The Mind Travel

The Mind Travel

Share

Menjual buku-buku novel, agama dan komik terbitan PTS. We sell variety range of products from books, gadgets through online and COD (hulu kelang area).

Fast reply, trustworthy dealer, friendly service. PM or whatsapp us at 012-6304929

28/08/2018

Best jugak sekali sekala baca tentang alam ghaib.. Sebagai pembaca nak jugak la tau macam mane keadaannye kalau Megat kawen dengan sang puteri tapi sebagai isteri pahal lak dalam banyak2 orang bujang yang masuk dalam hutan tu ko berkenan kat suami orang jugak????!!!! Huh

29/01/2018

Nocturnal Animals (2016)

Sebuah movie yang aku tengok atas suggestion seorang penulis. Cerita ini berkisarkan mengenai seorang penulis yang isterinya curang lalu dia menulis sebuah manuskrip mengenai pembunuhan isteri dan anaknya.Selepas 19 tahun mereka bercerai akhirnya manuskrip tu pon siap dan penulis ni hantar salinan manuskrip tu pada ex wife dia. Ex dia memang menyesal giler la sebab husband dia yang sekarang pon tengah curang dengan dia. Ha merasa la ko p**ak kan..hahaha

Aku takkan suggest citer ni pada orang lain sebab bosan..Orang yang s**a cerita straight forward takkan s**a dengan movie ni.

Sekian.. Aku bagi 1 star jela cerita ni..

Arina Mohmad's review of Jika Aku 07/01/2018

Kisah si mind reader.. Kebolehan bagi orang lain tapi kesengsaraan bagi dia..Bagaimana dia jalani kehidupan dengan hari2 dapat mendengar suara hati orang lain? Baca buku ni ok.

Arina Mohmad's review of Jika Aku 4/5: Setakat ni bile baca buku Anna Lee rasa nak baca berterusan.Ade masa terluang je nak baca. Masih ade kisah cinta tapi tak tertumpu pada cinta je.. Macam buku ni tentang kisah si mind reader..konspirasi agensi2 yang nak tangkap manusia2 yang berkebolehan..ade kelebihan dan kekurangan jadi mind r...

Arina Mohmad's review of Hello it's me 21/12/2017

Kali ni aku baca cerita yang lebih ringan..tak beratkan pale otak.. Novel cinta dan ade sedikit aksi lawan2.

Arina Mohmad's review of Hello it's me 4/5: Tak sangka Duta simpan rahsia sebesar tu..tapi dengan kejadian dekat Belanda tu jugak la penyakit fobia tiya sembuh. Kejadian dekat Belanda tu memang tak dijangka..lain daripada novel cinta yang lain.

Arina Mohmad's review of Manuscript 07/12/2017

Sebuah penamat yang bagus..kena dengan watak semua orang.

Arina Mohmad's review of Manuscript Bab bab awal membosankan tapi di penghujungnya cerita jadi semakin menarik.Bab 45 ke atas terus membaca full speed. Sebuah penamat yang bagus.

CHELSEA 2017 - HOME/3RD KIT 09/11/2017

CHELSEA 2017 - HOME/3RD KIT - RM70

Chelsea Home / 3rd Kit
Grade: Player Issue
Size: S - XL
Brandnew.

Postage only
Whatsapp 0126304929
SMS 011-39917313

CHELSEA 2017 - HOME/3RD KIT Beli CHELSEA 2017 - HOME/3RD KIT di Kuala Lumpur,Malaysia. Chelsea Home / 3rd Kit Grade: Player Issue Size: S - XL Brandnew. Postage only Whatsapp 0126304929 SMS 011-39917313 Dapatkan tawaran hebat di Pakaian Sukan dan Atheletic Chat untuk Membeli

SURAYA.. I LOVE YOU! 06/11/2017

Teaser prolog dan bab 1..berminat nak beli boleh pm..

Prolog

Bilik itu sunyi sekali. Saiznya sederhana besar dilengkapi dengan perabot-perabot yang cantik. Tiada cahaya yang memasuki bilik itu. Cuma beberapa batang lilin merah menerangi di penjuru.

Di penjuru itu jugalah terdapatnya sehelai kain merah yang dihamparkan di lantai. Diduduki oleh seseorang yang berjubah hitam. Di tangannya terdapat sekeping gambar seorang gadis yang manis wajahnya.

Orang itu mula membelek-belek gambar tersebut. Sekali-sekala beliau cium gambat itu dengan begitu ghairah sekali.

"Suraya.. Aku menyintai kau...", ujarnya sambil membelai-belai gambar itu. Seolah-olah Suraya betul-betul di depannya.

Sejurus selepas itu, beliau menoleh ke kiri sudut sana. Di situ berdirinya seekor lembaga yang besar berambut panjang setia menerima arahan.

"Suraya adalah milikku.. Aku mahu beliau menjadi pasanganku..", ujar orang itu.

Makhluk itu menunduk tanda faham. Hidupnya kerana diseru. Hidupnya adalah untuk memastikan tuannya dapat apa yang dihajati.

"Aku tak pernah gagal beri kau makan.. Pastikan kau berjaya.."

Makhluk itu menyeringai. Ia sememangnya ingin memastikan tuannya berpuas hati.

Jika tuannya gembira, pasti lumayan habuannya.

Bab 1

"Ringggg!!"

Loceng berbunyi menggamatkan suasana Sekolah Rendah Mukim Mambau. Ketika itu, masa sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Loceng tersebut adalah untuk menandakan waktu rehat.

"Baik murid.. Itu sahaja untuk hari ni. Ingat pesan cikgu ye.. Balik rumah, siapkan latihan dalam buku teks dari mukasurat 35 hingga ke 41.. Esok cikgu nak check", Suraya memberi peringatan kepada anak muridnya di kelas 6 Aman.

"Bangun semua... Terima kasih cikgu!", ketua kelas memberi ucapan terima kasih kepada Suraya sebelum murid yang lain ikut.

"Baik.. sama-sama", balas Suraya sebelum meninggalkan kelas tersebut.

Cuaca agak baik hari itu. Sungguh nyaman sekali. Tidak panas dan tidak p**a menunjukkan akan hujan. Redup dan tenang.

Suraya berjalan menuju ke bilik guru. Sepanjang perjalanannya beliau melintasi beberapa kelas. Dapat dilihat murid-murid sudah bersedia untuk keluar ke kantin. Beliau berasa lapar. Cikgu bahasa Melayu itu terlewat bangun pagi itu kerana ralit menonton drama siri yang telah di-download dalam laptopnya. Oleh itu, beliau telah terlepas sarapan pagi.

Namun, beliau ingin menahan laparnya sehingga waktu rehat murid tamat. Memandangkan beliau tidak punyai kelas selepas itu, lebih elok beliau pergi ke kantin ketika sudah lengang. Tidaklah tersesak dengan murid-murid lain nanti.

Sampai sahaja di bilik guru, beliau meletakkan buku teks dan nota yang dibawa ke atas meja. Di situ keningnya berkerut. Terdapat sejambak bunga ros yang dikirim di atas namanya. Suraya mengangkat bunga tersebut dan menghidunya.

Harum dan wangi. Kemudian beliau melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Lalu beliau membelek kad yang dikepil sekali. Kad itu juga wangi. Ia tertera satu teks yang berbunyi,

"Ketahuilah.. Selamanya aku menyintaimu..".

Suraya melihat nama pengirim bunga itu. Wajahnya bertukar masam mencuka. Bunga tersebut dikirim oleh seseorang bernama Ishak.

"Uiii! Tengah buat apa tu?", jergah Mona dari belakang.

Suraya hampir melatah apabila disergah begitu.

"Isk.. kau ni.. Boleh tak jangan buat macam tu? Terkejut aku tau..".

Cikgu Mona yang mengajar pelajaran Sains di sekolah itu tertawa. Beliau juga merupakan rakan serumah Suraya. Mereka berkongsi kereta ke sekolah. Hari itu, beliau juga terlewat.

"Fuyoo.. ada bunga! Dari Zain ke?", soal Mona menggedik.

Suraya menggelengkan kepalanya. Wajahnya masih lagi masam. Lalu, beliau mencampakkan bunga itu ke dalam tong sampah di sebelah mejanya. Mata Mona terbeliak.

"Bukan.. Tu datangnya dari Ishak. Haishh.. Tak faham-faham bahasa betul. Dia tu memang tak boleh terima kenyataan ke?"

"Hm.. Entahlah.. Padahal korang dah break nak dekat setahun la kan?"

"Itulah.. Bukan dia tak tau aku sekarang dengan Zain.."

"Hm.. Aku peliklah. Bukan ke dia yang putuskan hubungan korang dulu kan? Macam orang gila talak je sekarang ni.."

"Kan? Aku pun rasa macam tu. Hishh.. Aku betul-betul tak boleh blah la dengan dia.."

Mona duduk di bucu meja itu sambil menyilangkan lengannya. Matanya tertumpu tepat pada Suraya.

"Hm.. Kenapa eh dulu dia putuskan relationship korang?"

Suraya menyandarkan badannya di kerusi itu.

"Dia tu jenis orang yang kuat cemburu. Stress betul! Aku bercakap dengan pengetua pasal benda penting dalam telefon pun boleh cetuskan perang dunia kau tau.. Tu belum lagi kalau aku terserempak kawan-kawan lelaki dari maktab aku dulu kat luar. Maunya dia jadi hijau.. Haha.."

"Haha.. Kalau aku pun aku tak tahan.."

"Itulah.. Sekarang ni aku bersama Zain. Dia betul-betul berbeza dengan Ikmal. Jenis cool dan understanding. Dia tak pernah buat aku rasa terkongkong. Sikapnya itu buat aku tak pandang sesiapa lain dah.. He's so special.."

Wajah Suraya begitu bersinar tatkala memetik nama Zain. Seolah dilanda angau.

"Haha.. Dah.. Dah.. kalau layan cerita kau, habis tak jadi kerja. 24 jam bersembang kang.."

Suraya tersenyum. Beliau merasakan bertemu dengan Zain merupakan perkara terbaik pernah beliau lalui dalam dunia percintaannya. Siapa sangka pertemuan kali pertamanya bersama kekasihnya itu di sebuah pasaraya menjadi titik permulaan kisah cinta barunya. Dari terlanggar bahu sehingga membawa ke hubungan serius. Ia seolah sebuah fairy tales di dunia realiti.

Mona melihat jam tangannya. Sudah pukul 11.30 pagi. Loceng sudah pun berbunyi.

"Ok lah beb.. Kejap lagi aku ada kelas kat makmal. Jumpa kau time balik nanti ok.."

"Iye Mona.. Kalau tak jumpa, macam mana aku nak balik?"

"Haha.. Tak ye.. Dah la.. aku gerak dulu.."

"Ok..", ujar Suraya sambil mengambil beg tangannya. Beliau kini berdiri dan mula menuju ke kantin.

Perjalanannya mengikuti hallway di tingkat 2 bangunan itu. Dari situ beliau boleh melihat tapak perhimpunan. Kelihatan di situ murid-murid mula membuat barisan mengikut kelas masing-masing. Begitu riuh sekali dengan suara mereka. Sukar bagi pengawas untuk memastikan mereka patuh kepada arahan. Lagi-lagi pengawas yang badannya bersaiz kecil. Jenuh menjerit memastikan barisan lurus. Suraya hanya mampu tersenyum dari jauh.

Setibanya di kantin, Suraya membeli roti sandwich dan air milo untuk mengisi perutnya. Beliau begitu menitik-beratkan hal pemakanannya. Ia amat penting bagi memastikan badannya kekal langsing dan anggun. Itulah sebabnya Suraya agak terkenal di kalangan cikgu-cikgu lelaki di sekolah itu. Masing-masing sebolehnya ingin mencuba nasib memancing hati cikgu yang berkulit putih melepak dan berlesung pipit itu.

Setelah membeli makanannya, beliau mengambil tempat di meja hujung kantin itu. Beliau ingin makan bersendirian. Di situ beliau boleh memandang pemandangan padang bola di luar sana. Suraya s**akan ketenangan.

Sambil beliau menjamu selera, telefon bimbitnya berbunyi. Ia menandakan satu pesanan ringkas masuk. Ia datang daripada Zain. Suraya tersenyum lebar sambil membacanya.

"Sayang.. Dah makan ke belum? I miss you.."

Suraya segera membalasnya.

"Aloh you ni.. sweet sangat. I baru nak makan ni.. You dah makan? Kat mana sekarang ni?"

Ia tidak mengambil masa yang lama sebelum Zain kembali balas sms itu.

"I kat tempat kerja sekarang ni. I belum makan.. Rasa takde selera la.."

Suraya sedang mengunyah sandwich apabila membaca mesej itu. Setelah makanan itu ditelan dan meminum air milonya, Suraya kembali membalas,

"Kenapa you takde selera? You tak sihat ke?"

Zain terus membalas kembali,
"Aah.. Rasa tak sedap badan je.. Takde apalah.. Nanti kejap lagi I ok la.. Just tak cukup rest buat proposal projek.."

Suraya tanpa sedar memuncungkan bibirnya. Wajahnya dibuat comel seakan Zain berada betul di hadapannya. Jarinya tidak lekang dari menaip telefonny itu.

"Isk.. You take care tau.. Jangan buat I risau.. I taknak bucuk I sakit.."

Belum sempat Suraya meletakkan telefonnya di atas meja itu, Zain kembali membalas untuk mengakhiri perbualan ringkas mereka.

"Ok sayang.. I ada kerja sikit. Nanti I free sikit, kita pergi tengok wayang ye?"

Suraya tersenyum. Hatinya begitu menguntum. Lantas beliau menjawab,

"Ok.. Take care ye.. Love you.."

Suraya dan Zain telah berkenalan sejak 7 bulan yang lalu. Walaupun usia perkenalan mereka boleh dianggap masih muda, tetapi mereka berdua sangat berpadanan. Masing-masing seakan cocok bersama. Saling memahami serta melengkapi antara satu sama lain.

Zain merupakan seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat pembekal barangan elektronik. Kariernya acapkali membuatkan beliau tidak punyai masa untuk berjumpa Suraya.

Namun, apabila ada kelapangan, beliau akan berusaha untuk menghabiskan masanya bersama Suraya. Seorang lelaki yang merendah diri serta matang. Antara ciri menjadi pujaan hati wanita itu.

06/11/2017

Sape berminat boleh pm..

Generator/Genset 06/11/2017

Generator/Genset - RM290

Kepada para peniaga pasar malam, kaki camping, kaki pancing dan seangkatan dengannya, TAWARAN MENARIK untuk anda!

Saya nak jual genset saya ni.

Condition? Tip Top.
Saya beli 3 bulan lepas, tapi cuma pakai 2 minggu sahaja untuk kegunaan pasar malam. Sekarang dah ada kedai sendiri, genset ni tak pakai.

Genset masih cantik dan bersih. Ada minyak lagi di dalamnya.

Tujuan nak jual?

Sebab kesian tengok mesin ni tak diguna. Daripada biarkan ia kesepian dan lama tak pakai, baik jual kepada mereka yang betul-betul perlukan, betul tak? Sekurang-kurangnya kewujudannya tidak disia-siakan.

Harga?

Saya letak RM290. Tapi andai nak nego lagi, boleh.. Takde masalah. Saya faham.. Lagi-lagi yang nak berniaga ni. Kira bolehlah saling membantu. Tapi kok ye pun nak nego, make sure lah sama-sama win.

Untuk dapatkan genset ni, kita boleh jumpa. Area Wangsa Maju. Saya ada kafe kat situ. Jumpa kat kafe pun boleh. Tak pun mana-mana area berdekatan. Contact je kita deal, amacam?

Jangan malu, jangan segan. Saya peramah orangnya.
Whatsapp 011-39917313.

Lagi satu yang paling penting untuk diingatkan, tawaran ni first come first serve ok. Saya ada sebijik ni je. Siapa cepat, dia dapat.

Sekian, terima kasih.

Generator/Genset Beli Generator/Genset di Kuala Lumpur,Malaysia. Kepada para peniaga pasar malam, kaki camping, kaki pancing dan seangkatan dengannya, TAWARAN MENARIK untuk anda! Saya nak jual genset saya ni. Condition? Ti Chat untuk Membeli

Suraya... I Love You! 01/11/2017

Suraya... I Love You! - RM20

First novel by KUFAZ
Genre: Horror Thriller
Pages: 258
Paperback
Language: Bahasa Melayu

Suraya... I Love You! Beli Suraya... I Love You! di Kuala Lumpur,Malaysia. First novel by KUFAZ Genre: Horror Thriller Pages: 258 Paperback Language: Bahasa Melayu Dapatkan tawaran hebat di Buku Chat untuk Membeli

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00