19/03/2026
Kali ni, kami nak kongsikan juga, program kewangan oleh guru-guru FFL yang gempak π€©
Bukan sekadar mengajar tapi cikgu-cikgu FFL juga dah buktikan betapa dedikasinya mereka nak pastikan setiap murid, tak kira latar belakang, dapat akses kepada ilmu kewangan melalui Geran Guru Celik Wang!
Dengan geran RM500, macam-macam projek 'out of the box' yang cikgu-cikgu FFL dah laksanakan π
Terima kasih cikgu! Kerana usaha gigih anda semua, murid-murid dari Sabah hingga ke Perlis kini lebih bersedia untuk masa depan kewangan mereka. Anda lah superheroes FFL yang kami perlukan untuk sama-sama membina generasi celik kewangan π€
πBagi yang tak tahu lagi, program Fun(d) For Life ini merupakan program pendidikan kewangan yang
dibawakan oleh FWD Takaful () & dilaksanakan oleh Arus Academy ()! Program kami juga mendapat sokongan Jaringan Pendidikan Negara () demi membina generasi celik wang!
18/03/2026
Wohooo, dah habis dah Bengkel Kewangan Siri Smart Money Generation sempena Minggu Kewangan Global 2026! π°
Coaches FFL pun happy sangat dapat peluang jumpa ramai peserta dari seluruh Malaysia yang sangat SMART sepanjang bengkel berlangsung. Kita dah sama-sama belajar tentang topik kewangan yang berbeza macam simpan, belanja, lindung dan labur. Best tak bila dah jadi lebih celik wang? π
Tak dilupakan juga, kepada murid dan guru SJKC Kheung Wa & SJKC Choong Ha 1 yang dapat belajar tentang kewangan melalui simulasi FFL. Coach dengar hari tu, ada yang berjaya simpan sampai RM300 π
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang dah sertai Bengkel Kewangan Siri Smart Money Generation tahun ini. Anda semua dah belajar banyak benda kan, sekarang masanya untuk amalkan supaya anda jadi generasi yang lebih celik kewangan πΈ
π Bagi yang tak tahu lagi, program Fun(d) For Life ini merupakan program pendidikan kewangan yang
dibawakan oleh FWD Takaful () & dilaksanakan oleh Arus Academy ()! Program kami juga mendapat sokongan Jaringan Pendidikan Negara () demi membina generasi π²πΎ celik wang!
16/03/2026
Selamat menyambut Minggu Kewangan Global kepada semua wira wang Fun(d) for Life! π
Sepanjang bulan anda telah disajikan dengan pelbagai program termasuk siri video dan kuiz, kursus dalam talian dan juga bengkel kewangan. Nantikan pengumuman kami untuk ketahui pemenang Sambutan Minggu Kewangan Global dalam post akan datang!
27/02/2026
Wohoooo!! HANGATTNYA SAMBUTAN!
Adik-adik dah join bengkel kewangan ke belum tahun ni? Jangan terlepas! Siri khas untuk anda sempena Global Money Week ni.
π» Siri Money Smart Generation: Bengkel Kewangan oleh FFL
Topik kewangan untuk dipilih: SIMPAN β’ BELANJA β’ LINDUNG β’ LABUR
Terbuka kepada murid umur 10β17 tahun
100 pendaftar awal akan dapat link kepada Google Meet untuk berinteraksi terus bersama Coach. Yang lain anda boleh tonton secara Live di Youtube Arus Academy dan tinggalkan komen atau soalan anda juga! Jangan risau, SEMUA YANG JOIN berpeluang menang hadiah cabutan bertuah, tak kisah Google Meet atau Youtube π
π Pastikan anda tak terlepas! DAFTAR SEKARANG dan dapatkan link GMeet dan Youtube yang Coach FFL akan kongsi bila dah dekat dengan tarikh bengkel nanti: http://www.arus.cc/bengkelkewangan-ffl2026