15/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Golongan belia merupakan aset strategik negara yang memainkan peranan amat penting sebagai pemacu kemajuan, pencetus inovasi serta agen perubahan dalam membentuk masa depan Malaysia MADANI yang lebih progresif, inklusif dan gemilang. Dengan kekuatan idea, semangat daya saing serta keupayaan menyesuaikan diri terhadap perubahan semasa, belia menjadi tonggak utama dalam memastikan kelangsungan pembangunan negara yang mampan dan berdaya tahan.
Bersempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 yang mengangkat tema โMenggerak Beliaโ, sambutan ini menjadi simbol penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan besar golongan belia dalam memacu agenda transformasi negara. Tema ini turut mencerminkan peranan belia sebagai penggerak utama pembangunan masyarakat, ekonomi dan kemajuan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan nilai kemanusiaan, kesejahteraan, daya cipta serta ihsan.
Ayuh bersama-sama kita menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 sebagai wadah memperkasa potensi dan bakat belia demi memastikan aspirasi Malaysia MADANI terus dipacu dengan semangat generasi muda yang lebih dinamik, berwawasan dan berintegriti.
Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026
โMenggerak Beliaโ
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
abubakar