SK Danau Kota 2

SK Danau Kota 2

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Danau Kota 2, Elementary School, Lot 21569, Kuala Lumpur.

Photos from SK Danau Kota 2's post 30/04/2026

🌟 PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI
📌 Kehormatan Seorang Muslim

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga SKDK2,

Hadis ini mengingatkan kita bahawa setiap Muslim mempunyai kehormatan yang perlu dijaga dan dihormati. Dalam kehidupan seharian di sekolah, nilai ini amat penting untuk membentuk suasana yang aman, selamat dan penuh kasih sayang.

💡 Antara hikmah dan pengajaran yang boleh kita ambil:

🛡️ Menjaga nyawa dan harta orang lain adalah satu kewajipan.
🕌 Solat dan zakat membuktikan keimanan yang sebenar.
❤️ Sentiasa berbuat baik dan menghormati sesama Muslim.
⚖️ Tidak mudah menghukum orang lain, kerana Allah Maha Mengetahui.
🤝 Kehidupan akan lebih aman dan harmoni apabila kita mengamalkan ajaran Islam.

✨ Marilah kita bersama-sama membentuk warga sekolah yang berakhlak mulia, saling menghormati dan hidup dalam suasana harmoni.







Photos from SK Danau Kota 2's post 30/04/2026

MAKLUMAN CUTI UMUM SEMPENA HARI PEKERJA

Salam sejahtera & salam muhibah kepada semua ibu bapa/ penjaga murid SK DANAU KOTA (2).

🔖 Dilampirkan surat makluman cuti & poster untuk rujukan tuan/ puan.

🔖 Sekolah akan beroperasi semula pada 4 MEI 2026 (ISNIN).

🔖 Murid-murid diingatkan agar menggunakan masa cuti ini dengan bermanfaat dan sentiasa menjaga keselamatan diri.

Terima kasih.




Photos from PPD Keramat's post 25/04/2026
25/04/2026

📢 Seruan Anti Buli – Warga Sekolah Daerah Keramat

Pejabat Pendidikan Daerah Keramat menyeru seluruh warga sekolah agar bersama-sama menolak budaya buli dan membina persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni serta penuh kasih sayang. Setiap murid memainkan peranan penting dalam memastikan rakan-rakan sentiasa dilindungi dan dihormati.

🚫 PPD Keramat TIADA KOMPROMI terhadap sebarang bentuk buli dan akan bertindak tegas bagi membasmi kes buli di sekolah. Selain itu, PPD Keramat turut menekankan permuafakatan erat bersama ibu bapa dalam menangani isu buli demi kesejahteraan murid.

✨ Keutamaan Anti Buli:
✅ Berani bersuara – Laporkan kepada guru atau pihak sekolah jika berlaku buli.
✅ Bantu mangsa dengan betul – Beri sokongan dan segera dapatkan bantuan orang dewasa.
✅ Jadi rakan prihatin – Peka terhadap perasaan serta kebajikan rakan.
✅ Sokong yang disisihkan – Dekati dan beri semangat agar tiada yang merasa keseorangan.

Bersama kita bina budaya sekolah yang saling menghormati, menyantuni dan melindungi.

🌼 Pergi ke taman memetik melati,
Harum baunya menyejukkan rasa;
Jauhi buli, pupuk empati,
Sekolah harmoni impian bersama.

🕊️ Burung merpati terbang ke desa,
Hinggap sebentar di dahan sena;
Jika terlihat rakan terseksa,
Bantulah segera penuh bermakna.








24/04/2026

Assalamualaikum kepada semua ibubapa /penjaga

*MAKLUMAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) SIRI 1*
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh :*25/4/2026*
Hari :*SABTU*
Masa :*7.30 pagi-12.30 tengah hari*
Tempat : *SK Danau Kota (2)*
Pakaian : *Baju PJ/Sukan*
Penglibatan : *Murid beragama Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 dan murid PPKI (yang terlibat)*

* Kehadiran adalah diwajibkan. Murid hanya perlu membawa alat tulis sahaja. (Tahun 1 & Tahun 2 sila bawa gam dan gunting)
* Makanan disediakan untuk semua murid . Murid amat digalakkan untuk membawa air minuman yang secukupnya.
* Harap ibubapa dapat uruskan pengangkutan anak-anak semasa waktu pulang mengikut masa yang telah ditentukan.

Terima kasih atas kerjasama yang diberi 💐

Photos from SK Danau Kota 2's post 24/04/2026

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSWPKL

Tahniah diucapkan kepada Nur Qaseh Ilyasa Abdullah, Hail Harraz Hakimi dan Braiden Law Teck Chin yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSWPKL pada 23 April 2026 di Taman Botani Perdana.

Walaupun tidak memperoleh pingat, semangat juang yang ditunjukkan amat luar biasa. Keberanian untuk mencuba, ketabahan menghadapi cabaran, dan kesungguhan menamatkan larian merupakan satu kejayaan yang sangat membanggakan.

Anda semua tetap juara di hati kami. Teruskan melangkah dengan yakin dan jangan pernah berhenti berusaha! 💪✨






21/04/2026

📢 PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN VLOG RAMADAN PPKI📢

PPKI SKDK 2 telah menganjurkan Pertandingan Vlog Ramadan 2026 bagi mencungkil bakat murid serta memupuk kreativiti dalam menyampaikan pengisian sepanjang bulan Ramadan.

🏆 Tempat Pertama
Aisy Darwisy bin Muhammad Amirullah (PPKI Azalea)

🥈 Tempat Kedua
Danish Al Baihaqi bin Fariq Al Dakhir (PPKI Alisum)

🥉 Tempat Ketiga
Idris Tareef bin Mohd Faizal
(PPKI Akasia)

✨ Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga terus cemerlang dan bersemangat dalam menyertai program-program akan datang.






16/04/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

1️⃣ Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 akan berlangsung pada 20 April hingga 23 April 2026.

2️⃣ Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki ujian kepada semua murid.

3️⃣ Semoga semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan penuh keyakinan.

4️⃣ Lakukan yang terbaik dan semoga kejayaan menjadi milik anda semua.

ALL THE BEST ! 💪🏻💪🏻💪🏻

✍🏻 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKDK2






10/04/2026

MAKLUMAN UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) SESI AKADEMIK 2026

Salam sejahtera & salam muhibah semua ibu bapa/ penjaga murid-murid TAHUN 4, 5 dan 6 SKDK2.

1️⃣ Dikongsikan surat makluman berkaitan jadual Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) untuk rujukan tuan/ puan.

2️⃣ UPSA sesi 2026 bagi murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) akan dilaksanakan pada 20 April 2026 hingga 23 April 2026.

3️⃣ Mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan (PJPK), Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Pendidikan Muzik (MZ) dilaksanakan secara amali.

4️⃣ Sehubungan dengan itu, kehadiran anak di bawah jagaan tuan/ puan adalah diwajibkan dengan membawa kelengkapan alat tulis pada hari peperiksaan.

Harap maklum dan terima kasih.




Photos from SK Danau Kota 2's post 09/04/2026

PROGRAM MISI CEMERLANG UPSA TAHUN 4: BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Tarikh: 30 Mac 2026 hingga 2 April 2026
Masa: 11.00 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat: Musolla Al-Ehsan, SK Danau Kota (2)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Ketua Panitia serta guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains atas inisiatif, komitmen dan kesungguhan sebagai penceramah dan fasilitator dalam menjayakan Program Misi Cemerlang UPSA Tahun 4: Bengkel Teknik Menjawab Soalan yang telah berlangsung dengan jayanya.

Penghargaan turut dirakamkan kepada guru-guru mata pelajaran semasa yang sentiasa membantu mengawal disiplin murid serta memastikan kelancaran program sepanjang pelaksanaan.

Program ini juga merupakan persediaan awal kepada murid-murid Tahun 4 dalam menghadapi Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) serta Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) Tahun 4 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026, selaras dengan usaha memperkukuh kemahiran menjawab soalan serta meningkatkan keyakinan murid dalam pentaksiran akademik.

Semoga segala usaha dan dedikasi yang dicurahkan menjadi pemangkin kecemerlangan murid serta memberi impak positif terhadap pencapaian akademik mereka.

🌟 Bersama Melakar Kecemerlangan, Membina Masa Depan Gemilang.




Photos from SK Danau Kota 2's post 08/04/2026

SESI LIBAT URUS PROGRAM AWAL INTERVENSI LITERASI DAN NUMERASI TAHUN 1 BERSAMA IBU BAPA/ PENJAGA SESI AKADEMIK 2026

Tarikh : 8 April 2026 (Rabu)
Masa: 7.45 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Danau Gemilang SKDK2

Syukur, Sesi Libat Urus Program Awal Intervensi Literasi dan Numerasi Tahun 1 bersama Ibu Bapa/Penjaga bagi Sesi Akademik 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga atas komitmen serta sokongan padu dalam memastikan perkembangan pembelajaran anak-anak terus diperkasa sejak di peringkat awal persekolahan.

Penghargaan turut diberikan kepada Pn. Nur Shafiqah binti Abdul Hadi, Pegawai Bidang Khusus (Psikologi), Sektor Pendidikan Khas JPWPKL merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah atas kehadiran dan sokongan bermakna serta memberikan pendedahan berkaitan perkembangan kanak-kanak dan pendidikan khas.

Tahniah dan terima kasih juga kepada
barisan pentadbir dan guru-guru Tahun 1 yang komited dalam menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa/ penjaga SKDK2 akan terus diperkukuh demi memastikan anak-anak berjaya menguasai literasi dan numerasi.

Terima kasih semua! 🤝✨




17/03/2026

SESI PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA

Kementerian Pendidikan (KPM) prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).

KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.

Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.

Tahun Ini, Tahun Kita






Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Lot 21569
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00