09/06/2026
π *SUMBANGAN BAIKPULIH VAN MAHFUZ*
Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz memohon sumbangan bagi kerja-kerja baik pulih Van Toyota Hiace yang telah digunakan sejak tahun 2011 untuk urusan pengangkutan pelajar dan aktiviti maahad.
Kerja-kerja baik pulih yang diperlukan:
1. Baiki lantai berkarat.
2. Pemasangan karpet.
3. Pemasangan skru lantai baharu.
π° *Jumlah kos baik pulih: RM3,000*
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
π¦ Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz : *Maybank 5622-5450-2843 (Ref: Baiki Van)*
Mohon hantar resit sumbangan ke:
π± *010-877 1143 (Admin MAHFUZ)*
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan para penyumbang, melimpahkan keberkatan rezeki serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
"Sedekah tidak akan mengurangkan harta."
(Hadis Riwayat Muslim)
Jazakumullahu khairan atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan.
Mudir MAHFUZ
07/06/2026
π KELAS TIUSYEN AKADEMIK MAHFUZ
π SETIAP HUJUNG MINGGU
π 10 TIPS KEJAYAAN MENUNTUT ILMU
1. Niat yang Ikhlas β Menuntut ilmu kerana Allah SWT sebagai asas kejayaan dunia dan akhirat.
2. Mengurus Masa dengan Bijak β Membahagikan masa secara seimbang antara hafazan, akademik dan rehat.
3. Rajin Membaca β Menjadikan membaca sebagai amalan harian untuk menambah ilmu dan pengetahuan.
4. Mencatat dan Mengulangkaji β Membuat nota penting serta mengulangkaji secara konsisten bagi mengukuhkan ingatan.
5. Berdisiplin dan Istiqamah β Sentiasa berusaha dengan tekun serta tidak mudah berputus asa.
6. Fokus Ketika Belajar β Memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dan ketika membuat latihan.
7. Berani Bertanya β Tidak malu bertanya apabila kurang memahami sesuatu pelajaran.
8. Berdoa dan Bertawakal β Memohon pertolongan Allah SWT serta menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
9. Menjaga Kesihatan β Mengamalkan gaya hidup sihat agar badan cergas dan minda lebih cerdas.
10. Memilih Persekitaran Positif β Berkawan dengan rakan yang baik dan sentiasa mendorong ke arah kecemerlangan.
"Tahfiz Diteruskan, Ilmu Dikejar, Kejayaan Diukir. Pelajar Huffaz, Generasi Cemerlang Dunia dan Akhirat." π
06/06/2026
π *PEMAKLUMAN*
π Aturcara Majlis
_π¨βπ Majlis Khatam Hafazan Al Quran 30 Juzuk, Penyerahan sijil.khatam dan Jamuan kesyukuran MAHFUZ 2026_
- 17 Jun 2026
- Rabu
- Dewan Surau Al Mustaqimah, Taman Cheras Indah, KL
- Kehadiran AJK Surau, Guru, Pelajar & ahli Keluarga pelajar khatam.
Majlis dimulai jam 10.00 pagi:-
β
Ucapan aluan pengerusi majlis oleh Ustaz Ahmad
β
Bacaan Al Quran & Doa khatam oleh pelajar Muhammad Syafie Bin Ab Wahid dan Muhammad Rayyaan Aakif Mikail Bin Abdullah
β
Doa selamat & Ucapan oleh Al Fadhil Ustaz Asmuei Al Hafiz.
β
Ucapan oleh Datuk Hj Ibrahim Bin Ihsan.
β
Sesi penyerahan sijil untuk majlis Khatam
β
Sesi bergambar.
β
Jamuan dan Bersurai.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan majlis berlangsung dengan jayanya.
06/06/2026
5 Tanda Allah Rindu Kamu:Sering terbangun di tengah malam, Perasaan bersalah dan sedar dosa, Azan yang menggetarkan hati, Kehilangan yang menyakitkan, Seringnya mengingat kematian
03/06/2026
β½ Pelajar Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz Kekal Fit dan Sihat Dengan Bersukan β½
Alhamdulillah, aktiviti riadah dan sukan yang dijalankan menjadi salah satu medium terbaik untuk membentuk pelajar yang cergas, berdisiplin dan berdaya saing. Di samping menghafaz al-Quran serta menuntut ilmu, para pelajar turut diberi ruang untuk menguatkan fizikal melalui aktiviti sukan yang sihat dan bermanfaat.
Sukan bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, bahkan memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, ketahanan diri serta ukhuwah sesama pelajar. Generasi huffaz yang cemerlang memerlukan keseimbangan antara kecerdasan minda, kekuatan rohani dan kecergasan jasmani.
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada kedua-duanya ada kebaikan."
β Hadis Riwayat Muslim
πΏ Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz melahirkan generasi huffaz yang sihat, cergas, berakhlak mulia dan bersedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. πβ½πββοΈ
26/05/2026
π Salam Aidiladha 1447H
Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai keikhlasan dan pengorbanan dalam diri kita semua.
β _Pengorbanan yang ikhlas kerana Allah pasti akan dibalas dengan rahmat dan kasih sayang-Nya_β
β¨ Taqabbalallahu minna wa minkum
β¨ Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada
*Ustaz Muhammad Asmuei Mubin Bin Muhammad Jazuli*
(Mudir Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz)
22/05/2026
β¨ TAHNIAH & SYABAS β¨
Alhamdulillah Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada *Rayyaan Aakif Mikail Bin Abdullah* atas kejayaan menamatkan Khatam 30 Juzuk Al-Quran dengan jayanya.
Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang penuh keberkatan, istiqamah dalam menghafaz, memahami dan mengamalkan kalam Allah SWT, serta menjadi cahaya buat diri, keluarga dan ummah seluruhnya.
π Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz
π
22 Mei 2026 | 5 Zulhijjah 1447H
πΏ βSebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.β
β Riwayat al-Bukhari
π€² Barakallahu fiikum