03/01/2021
Peluang sambung belajar.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Projek Kriket Nasional - Skuad Pembangunan Menengah, School, Jalan bukit petaling, Kuala Lumpur.
Projek Kriket Nasional - Skuad Pembangunan Menengah 2017 terdiri dari Kajang High School, Selangor; Penang Free School, Penang; Victoria Institution, KL; SMK Cliffort, Pahang; SMK Seri Titiwangsa (SSNKL), Kuala Lumpur; SMK Tengku Indera Petra,Kelantan Projek Kriket Nasional - Skuad Pembangunan Menengah sesi 2017 terdiri dari:
~ 18 pemain lelaki di SMK TENGKU INDRA PETRA, KELANTAN
~ 6 pemain lelak
03/01/2021
Peluang sambung belajar.
14/03/2020
Mari sambung belajar gaiss! Kerjaya sepanjang hayat.
11/03/2020
Sambung study di form 6 SSBJ gais! 5 kredit minimum dan pernah wakil negeri di peringkat Kebangsaan.
Register online di:
https://prau.moe.gov.my
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2018 KEPADA BEKAS PESERTA PROJEK KRIKET NASIONAL BERIKUT:
1. Zamarul Adzrif Azimat
2. Aliff Danial Eddy Razlan
3. Ahmad Khairul Hifzam Abdul Malik
4. Muhammad Al-Faqihul Aiman Mat Rani
5. Muhammad Faqhrul Asyraf Nordin
6. Nazmen Zakaria
7. Muhammad Aidil Iman Yahaya
8. Vishvaruben Kumar
9. Muhammad Farouq Mohmad Mustakim
10. Muhammad Nur Ainoll Aziz
11. Nur Syazwina Hanim Abdul Halim
12. Saidatul Bariah Ahmad Munawir
13. Nur Idayu Mohd. Salleh
14. Afiqah Fatin Farhana Azman
15. Mas Elysa Yasmin Zulkifli
16. Nurul Fathihah Ibrahim
TUTUPNYA PROGRAM, BUKAN BERERTI PERJUANGAN ANDA BERAKHIR! HIDUP MESTI DITERUSKAN...
12/11/2018
WELL DONE BOYS!
Pelajar UKM berterima kasih kepada Kriket Melayu
ENAM pemain kriket di pusat prestasi tinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menamatkan pengajian masing-masing dan mengharungi graduasi 12 November 2018.
Mereka ialah Nazri A. Rahman, Fikri Makram Rosdi, Noor Afif Saufee, Fauzan Malik, Che Wan Razlan Zalati dan Fitri Sham.
Mereka adalah hasil Program Pembangunan Kriket Remaja (Bawah 12), Projek Kriket Nasional-Pembangunan Menengah yang kemudian dihantar ke Pusat Prestasi Tinggi yang dikendalikan Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
Semua turut mengharungi program penempatan di luar negara termasuk bermain dalam liga di Sri Lanka, Australia dan Afrika Selatan menerusi sokongan Yayasan Sime Darby-Kriket Melayu.
Yang Dipertua Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengucapkan tahniah kepada keenam-enam pemain berkenaan dan berharap mereka akan membantu dalam membangunkan kriket di negara ini.
Nazril, Fikri Makram dan Che Wan Razlan hadir untuk bertemu Setiausaha Agung Kriket Melayu, Rosmanizam Abdullah di ibu pejabat Kriket Melayu di Bukit Petaling, Kuala Lumpur pada 9 November 2018 untuk bertanya khabar dan berterima kasih di atas segala bantuan persatuan itu dari pendidikan rendah sehinggalah mereka menamatkan pengajian di universiti.
Pelajar UKM berterima kasih kepada Kriket Melayu Joomla! - the dynamic portal engine and content management system
28/08/2018
Kejohanan Kriket Elit Pertama (1999)
Perlawanan ke 7
SK Ibrahim kalahkan Kampung Gadong dengan 31 larian.
SK Ibrahim 103 (15 over) Ahmad Faiz Noor kekal 43, Syafiq Shariff 33.
Kampung Gadong 45-6 (15 over) Syariq Ahmad 4-6.
Pemain terbaik: Ahmad Faiz Noor (SK Ibrahim)
Bakat digilap oleh Persatuan Kriket Melayu, jangan nafikan.
Kepada bekas pemain Projek Kriket Nasional yang masih belum ambil paspot, sila buat demikian dengan menghubungi 03.2145.0000. Dulu simpan sebab senang kalau tiba-tiba nak pergi Sri Lanka ke, Australia ke, South Afria ke. Paspot ada terus boleh book tiket. Kini program Projek Kriket Nasional dah tiada. Datanglah ambil pasport anda, mungkin masa depan dengan badan induk sukan kebangsaan lebih cerah, mudah ke luar negara. Pesan kepada rakan-rakan!
21/01/2018
Tahniah Amdam Wiliyoh, bekas pemain Projek Kriket Nasional KHS, 'Player of the match' dalam perlawanan Pahang lwn Melaka di Kejohanan Kriket Antara Negeri 2018 (Perisai Raja-raja) semalam. Format innings adalah makanan mereka ketika di dalam program Kriket Melayu. Program yang tinggal sejarah....
Semoga pemain-pemain di VI, PFS, KHS, CLIFFORD dan TIP menjawab SPM dengan tenang.
I would say almost all of Kelantan, Pahang, Johor and Selangor players in under 16 sportexcel 2017 tournament are from Malaysian Malays development program. And every participating states except for Penang has Malaysian Malays player too.
Dukacita dimaklumkan, program pembangunan kriket remaja kelolaan Persatuan Kriket Melayu Malaysia di sekolah-sekolah projek berikut telah direhatkan:
:
1. Penang Free School
2. Victoria Institution
3. Kajang High School
4. SMK Tengku Indra Petra
5. SMK Clifford
10/09/2017
Penang Free School juara kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran
oKUALA LUMPUR - Penang Free School kembali menjuarai Cabaran Projek Kriket Nasional sekali gus merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran apabila mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval dekat sini 10 September 2017.
Penang Free School juara tahun 2007 hingga 2011 bukan memenangi perlawanan secara mutlak tetapi merangkul gelaran juara setelah mendahului ining pertama babak akhir.
Memukul pada hari pertama, 9 September, Penang Free School melakukan 126 larian manakala lawan dari Gua Musang memukul setakat 34. Kemudian dalam ining kedua, pasukan dari Utara itu membuat 132 untuk enam wiket. SMK Tengku Indra Petra p**a gagal mengejar sasaran dan hanya bertahan setakat 68-8 dalam 26 over.
''Apa pun saya gembira dengan persembahan Penang Free School dan yang penting dalam peraturan pertandingan, kami menang,'' kata pengetua Penang Free School, Omar Rashid.
Pengetua SMK Tengku Indra Petra, Sauki Hussin berpandangan bahawa sekolahnya berazam menguasai pertandingan pada musim akan datang.
''Tahun ini merupakan penampilan pertama sekolah kami dalam babak akhir,'' katanya.
Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk sekolah Projek Kriket Nasional kendaliannya dianjurkan sejak tahun 2004.