Ahbabur Rahman Academy

Ahbabur Rahman Academy

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ahbabur Rahman Academy, Educational consultant, Suite 33-01 33rd Floor Menara Keck Seng, Malaysia, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

09/03/2024

Sungguh mulia seseorang disisi Allah Swt bagi yang banyak membaca Al-Qur’an. Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang mengamalkannya.

Bertambah mulia jika seseorang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain. Masyaallah

08/03/2024

JOM BELAJAR TAJWID BERSAMA SHEIKH MOHAMED

MAKHRAJ HURUF: AL-JAUF

▪︎ Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus bagi huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui Rongga Mulut.

▪︎ Terdapat 3 huruf mad yang keluar dari rongga mulut, iaitu: ( ي و ا )

Follow for more. Insyaallah kita akan share perlbagai jenis2 hukum tajwid lain lagi.

06/03/2024

SESI JAWAB KUIZ BERSAMA SHEIKH MOHAMED

Di dalam Surah Al-Haqqah ayat 17 ada menyebut bilangan malaikat yang mengawal segala penjuru arasy Allah.

Berapakah bilangan malaikat pembawa arasy Allah? Siapa sahabat bijak yang tahu boleh komen kt bawah😇

06/03/2024

JOM BELAJAR TAJWID BERSAMA SHEIKH

(MAKHRAJ HURUF)

Makhraj Huruf- As Syafatain
▪︎ Ia bermaksud bibir mulut.
▪︎ Terdapat 4 huruf Syafatain, iaitu: ( ف و م ب )

▪︎ Makhraj ini ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja:

a) Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas: (ف)
b) Bibir Bawah dan Atas posisi rapat: (ب م و )

06/03/2024

Umpama rumah yang roboh, begitu bahayanya jika tiada satu pun hafalan Al-Quran yang kita baca. Hati manusia akan berkarat seperti besi yg dikaratkan oleh air.

Jadi macam mana kita nk buat? Rasullullah saw berkata “dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran”.

05/03/2024

SESI JAWAB KUIZ BERSAMA SHEIKH MOHAMED

Kita disarankan untuk membaca surah ini pada malam dan hari jumaat. Jika baca surah ini, seseorang itu akan disinari cahaya antara dua Jumaat.

Apakah surah yang dimaksudkan tersebut?

05/03/2024

JOM BELAJAR MAKHRAJ HURUF BERSAMA SHEIKH

Makhraj Huruf: Al-Lisan

》Al-Lisan bermaksud lidah.
》Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah, iaitu:
( ر ن ل ض ج ش ي ك ق ت د ط ث ذ ظ ص ز س)
》Makhraj Lidah p**a terbahagi kepada bahagian 10

a) Pangkal lidah, berhampiran dengan kerongkong menyentuh bahagian anak tekak: ( ق )
b) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ( ك)
c) Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ( ي ج ش )
d) Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam) : (ض)
e) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam): ( ل )
f) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam: (ن)
g) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang: ( ر )
h) Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ( س ز ص )
i) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( د ط ت )
j) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas: ( ذ ث ظ)

Dapat sesuatu? Follow for more. InsyaAllah lebih banyak akan dikongsikan bersama anda.

02/03/2024

SESI KUIZ BERSAMA SHEIKH MOHAMED

Antara minuman ahli syurga ialah campuran zanjabil. Apa itu zanjabil???

Siapa yang tahu boleh komen kat bawah.😀

02/03/2024

KESALAHAN2 DALAM BACAAN AL-QURAN

1) Kesalahan yang nyata.
▪︎ Berlaku apabila terdapat kesalahan pada sebutan huruf atau perubahan pada tanda baris, sama ada membawa
kepada perubahan makna atau tidak.

▪︎ Kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa. Jika kesalahan ini berlaku dalam bacaan solat, maka tidak sah atau tidak sempurnalah solat itu.

2) Kesalahan yang tersembunyi
▪︎ Kesalahan ini tidak membawa kepada perubahan makna, seperti meninggalkan dengung, tidak dapat menentukan kadar harakat mad dgn sempurna, atau tidak

▪︎ Kesalahan ini tidak sampai mencacatkan solat, namun begitu, para pembaca Al-Qur’an patut meninggalkannya.

02/03/2024

Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran didahului dengan Surah Al-Baqorah dan Al-Imran yang menghujah orang yang membacanya dan mengamalkannnya.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Culinary Team

Attire

Telephone

Website

Address


Suite 33-01 33rd Floor Menara Keck Seng, Malaysia, Bukit Bintang
Kuala Lumpur
55100