13/05/2026
Tabung Kebajikan SK Sg Tekali
Nama akaun: PIBG SEK KEB SG TEKALI
(Ref: Kebajikan)
Bank: RHB Bank
No akaun: 2-1209-5000-3062-6
Terima kasih "orang baik" perihatin pada kebajikan anak-anak murid kami
09/05/2026
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
Dimaklumkan bahawa Cikgu Azhar B Manaf, bekas guru di SK Sg Tekali telah meninggal dunia pada 9 Mei 2026 (12.45 t.hari) di Hospital Ampang.
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia, dan kumpulkan dia bersama orang-orang soleh".
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Terima kasih Cikgu Azhar atas segala jasa bakti di SK Sg Tekali.
Ikhlas : Seluruh Warga SK Sg Tekali
03/03/2026
🌙 INFAQ RAMADAN 2026M / 1447H 🌙
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, pihak PIBG SK Sungai Tekali dengan sukacitanya mempelawa ibu bapa, penjaga serta warga komuniti untuk bersama-sama menyumbang dalam Tabung Infaq Ramadan 2026 / 1447H.
Sumbangan yang diterima akan dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan murid-murid yang memerlukan serta pelaksanaan program-program sepanjang bulan Ramadan.
Sehubungan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas tuan/puan melalui kemudahan DuitNow QR yang disediakan atau secara pindahan terus ke akaun berikut:
Maklumat Akaun Infaq Ramadan:
Nama Akaun : PIBG SK Sungai Tekali
Bank : RHB Bank
No. Akaun : 2-1209-5000-3062-6
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03-90214572.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan memperoleh ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan yang berterusan.
“Jom Menderma & Berinfaq”
Sumbangan ikhlas tanpa paksaan.
Sekian, terima kasih.
*KHAIRUL FADZLI BIN ABU ZARIM*
YDP PIBG SESI 2026
SK SG TEKALI
27/02/2026
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
*Jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51.*
🎁 Majlis akan dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir.
Terima kasih.
20/02/2026
Salam Ramadan 1447H buat semua ikhlas daripada Warga SK Sg Tekali
16/02/2026
Permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 telah bermula dari 15 Februari hingga 31 Mac 2026.
Permohonan boleh dibuat menerusi:
https://idme.moe.gov.my.
KPM turut membuka bilik gerakan bagi memantau perjalanan operasi pendaftaran dan memastikan kelancarannya.
Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pertanyaan atau menghadapi sebarang isu berkaitan pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2027, sila hubungi talian hotline 03-8884 3736 atau secara dalam talian di https://aduanmoeis.moe.gov.my.
12/02/2026
*TINDAKAN SEGERA*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
📌 *PENINGKATAN KEWASPADAAN BERKAITAN KES TUBERKULOSIS (TIBI) DI NEGERI SELANGOR*
Dimaklumkan baru-baru ini terdapat beberapa kes Tibi dilaporkan di Negeri Selangor. Sehubungan itu, semua sekolah diminta meningkatkan kewaspadaan dan melaksanakan langkah pencegahan berdasarkan panduan kesihatan sedia ada serta memaklumkan ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama memantau kesihatan anak-anak.
📌 *Tanda-tanda yang perlu dipantau 😗
1. Batuk melebihi dua (2) minggu.
2. Demam dan berpeluh waktu malam.
3. Hilang selera makan / penurunan berat badan.
*Murid bergejala hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah sehingga mendapat nasihat pegawai perubatan.*
📌 *Antara langkah pencegahan di sekolah 😗
1. Memastikan pengudaraan yang baik di dalam kelas dan ruang tertutup.
2. Menggalakkan amalan etika batuk dan kebersihan tangan.
3. Memantau murid bergejala dan mengambil tindakan sewajarnya
📌 *Pelaporan 😗
Kes yang disahkan hendaklah dilaporkan melalui saluran sedia ada iaitu *Laporan 1:3:7*. PPD diminta membimbing dan memantau pelaksanaan pelaporan serta tindakan susulan sekolah.
Maklumat lanjut akan disampaikan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
*_Unit Hal Ehwal Murid_*
*_Sektor Pembangunan Murid_*
*_Jabatan Pendidikan Negeri Selangor_*