17/12/2025
Alhamdulillah hari ini seorang pelajar kami telah menamatkan pengajian beliau.. Muhammad Thaqif Iman Bin Ramzul Ikhlas telah menamatkan 30 juzuk Al Quran ..
Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur Madrasah Al Yamani merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz Al Quran dan pengajian kitab.
Sejak bermulanya Madrasah (1994) sehingga sekarang tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada setiap pelajar yang datang dari pelbagai negara. Kesemua tempat penginapan ditanggung oleh pengurusan madrasah dan sumbangan daripada kaum muslimin. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah sebanyak Rm80,000 (lapan puluh ribu) pada setiap bulan.
17/12/2025
Alhamdulillah hari ini seorang pelajar kami telah menamatkan pengajian beliau.. Muhammad Thaqif Iman Bin Ramzul Ikhlas telah menamatkan 30 juzuk Al Quran ..
06/07/2025
*10 Muharram | Hari Asyura*
“Luaskan Rezeki, Gembirakan Anak-anak”
Assalamualaikum ibu bapa & penjaga yang dikasihi ❤️
Selain berpuasa sunat pada Hari Asyura, Nabi SAW menganjurkan kita untuk meluaskan belanja kepada keluarga pada hari tersebut:
“Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kepada ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun.”
(HR al-Baihaqi)
Pihak Madrasah berhasrat untuk menggembirakan anak-anak tahfiz kita sempena hari mulia ini dengan menyediakan jamuan berbuka puasa (iftar) khas pada 10 Muharram.
📅 Tarikh : 6 julai 2025 (Ahad)
🕋 10 Muharram 1447H
⏰ Masa: Iftar (Berbuka puasa)
🫶 Kami membuka peluang kepada ibu bapa atau sesiapa yang ingin menyumbang bagi menjayakan jamuan iftar ini, sambil menghidupkan sunnah.
Sumbangan diterima berupa makanan atau wang ringgit.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
1️⃣ Scan QR code
2️⃣ Bank online :
🏦 Maybank
Nama Akaun: Madrasah Al Yamani Kg.Baru
No. Akaun: 5640 9886 7304
📝 Rujukan: “Sumbangan 10 Muharram”
📸 Sila hantar resit ke:
📞 Ustaz Razali: 0133262266 / Sumbangan 10Muharram
🤲 Semoga Allah limpahkan rezeki & keberkatan atas setiap sen yang tuan/puan sumbangkan.
23/05/2025
📣 *HEBAHAN PENTING* 📣
*Perubahan Nombor Akaun Madrasah Al- Yamani Kg.Baru K.L*
Berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan nombor akaun madrasah telah bertukar kepada nombor akaun yang baru.
Kepada semua yang ingin berurusan dengan Madrasah Al-Yamani boleh melalui no akaun madrasah seperti yang tertera dibawah 👇🏻
Madrasah Alyamani Kg Baru
5640 9886 7304
Maybank
13/03/2025
Assalammualaikum .. Para asatizah dijemput hadir ke Majlis Haul Almarhum Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani ..
23/02/2025
Majlis Maulid Perdana Bersama Syeikh Haidar di Masjid Jamek Kg Baru.
Nasihat buat anak anaknya, pelajar-pelajarnya:
- Menjadi seperti beliau (Ustaz Syed Mohd Fadzli) iaitu belajar bersungguh sungguh terutama dalam menuntut ilmu.
- Mempunyai cita cita dan keinginan yang tinggi dalam menuntut ilmu.
- Mempunyai keinginan yang tinggi dalam mengajar kebaikkan kepada orang ramai.
- Mengajak kepada Allah dengan mau'izzah hasanah dengan hikmah.
Nasihat buat para hadirin dan para pendengar :
- jadilah pembantu kepada anak anak beliau dan para pelajar beliau supaya mereka menjadi orang yang mengasihi kepada anak anak beliau dan kepada para pelajar , dan supaya orang ramai membantu anak anaknya, para pelajarnya drpda memberi motivasi sama ada motivasi material atau rohani.
- Diasaskan di dalam firman Allah taala "wahai umat manusia,hendaklah kamu saling membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan, dan takwa yang paling utama, yang paling penting adalah takwa saling membantu dalam menuntut ilmu"
- Seperti diriwayatkan didalam hadis "jadilah kamu orang alim,ataupun orang yang belajar, atau pun orang yang mendengar, atau pun orang yang menyukai. Jangan kamu jadi orang yang ke-lima, maka kamu pasti binasa. Alim pun tidak,belajar pun tidak, mendengar pun tidak, s**a pun tidak."
19/02/2025
Menziarahi kubur Almarhum Ustaz Syed Mohd Fadzli Al-Yamani bersama Syeikh Haidar Hasan Salim Al-Waqidi.
📍Perkuburan Raudhatus Sakinah, Taman Batu Muda
📷 Alang Zabidi
31/10/2024
ASSALAMUALAIKUM 😊
*BAGI YANG INGIN HADIAHKAN AHLI KELUARGA DENGAN TAHLIL ARWAH & KHATAM AL-QURAN 30 JUZUK*
*MAJLIS BACAAN ALQURAN OLEH ASATIZAH & PARA PELAJAR MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI KG.BHARU*
Hari : SABTU
Tarikh : 2-11-2024
Waktu : 8.00 malam
*Tuan/puan boleh berikan senarai nama2 arwah untuk diniatkan sebagai hadiah.*
📌 *Pihak Madrasah juga membuka peluang untuk para dermawan menyumbang seikhlas hati untuk tabung Madrasah bagi membiayai kos operasi dan pembangunan Madrasah*
*Sumbangan/ infaq seikhlas hati boleh disalurkan terus ke 😗
💰Bank: MAYBANK
🏠Nama: MADRASAH ALYAMANI KG.BARU K.L
💳 No. Akaun: 564098510174
Untuk serahan resit transaksi dan sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan *air penawar khatam 30juzuk* boleh klik link berikut 👇
*www.wasap.my/60133262266/tahlildankhatam*
Bagi yang ingin melihat gambar / video sekitar majlis boleh ikut link dibawah 👇🏻
https://chat.whatsapp.com/7annc7d3GfK6anj5UJz7R3
17/10/2024
Alhamdulillah selesai sudah majlis bacaan yassin & tahlil serta doa selamat khusus buat penyumbang Madrasah Al Yamani Kg Baru Kuala Lumpur ..
Boleh follow akaun Madrasah Al Yamani Kg baru
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS2ouwtue/
Instagram : Madrasah Al Yamani Kg Baru
17/09/2024
ISNIN 16 SEPTEMBER 2024
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
ANJURAN MASJID JAMEK KAMPONG BAHRU KL