30/05/2026
💚🤝🏻PROGRAM ZIARAH KASIH: GOTONG-ROYONG & SANTUNAN KASIH🤝🏻💚
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya akan menganjurkan *Program Ziarah Kasih* yang merupakan satu inisiatif kebajikan dan khidmat masyarakat bagi menyantuni serta menyebarkan kasih sayang kepada warga emas.
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong, Selangor
Program ini bertujuan untuk memupuk nilai ihsan, empati dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti gotong-royong serta sesi santunan bersama penghuni pusat jagaan.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain”
27/05/2026
[✨SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA✨]
Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙🐑✨
⭐ Aidiladha hadir membawa seribu hikmah, mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan yang menjadi asas dalam kehidupan setiap insan. Walau di mana kita berada bersama keluarga tersayang, menunaikan ibadah di tanah suci, atau menjalankan amanah dan tanggungjawab setiap usaha yang dilakukan dengan hati yang ikhlas amat bermakna di sisi-Nya. 💫
Ibadah korban bukan hanya sebuah amalan yang diwarisi, tetapi simbol ketundukan dan kesanggupan berkorban demi meraih keredaan Allah. Di sebalik setiap pengorbanan dan perkongsian rezeki, terselit nilai kasih sayang, kebersamaan, serta keprihatinan yang mengeratkan hubungan sesama insan ❤️
05/05/2026
📚FORUM FUTURE READY: FROM CAMPUS TO CAREER 📚
Assalamualaikum wbt.
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ingin menjemput semua mahasiswa untuk menyertai forum inspirasi: *“Future Ready: From Campus to Career”* yang bakal membuka perspektif anda tentang dunia selepas kampus.
📆*Tarikh : 8 Mei 2026 (Jumaat)*
⏰*Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari*
🏫*Tempat : Balai Ilmu Mahmood Zuhdi (BIMZ)*
Klik link di sini untuk mendaftar!
https://forms.gle/SAMFWGVkaKKjfsTA6
🎙 Panelis:
• *Saudara Fakrul Aiman Ruslan*
(Pengasas Aidventure & Mantan Presiden JDPI 2023/2024)
• *Saudara Amirul Syafiq Muhamad Fadil*
(Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Impak Sejahtera & Mantan KMUM 2022/2023)
• *Dr. Nur Shahidah Binti Paad*
(Pensyarah Kanan APIUM, Trainer & Pengasas Young Da’wah Ambassador (YDA) )
👤 Moderator:
*Saudara Izzul Iqbal*
(Presiden LDPI 25/26)
Ayuh hadir beramai-ramai untuk mendapatkan pendedahan tentang persediaan kerjaya, cabaran dunia sebenar, dan bagaimana menjadi graduan yang benar-benar future ready!
02/05/2026
⚜️[KOLABORASI STRATEGIK LDPI & YDA]⚜️
Assalamualaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan bahawa Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) telah memeterai kolaborasi strategik bersama NGO Young Da’wah Ambassador (YDA) bagi memperkasakan gerak kerja dakwah. Fokus utama kolaborasi ini merangkumi:
1. Pemerkasaan bakat & kepimpinan daie
2. Pengukuhan dana operasi
3. Kebajikan & sokongan mobilisasi ahli
4. Integrasi teori & dakwah di lapangan
5. Kelestarian hubungan komuniti
Berikut merupakan ketetapan majlis pemeteraian:
📆 Tarikh : 23 April 2026
🗓 Hari : Khamis
🕰 Masa : 3.00 - 5.00 PM
📍 Tempat : Bilik Mesyuarat LDPI
Semoga inisiatif ini dapat melahirkan daie yang kompeten dan terus memberi impak positif kepada masyarakat.
02/05/2026
🏅[SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MUHAMMAD AIDIL HAZIMIN BIN SHOKERAN]🎖️
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada saudara Muhammad Aidil Hazimin Bin Shokeran atas pencapaian Mara ke Semi Final dan Final serta Tempat ke-10 keseluruhan sempena Dai Voice Asean Thailand 2026.
Semoga kejayaan cemerlang ini menjadi suluh inspirasi kepada seluruh warga Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan untuk terus melangkah gagah ke hadapan dengan iltizam yang tinggi serta komitmen yang utuh dalam setiap lapangan yang diceburi.
Siiru ‘ala barakatillah
Ikhlas daripada, Warga Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM.
27/04/2026
🏅[SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA AHMAD SYAFIQ BIN SARI]🏅
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada saudara Ahmad Shafiq Bin Sari atas pencapaian Anugerah Tokoh Kepimpinan sempena Majlis Anugerah Dekan & Anugerah Tokoh Siswa (MADATS).
Semoga kejayaan cemerlang ini menjadi suluh inspirasi kepada seluruh warga Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan untuk terus melangkah gagah ke hadapan dengan iltizam yang tinggi serta komitmen yang utuh dalam setiap lapangan yang diceburi.
Siiru 'ala barakatillah
Ikhlas daripada, Warga Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM.
27/04/2026
🏅[SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MUHAMMAD IZZUL IQBAL BIN HASLI]🏅
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada saudara Muhammad Izzul Iqbal bin Hasli atas pencapaian Anugerah Tokoh Akademik sempena Majlis Anugerah Dekan & Anugerah Tokoh Siswa (MADATS).
Semoga kejayaan cemerlang ini menjadi suluh inspirasi kepada seluruh warga Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan untuk terus melangkah gagah ke hadapan dengan iltizam yang tinggi serta komitmen yang utuh dalam setiap lapangan yang diceburi.
Siiru 'ala barakatillah
Ikhlas daripada, Warga Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM.
27/04/2026
🏆 [SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA Lajnah DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN] 🏆
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh anggota yang terlibat bagi menjayakan program Aspire : Building The Future Through Education yang bertempat di Daerah Betong, Sarawak dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak pada 21-24 November 2025 atas pencapaian Anugerah Program Berimpak Tinggi sempena Majlis Anugerah Dekan & Anugerah Tokoh Siswa (MADATS).
Semoga kejayaan cemerlang ini menjadi suluh inspirasi kepada seluruh warga Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan untuk terus melangkah gagah ke hadapan dengan iltizam yang tinggi serta komitmen yang utuh dalam setiap lapangan yang diceburi.
Siiru 'ala barakatillah
Ikhlas daripada,
Warga Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM.