Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia adalah persatuan berdaftar yang sah yang menggerakkan Silat Cekak Hanafi.
Sebarang maklumat lanjut lawati www.cekakhanafi.com Maklumat rasmi berkenaan Silat Cekak Hanafi, sila layari www.cekakhanafi.com
telegram: t.me/cekakhanafi
16/06/2026
*PENDAFTARAN BBQ SANTAI BERSAMA GURU UTAMA SCH*π₯
Jom luangkan masa santai bersama ahli-ahli SCH sambil menikmati BBQ dan mengeratkan ukhwah π€
π Tempat : Ibu Pejabat SCH, Dato Keramat
π
Tarikh : 13 Jun 2026
π Masa : 8 malam
π° Bayaran :
β’ Dewasa : RM15
β’ 7β12 tahun : RM7
β’ 7 tahun ke bawah : PERCUMA
Pembayaran ke akaun :
MIMI SHAZLYANA BINTI JAWANI
1621 4341 9630
MAYBANK
Ref 1 : nama ahli
*Sila upload resit pembayaran di link pendaftaran ππ»
Link pendaftaran ππ»
https://forms.gle/JywB8GtEi2W56tJGA
β οΈ *Pendaftaran beserta bayaran dibuka sehingga 10 Jun 2026 sahaja!*
Sebarang pertanyaan hubungi :
Sdr Syam β 01121718132
01/06/2026
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 1 Jun 2026. Semoga Allah memberkati serta melanjutkan usia Tuanku.
26/05/2026
PERUTUSAN
YM TUAN HAJI AMRUDDIN BIN HAJI BUANG
PENAUNG MERANGKAP GURU UTAMA
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita sekali lagi dikurniakan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, hari kebesaran yang penuh dengan nilai pengajaran, keinsafan dan pengorbanan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah sepanjang zaman, serta seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
1. Hari Raya Aidiladha memberi kita ruang untuk mengambil iktibar daripada kisah agung Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS serta Siti Hajar iaitu isteri Nabi Ibrahim dan ibu kepada Nabi Ismail AS yang begitu teguh dalam melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh keimanan, keikhlasan dan tawakal. Ujian yang dilalui oleh mereka memperlihatkan bahawa pengorbanan yang sebenar lahir daripada keyakinan mutlak kepada Allah SWT. Ketaatan Baginda berdua mengajar kita bahawa segala nikmat, harta, pangkat dan kehidupan di dunia hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT.
2. Aidiladha bukan sekadar simbolik kepada ibadah korban, malah ia membawa makna besar tentang pengorbanan, kesetiaan, keikhlasan dan perjuangan menegakkan kebenaran. Nilai-nilai inilah yang menjadi tunjang dalam perjalanan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang kita cintai. Pengorbanan yang dicurahkan oleh para pendokong persatuan demi memastikan warisan Silat Cekak Hanafi terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang amatlah besar nilainya. Apa yang diajarkan bukan sekadar seni bela diri, bahkan pembentukan adab, akhlak dan keperibadian mulia dalam kalangan anak bangsa.
3. Dalam menelusuri sejarah perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad, kita dapat melihat bahawa Silat Cekak tidak dibangunkan atas jalan yang mudah. Ia lahir daripada pengorbanan masa, tenaga, fikiran, harta dan seluruh jiwa raga demi memastikan warisan seni bela diri Melayu Islam ini kekal asli dan murni. Perjuangan tersebut perlu terus dipertahankan agar seni warisan bangsa ini tidak hilang ditelan arus zaman.
4. Marilah kita menghayati makna sebenar pengorbanan pada Aidiladha kali ini, bukan sahaja dalam ibadah korban, malah dalam usaha mempertahankan maruah, prinsip dan jati diri seni warisan bangsa. Semoga Allah SWT terus memberkati usaha kita serta mengurniakan kekuatan untuk terus berdiri teguh di atas landasan perjuangan ini. Pertahankan adab, kefahaman dan prinsip yang telah digariskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi, sama ada dari sudut jasmani mahupun rohani. Jangan mudah terpengaruh dengan arus perubahan yang boleh melemahkan asas perjuangan dan mencairkan identiti sebenar silat ini.
5. Dalam melaksanakan sesuatu perjuangan dan pengorbanan, sudah tentu terdapat pelbagai cabaran dan halangan. Hal ini dapat dihayati melalui ibadah melontar jamrah di Mina yang melambangkan penolakan terhadap godaan syaitan. Segala cabaran hanya dapat diatasi dengan pertolongan Allah SWT semata-mata, bukan dengan kekuatan diri sendiri. Marilah kita bersama-sama berazam untuk terus melaksanakan ibadah korban serta meningkatkan amal kebajikan dan pengorbanan di jalan Allah SWT. Sesungguhnya apa yang kita korbankan amat kecil jika dibandingkan dengan segala nikmat dan rezeki yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.
Akhir kata, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada
ahli-ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT),
Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK),
Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT),
Majlis Mesyuarat Negeri (MMN), Penyelia-penyelia kelas,
kelas-kelas latihan awam, IPT dan sekolah, ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia,
para pendokong pergerakan persatuan ini
serta seluruh umat Islam di mana sahaja berada.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.
Wassalam.
AMRUDDIN BIN BUANG
PENAUNG MERANGKAP GURU UTAMA
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
10 Zulhijah 1447H / 27 Mei 2026M
Liputan Media
16/05/2026
Selamat Hari Guru 2026 πΉ
βGuru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membentuk akhlak, mencorakkan masa depan dan menjadi cahaya dalam perjalanan kehidupan.β
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik terutamanya YM Tn Hj Amruddin b Hj Buang, Guru Utama Silat Cekak Hanafi di atas segala pengorbanan, kesabaran dan dedikasi yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
Semoga segala jasa dan bakti para guru terus diberkati serta menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, beradab dan berjaya.
Selamat Hari Guru
"Guru Bitara Nadi Negara"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
No 3, Lorong Kiri 1, Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
54000