16/05/2026
Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat p**a amalan syariat,
Ditambah p**a ilmu makrifat,
Berpakaian p**a dengan isyarat.
Rangkap pantun Silat Cekak
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru terutamanya kepada yang dikasihi, YM. Datuk Haji Maideen b Kadir Shah, Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia atas segala ilmu, pengorbanan, serta jasa yang dicurahkan dalam mendidik dan membentuk anak bangsa.
Semoga Allah membalas jasa Guru-guru kita dengan keberkatan, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan dunia akhirat.
Guru Bitara Nadi Negara.
15/05/2026
داولت توانکو !!!
داولت توانکو !!!
داولت توانکو !!!
30/04/2026
Assalamualaikum wbt..
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sultan Negeri Kedah Darul Aman
30 April 2026 | 12 Zulkaedah 1447H
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.
Sembah Takzim daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
19/03/2026
Assalamualaikum
Innalillahiwainna ilaihi rojiun....
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Dukacita dimaklumkan, En Shukri bin Janudin, Penyelidik & Pengkaji PSSCM, baru sahaja kembali ke rahmatullah sekitar jam 1.30 pagi tadi.
”Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘afihu wa’fu anhu”.
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
*Al Fatihah ....* بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat PSSCM.
Salam takziah buat seluruh keluarga.