Urbanice Malaysia

Urbanice Malaysia "Centre of Excellence for Sustainable Cities and Community Well-being"

🌙 Salam Maulidur Rasul ﷺ12 Rabiulawal 1448 Hijrah 🤍Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita mengingat...
25/08/2026

🌙 Salam Maulidur Rasul ﷺ

12 Rabiulawal 1448 Hijrah 🤍

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita mengingati, menghargai dan menghayati ajaran serta teladan Rasulullah ď·ş dalam kehidupan seharian dan dilimpahkan keberkatan serta rahmat-Nya.

19/08/2026

Our COO, Dr. Hj Mohd Rizal led the discussion for the URBANICE Malaysia x BDA Lab, driving the conversation while gathering insights and brainstorming ideas with the team.

Hari Kedua: Lab URBANICE Malaysia Ă— BDA19 Ogos 2026, Kota KinabaluHari kedua diteruskan dengan perkongsian penubuhan Cen...
19/08/2026

Hari Kedua: Lab URBANICE Malaysia Ă— BDA
19 Ogos 2026, Kota Kinabalu

Hari kedua diteruskan dengan perkongsian penubuhan Centre of Excellence & SDG Centre Kuala Lumpur dari aspek pengoperasian, kolaborasi, perkongsian perbelanjaan serta program dan projek yang berpotensi menjadi inspirasi kepada penubuhan Bintulu Low-Carbon Innovation & Knowledge Sustainability Hub (LIKES). Taklimat khas dan sesi libat urus disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Rizal bin Osman.

Sesi ini mendapat perhatian YBhg. Datu Muhamad Yakup bin Kari, General Manager BDA dan YBrs. Haji Abdul Rahim bin Abdullah, Deputy General Manager BDA.

From knowledge to innovation.
From collaboration to action.
Towards a Low-Carbon & Sustainable Bintulu.

Hari Ke-2 Lab URBANICE Malaysia Ă— BDA19 Ogos 2026, Kota KinabaluHari kedua diteruskan dengan perkongsian penubuhan Centr...
19/08/2026

Hari Ke-2 Lab URBANICE Malaysia Ă— BDA
19 Ogos 2026, Kota Kinabalu

Hari kedua diteruskan dengan perkongsian penubuhan Centre of Excellence & SDG Centre Kuala Lumpur dari aspek pengoperasian, kolaborasi, blended financing serta program dan projek yang berpotensi menjadi inspirasi kepada penubuhan Bintulu Low-Carbon Innovation & Knowledge Sustainability Hub (LIKES). Taklimat khas dan sesi engagement disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Rizal bin Osman.

Sesi ini mendapat perhatian YBhg. Datu Muhamad Yakup bin Kari, General Manager BDA dan YBrs. Haji Abdul Rahim bin Abdullah, Deputy General Manager BDA.

Dari knowledge kepada innovation.
Dari collaboration kepada action.
Towards a Low-Carbon & Sustainable Bintulu.

Ruang Komuniti | PPR Seri AlamSesi libat urus, ukur tapak bersama pihak kontraktor serta sesi tandatangan Borang Perjanj...
18/08/2026

Ruang Komuniti | PPR Seri Alam

Sesi libat urus, ukur tapak bersama pihak kontraktor serta sesi tandatangan Borang Perjanjian Persefahaman Penduduk telah selesai dilaksanakan di Blok 4, PPR Seri Alam.

Sesi ini turut dihadiri oleh:

En. Hisam, Pengerusi Persatuan Penduduk
En. Faizal, Wakil Penduduk
En. Anis, Pegawai DBKL
Wakil pihak kontraktor

Pihak Persatuan Penduduk turut menyatakan persetujuan dan tiada halangan terhadap pelaksanaan inisiatif Ruang Komuniti (RUKOM) di PPR Seri Alam Fasa 1, sebagai usaha mewujudkan ruang komuniti yang lebih bermakna dan bermanfaat untuk penduduk.

18 August 2026 | Day 1 kicked off with the Bintulu Sustainability Award (BiSA), followed by a session at the Low-carbon ...
18/08/2026

18 August 2026 | Day 1 kicked off with the Bintulu Sustainability Award (BiSA), followed by a session at the Low-carbon Innovation & Knowledge Sustainability (LIKES) Centre, Bintulu.

KUANTAN, PAHANG — HOST CITY MUF2026 Kuantan, Pahang dipilih sebagai Host City bagi Malaysia Urban Forum 2026 (MUF2026 KU...
14/08/2026

KUANTAN, PAHANG — HOST CITY MUF2026

Kuantan, Pahang dipilih sebagai Host City bagi Malaysia Urban Forum 2026 (MUF2026 KUANTAN)

Buat julung kalinya, Malaysia Urban Forum (MUF) hadir ke Pantai Timur! URBANICE Malaysia, di bawah KPKT akan menganjurkan MUF edisi ke-8 dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Kuantan, Pahang, dari 5 hingga 7 Oktober 2026.

Dengan tema “Homes for All, The Future City I Want to Call Home”, MUF2026 KUANTAN akan mengetengahkan aspirasi untuk membentuk bandar masa depan yang berdaya huni, inklusif, mampan, berdaya tahan dan berpusatkan rakyat.

Kuantan sebagai bandar yang sedang berkembang menjadi lokasi yang tepat untuk kita melihat bagaimana potensi bandar, alam sekitar, teknologi, ekonomi, komuniti dan warisan dapat digabungkan bagi membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

MUF2026 KUANTAN menyediakan platform untuk bergerak melangkaui persoalan “bagaimana kita membina bandar” kepada persoalan yang lebih asas, iaitu “apakah jenis bandar masa depan yang ingin kita panggil sebagai kediaman?”

Jangan lupa MUF Kita, Jom Pakat Hadir!

Pahang

Dalam usaha memperkukuh pembangunan ruang komuniti yang lebih kondusif dan inklusif, URBANICE Malaysia telah mengadakan ...
07/08/2026

Dalam usaha memperkukuh pembangunan ruang komuniti yang lebih kondusif dan inklusif, URBANICE Malaysia telah mengadakan sesi taklimat serta lawatan tapak Projek Ruang Komuniti KL 2026 di Blok A, PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.

Sesi ini dilaksanakan bersama rakan strategik, DBKL dan Persatuan Penduduk PPR Hiliran Ampang, serta disertai oleh wakil DBKL, En. Irwan, Pengerusi Persatuan Penduduk, Tn. Haji Jani, dan wakil-wakil blok bagi membincangkan cadangan pelaksanaan projek serta mendapatkan pandangan awal daripada komuniti setempat.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan usaha mewujudkan ruang komuniti yang bemanfaat kepada penduduk.

Ruang Komuniti (RUKOM) URBANICE Malaysia telah mengadakan sesi taklimat dan lawatan tapak bagi Projek Ruang Komuniti KL ...
07/08/2026

Ruang Komuniti (RUKOM)

URBANICE Malaysia telah mengadakan sesi taklimat dan lawatan tapak bagi Projek Ruang Komuniti KL 2026 di Blok A, PPR Seri Anggerik, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Sesi ini dilaksanakan bersama rakan strategik, DBKL dan Persatuan Penduduk PPR Seri Anggerik, serta disertai oleh wakil DBKL, wakil Persatuan Penduduk dan penduduk setempat.

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa tapak serta membincangkan perancangan pelaksanaan projek bagi mewujudkan ruang komuniti yang lebih selesa, inklusif dan memberi manfaat kepada penduduk.

Address

SUITE 2. 03(A), LEVEL 2, WISMA E&C, NO. 2, LORONG DUNGUN KIRI, DAMANSARA HEIGHTS
Kuala Lumpur
50490

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

60320110921

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urbanice Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Urbanice Malaysia:

Shortcuts

Share