Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967 dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kampung Kerinci Nama ini telah diberikan oleh En. Mokhtar b. Michael Peter.

Zakaria ( Guru Besar ) dengan persetujuan guru-guru pada masa itu. Ianya merupakan sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Guru Besar yang pertama ialah En. Nama Sri Pantai diambil sempena lokasi sekolah ini yang terletak di sekitar kawasan Lembah Pantai, Pantai Dalam dan Pantai Baru. Kedudukan sekolah ini ialah berhampiran Lebuhraya Persekutuan iaitu lencongan ke atas menuju ke Kampung Kerinci. Sejak pen

ubuhannya lagi ia telah pun dikelilingi oleh petempatan setinggan. Keadaan ini masih berterusan, walau bagaimana pun jumlahnya semakin berkurangan. Ini disebabkan oleh bertambahnya rumah-rumah pangsa yang didirikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ). Pada awalnya sekolah ini hanya sebuah sekolah kecil yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum di sekitar Kampung Kerinci. Pada masa itu kemudahan amat terhad, termasuk ketiadaan bilik guru. Jalan masuk ke sekolah juga belum dibina. Justeru itu guru-guru terpaksa memanjat bukit untuk sampai ke sekolah. Kereta-kereta mereka p**a hanya boleh di letakkan di tepi lebuhraya. Selepas empat tahun penubuhannya, sekolah ini telah berjaya menerbitkan majalahnya berjudul ‘Suria’. Pada tahun 1972, dengan pertambahan pelajarnya, ia telah memulakan sesi petang. Golongan pertama pelajar yang mengambil peperiksaan MCE ialah pada tahun 1972. Lencana sekolah digunakan pada tahun 1967, tetapi diubah rekabentuknya pada tahun 1980 kerana adanya lambang kepala lembu yang dianggap kurang sesuai. Judul lagu sekolah ialah ‘Usaha Untuk Kejayaan’. Lagu ini merupakan ilham daripada En. Mohd. Adnan b. Ismail dan lirik oleh En. Ibrahim Hj. Ahmad ( Penolong Kanan HEM ) dan gubahan piano disusun oleh Pn. Tang Tin Seng ( guru sekolah ini ). Lagu ini mula dinyanyikan oleh para pelajar pada tahun 1989. Pada tahun 2002, lagu ini telah digubah semula rentak dan liriknya oleh En. Johan b. Abdul Majid ( guru sekolah ini ). Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan 16 buah bilik darjah. Pada tahun 1982, terdapat pertambahan dua blok bangunan yang menempatkan perpustakaan, makmal sains dan bengkel. Pada tahun 1984, bilik sumber, klinik gigi, kedai buku dan bilik serbaguna ditempatkan di blok B. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai mempunyai enam blok dan kesemua bilik ini digunakan untuk tujuan pembelajaran atau pun sebagai bilik-bilik khas. Kelas Tingkatan Enam telah dimulakan pada tahun 1989 dan pada 9 Mac 1982, sekolah ini telah menjalankan waktu persekolahan pada sesi pagi sahaja. Pada bulan Jun 1997 hingga Dis 1997, sekolah ini telah dijadikan sekolah percubaan satu sesi dengan masa dipanjangkan iaitu dari 7.45 pagi hingga 3.45 petang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun ia telah kembali semula mengikut jadual persekolahan yang asal iaitu sesi pagi sahaja, bermula dari pukul 7.40 pagi dan tamat pada pukul 1.55 petang. Selain daripada kelas-kelas terdapat juga bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik SAL, Bilik AVA, Bilik Peperiksaan, Bilik Sejarah, Bilik MARA, Bilik ERT, Bilik Jahitan, Bilik Gerakan, Bilik Rekod, Bilik Perabot, Bilik Guru Kanan, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Makmal Komputer, BOSS dan lain-lain lagi.

24/05/2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Dan Batin

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa.Dibulan yang penuh berkat dan mulia ini digalakk...
23/04/2020

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa.

Dibulan yang penuh berkat dan mulia ini digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa semoga ujian COVID-19 yang sedang dihadapi ini supaya cepat-cepat berakhir.

27/03/2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Diseru untuk mengadakan solat hajat serentak pada hari ini (Jumaat) selepas solat Zohor yang boleh dilakukan di rumah dan tempat masing-masing.

Ini adalah bertujuan untuk kesejahteraan rakyat negara ini dalam berdepan wabak COVID-19.

02/01/2020

Selamat datang buat para pelajar tingkatan satu.

Selamat kembali buat para pelajar yang lain.

Belajarlah rajin-rajin untuk diri, ibu bapa, keluarga, para guru dan negara.

Syabas dan tahniah buat anda kerana ke sekolah.

Alhamdulillah akhirnya SMK Seri Pantai miliki padang bola sepak sendiri. Selamat tinggal padang tiga segi.
16/07/2019

Alhamdulillah akhirnya SMK Seri Pantai miliki padang bola sepak sendiri.

Selamat tinggal padang tiga segi.

Bangunan baharu SMK Seri Pantai Kampung Kerinchi Kuala Lumpur
12/07/2019

Bangunan baharu SMK Seri Pantai Kampung Kerinchi Kuala Lumpur

Jom semua bekas pelajar SMK Seri Pantai kita meriahkan kenduri rakyat.
28/06/2019

Jom semua bekas pelajar SMK Seri Pantai kita meriahkan kenduri rakyat.

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidil-Fitri. Dijemput semua bekas murid & guru & pengetua SMK Sri Pantai dari batch 1967 hingga 2018 kemajlis perjumpaan bekas murid & guru sempena sambutan Hari Raya ‘Kenduri Rakyat’ pada 30/6/2019 bagi merai pemindahan dari sekolah lama ke bangunan baru. Majlis akan diadakan di dewan bangunan sekolah baru. Pintu masuk melalui Ve Hotel. Lihat lampiran. Mohon forward dan hebahkan/wawarkan jemputan ini kpd semua bekas murid & kenalan lama melalui sosial media spt Fb, Whatsapp, Telegram, Instagram, dll. Tiada charges dikenakan tetapi digalakkan bawa potluck dan beri sumbangan ikhlas utk tabung Alumni. Dari Mohd. Khalil Ishak, Presiden Alumni SMK Sri Pantai.

PENGUMUMAN PENTING Kepada semua pelajar dan bekas pelajar SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi Kuala Lumpur, mohon like laman...
27/12/2018

PENGUMUMAN PENTING

Kepada semua pelajar dan bekas pelajar SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi Kuala Lumpur, mohon like laman Facebook rasmi sekolah seperti yang didalam gambar di bawah.

Sila buat carian dengan menggunakan nama:-

SMK Sri Pantai

Untuk makluman semua laman ini tidak akan lagi berfungsi untuk membuat sebarang hebahan atau hantaran/posting berkenaan dengan hal ehwal sekolah.

Mohon kerjasama semua untuk menghebahkan dan berkongsi tentang laman Facebook rasmi sekolah supaya lebih ramai pelajar dan bekas pelajar dapat like dan menjadi sebahagian daripada warga sekolah yang kita cintai ini.

Buat pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baharu menjadi warga SMK Sri Pantai diucapkan Selamat Datang dan belajarlah rajin-rajin. Capailah kejayaan yang cemerlang serta impian buat ibu bapa, keluarga dan yang penting untuk diri sendiri semasa di sekolah ini.

Manakala buat bekas-bekas pelajar SMK Sri Pantai inilah tempat dimana anda semua telah menimba ilmu dan juga memperolehi pengalaman berharga, ingatlah ke mana anda pergi dan lakukan, jagalah nama baik sekolah, guru-gurunya, kakitangannya dan pelajar-pelajarnya.

Usaha Untuk Kejayaan

Sekian, Terima Kasih.

Admin
27/12/2018

Selamat Hari Kebangsaan 2018Sayangi Malaysiaku
31/08/2018

Selamat Hari Kebangsaan 2018

Sayangi Malaysiaku

SMK Seri Pantai, keadaan amat teruk - banyak kelas terjejas akibat ribut petang semalam. Makmal komputer, kelas memasak ...
23/06/2018

SMK Seri Pantai, keadaan amat teruk - banyak kelas terjejas akibat ribut petang semalam.

Makmal komputer, kelas memasak serta kelas-kelas murid Tingkatan 3 terkesan.

30/08/2017

4 September 2017 (Isnin) merupakan cuti umum sempena kejayaan Malaysia menjuarai

Kawasan sekolah
22/08/2017

Kawasan sekolah

Address

Kampung Kerinchi
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category