24/11/2025
Ini tulisan Bonda Datin Zainab 9 tahun yang lalu..dah lama.Admin keluarkan semula dipage ini untuk tatapan kita semua.Sekarang usia datin hampir 70 tahun.
Tua tetap tua.Dah tua tak perlu nak memikirkan sgt utk cantik yang penting sihat boleh meningkatkan amal ibadah itu yang penting ..kaum wanita berumur 40 hingga 60 tahun masih memikirkan kecantikan ujar Bonda Datin
*Risau kulit muka dah tak tegang, mula nampak kedutan dan nampak tua? Selagi belum dapat diskaun warga emas tambang pengangkutan awam ini bermakna anda belum lagi kategori TUA !
Wanita sebelum berkahwin dan melahirkan anak bodynya solid mukanya cantik tapi selepas kahwin muka kusam,dan tubuh kembang. FENOMENA biasa 😁 sesetengah wanita boleh terima keadaan fizikalnya dan tak ambil kisah pun, ada p**a yang jenis meroyan.Semangat dan tekad melakukan perubahan itu sangat bagus, Org sekeliling pun termasuk suami dan rakan2 kenalah support ye.
Yang menjadi FENOMENA LUAR BIASA sekarang ni kalau mukanya dari awal anak dara sehingga tua lambat dimamah usia, sihat dan bentuk badan p**a maintain. ITU memang LUAR BIASA kerana tak semua boleh melakukannya. Kalau anda beranggapan "ala dari muda dah cantik tua pun cantik la awet muda" bermakna tekaan anda memang silap. Bukannya anda tak pernah lihat dulu dia cantik solid molid bak ratu kebaya tapi selepas kahwin? nampak tua dan kembang.. ramai memang ramai
S**a diingatkan AWET MUDA pemberian PINJAMAN SEMENTARA dari ALLAH.Bergantung cara kita menjaganya, Tua pasti akan tiba kita tidak boleh melawan tapi kita boleh menjaga sebaik mungkin selagi tidak melanggar syariat. Badan sihat sebab awet muda dan kesihatan saling berhubung kait.Pandai kita jaga lambatlah prosesnya. Ibarat sebuah kereta sport, kalau tak dijaga tak diberi servis secukupnya setahun dua tahun pun boleh nampak teruk dan barai apatah lagi warna bodynya juga akan nampak seperti kereta tua lama. Begitulah juga dengan wanita. Kenapa saya mengambil contoh kereta sport kerana kereta sport sinonim dengan wanita, setiap iklan kereta sport pasti modelnya wanita padahal yang bawanya lelaki kan, :)
Sehubungan itu saya yang telah melihat perjalanan diri dan lihat dunia selama usia 60 tahun ini melalui PINJAMAN dariNya yang dijaga ini sebaik mungkin maka terdetik di hati untuk membantu wanita- wanita tidak kira usia muda atau tua bagi menjaga penampilan cantik luar cantik dalam bagi orang tersayang.
Jika anda masih muda sekarang la masanya untuk anda membuat "kick start" cantik luar cantik dalam. Cantik ini terlalu subjektif kadang kala tidak cantik bagi kita cantik p**a pada orang lain. Jika boleh biar la cantik dipandang orang lain juga asalkan tidak berlebih-lebih dan menepati syariat.
Wanita pertengahan dan berusia ini bukan masa untuk anda mengalah dan menerima takdir, bukannya saya nak suruh anda menjadi cantik seperti "Miss Universe" apa yang saya ingin tekankan adalah menjaga kesihatan luar dalam,menjaga badan yang ideal dan menyerikan wajah agar tidak cepat kelihatan tua.
Kalau anda ingin pelajari dan mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagaimana menjaga badan dan wajah sebelum dan selepas bersalin untuk kelihatan awet muda dan sihat tubuh badan marilah sertai bengkel yang akan saya anjurkan .PM admin
Jangan lepaskan peluang ini ya anakanda dan rakan-rakan wanita sekalian.
Salam sayang dari Bonda
-Datin Zainab Saad-
Pengasas Elzadra