berimpak 2026 yang telah diadakan pada 2 April 2026 telah menjadi salah satu platform penting dalam memperkukuh kualiti proposal melalui bimbingan daripada pakar.
Fokus diberikan kepada penghasilan cadangan yang lebih kompetitif, berimpak tinggi serta berpotensi untuk translasi kepada produk/perkhidmatan atau polisi.
Penghargaan kepada para peserta dan panel pembimbing atas komitmen dalam memastikan setiap cadangan diperkemas dengan standard yang lebih profesional.