Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School

Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School

Share

Laman Facebook Rasmi Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur. (Sekolah Kluster Kecemerlangan)

Laman Facebook Rasmi SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)

16/06/2026

Warga SK Taman Bukit Maluri mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh warga sekolah dan keluarga.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan semangat untuk terus mencapai kecemerlangan. ✨

Photos from Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School's post 16/06/2026

✨PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 18✨

Tarikh : 8 JUN 2026

🏫Kelas Terbersih Tahap 1 & 2 Minggu 17🏫

🎉Tahniah kepada kelas 3 Pintar dan 5 Bestari atas pencapaian Kelas Terbersih bagi Minggu ke-17. Semoga murid-murid lebih bermotivasi untuk meningkatkan tahap kebersihan kelas masing-masing.

👭Peratus Kehadiran Tertinggi bulan April👬

🎉Tahniah kepada kelas 3 Arif dan 6 Arif atas pencapaian Peratus Kehadiran Tertinggi bulan April. Semoga murid-murid lebih bermotivasi untuk hadir ke sekolah setiap hari.

🎗️Duta Sahsiah bulan April (Sahsiah Unggul, Insan Terbilang)🎗️

🎉Tahniah diucapkan kepada 18 orang murid yang telah dipilih sebagai Duta Sahsiah bagi kelas masing-masing untuk bulan April. Murid-murid telah dipilih oleh guru-guru berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

"Struggle Together, Succeed Together"

Photos from Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School's post 16/06/2026

✨KARNIVAL REALISASI ASPIRASI KERJAYA✨

Tarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)
Tempat : SJKC Jinjang Selatan

👏SKTBM telah menghantar penyertaan dalam pertandingan Ikon Kerjaya.

🧑‍⚕️Tahniah kepada Faustina Dorasmy (2 Arif) atas keberanian dalam menonjolkan bakat dalam menyampaikan kerjaya tentang seorang doktor.

💥Teruskan semangat dan keberanian dalam menonjolkan bakat yang ada. Semoga murid-murid lain dapat meningkatkan motivasi dan terinspirasi untuk turut mengasah bakat masing-masing.

"Struggle Together, Succeed Together"

Photos from Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School's post 01/06/2026

🌸 🌸 🌸

Warga SK Taman Bukit Maluri mengucapkan selamat menyambut :
🪷 Hari Wesak (31 Mei 2026)
🌾 Hari Gawai (1 & 2 Jun 2026)
⭐️Dirgahayu Tuanku sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1 Jun 2026)

Semoga sambutan ini membawa kedamaian, perpaduan dan kesejahteraan kepada kita semua dalam kepelbagaian budaya yang harmoni.

✨ Perpaduan bukan sekadar kata, tetapi amalan yang menyatukan jiwa dan membina negara.

Ikhlas daripada,
Warga Malurians💕

Photos from Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School's post 27/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha ✨🌙

Salam Aidiladha buat semua Warga Malurians.

Semoga pengorbanan kita diterima,
keikhlasan terus mekar di hati dan
kasih sayang sesama insan semakin erat.

Raikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kegembiraan bersama keluarga tercinta. 💛

🌸 🌸🌸
Pergi ke desa membeli kelapa,
Singgah sebentar di tepi perigi;
Aidiladha penuh makna,
Pengorbanan ikhlas diberkati Ilahi.

Ikhlas daripada kami semua 🤍

Photos from Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School's post 23/05/2026

✨ PENARAFAN KANTIN SEKOLAH🌟

GRED A 🅰️🅰️🅰️

💥 Tahniah dan Syabas💥

🤝 SK TAMAN BUKIT MALURI telah mendapat penarafan kantin GRED A!!!👏

Semoga dengan penarafan ini menjadikan kantin sentiasa bersih, selamat, ceria dan berkualiti. 🍽️🍹🥪

"Kantin Cemerlang, Sekolah Gemilang"

Guru dan murid makan bersama,
Pelbagai menu dihidang bersih,
Kantin A gred berbintang lima,
Selera menjamu bertaut kasih.

22/05/2026

🌴✨ Makluman Cuti Sekolah ✨🌴

📅 Cuti Pertengahan Penggal
23 Mei hingga 7 Jun 2026

🕌 Cuti Hari Raya Aidiladha
27 Mei 2026 (Rabu)

Selamat bercuti, manfaatkan masa bersama keluarga tersayang 💛

🌺 Pergi bercuti di tepi pantai,
Bersama keluarga hati pun riang,
Selamat bercuti kami ucapkan,
Jumpa kembali dengan semangat cemerlang! 🌺

Ikhlas daripada,
Warga SK Taman Bukit Maluri

Photos from Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School's post 16/05/2026

Guru Bitara Nadi Negara: Meraikan Barisan Pentadbiran Bitara Kami

Selamat Hari Guru 2026!

Disebalik kejayaan, lahirnya dari sentuhan seorang guru.
Disebalik setiap impian, hadirnya insan yang tak pernah jemu membimbing.

Terima kasih cikgu.


Photos from Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School's post 15/05/2026

🌹✨ SELAMAT HARI GURU 2026 ✨🌹

16 Mei 2026
“Guru Bitara, Nadi Negara”

22 Mei 2026
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

📜 Seloka Buat Guru

Kalau belajar janganlah leka,
Ilmu dicari biar berjaya,
Guru mengajar penuh setia,
Mendidik murid tanpa berkira.

Datang sekolah membawa harapan,
Buku dibuka mencari jawapan,
Jasa guru jadi ingatan,
Hingga dewasa sepanjang zaman.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik SK Taman Bukit Maluri atas segala pengorbanan, dedikasi dan kasih sayang dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia. 🌟

Ikhlas daripada,
❤️ Warga SK Taman Bukit Maluri ❤️

Photos from Sk Taman Bukit Maluri - Cluster School's post 15/05/2026

✨ LAWATAN BIMBINGAN BERSEPADU PPD SENTUL ✨

14 Mei 2026 | Khamis
🕗 8.00 pagi
📍 Bilik Bicara Ilmu, SK Taman Bukit Maluri

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri telah menerima kunjungan Lawatan Bimbingan Bersepadu daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sentul yang melibatkan seramai 15 pegawai daripada pelbagai sektor.

Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Azman bin Ab Kadir, AMW, Pegawai Pendidikan Daerah Sentul bagi tujuan memberi bimbingan, sokongan profesional serta perkongsian berkaitan pengurusan dan kecemerlangan sekolah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian hadir serta segala panduan dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan berlangsung.

🤝 Sentul Sentiasa Unggul







Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Taman Bukit Maluri
Kuala Lumpur
52100

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00