Khidmat SMI Al Amin Gombak

Khidmat SMI Al Amin Gombak

Share

Kelab Kebajikan Guru & Staf SMI Al-Amin Gombak

Photos from Khidmat SMI Al Amin Gombak's post 13/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, memandangkan sudah berbaki kurang daripada 10 hari, kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, maka bakal tibalah bulan Syawal yang mulia sebagai tanda kemenangan dan kegembiraan bagi seluruh umat Islam.

Sempena kehadiran Syawal yang bakal menjelang, KHIDMAT ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga dan staf SMIAAG.

Terimalah sedikit bingkisan kasih daripada kami, buat kakanda-kakanda dan adinda-adinda semua 🫶

Semoga Syawal yang bakal menjelma ini membawa seribu makna kebahagiaan, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan ahli KHIDMAT semua.

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan semoga kita terus diberikan kesihatan, kesejahteraan serta keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026 🌙✨
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas,
Barisan AJK KHIDMAT 25/27

Photos from Khidmat SMI Al Amin Gombak's post 04/03/2026

🌙 Rewang & Agihan Bubur Lambuk KHIDMAT SMIAAG 1447H 🌙

Alhamdulillah, warga KHIDMAT SMIAAG bersama-sama menjayakan aktiviti Rewang & Agihan Bubur Lambuk sempena Ramadan kali ini.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua guru serta staf yang telah menggembleng tenaga sepanjang dua hari program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Rewang & Agihan Bubur Lambuk tahun ini.

Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. 🌸




01/01/2026

[Warkah Khidmat]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, kita diberi peluang oleh Allah untuk melangkah ke tahun 2026, membuka satu lembaran dan “buku baharu” dalam perjalanan hidup ini. Semoga tahun ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyak amal soleh dan mendekatkan hati kepada Allah SWT.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka, marilah kita mulakan tahun baharu ini dengan niat yang ikhlas, azam yang baik dan usaha yang berterusan. Semoga setiap langkah kita pada tahun 2026 diberkati, dosa diampunkan, dan hidup kita lebih bermakna di sisi Allah.

Semoga kita menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Ikhlas,
Barisan AJK Khidmat SMIAAG 2026

29/07/2024

"Guru berperanan memberi ILMU tetapi sukar memberi FAHAM. Faham itu MAHAL kerana diperoleh melalui ADAB.Jika kita BIADAB kefahaman sukar HINGGAP".

12/07/2024

*Selamat Menduduki Peperiksaan Penggal 1*

Kepada semua pelajar SM Islam Al-Amin Gombak Menengah Atas (Tingkatan 4 & Tingkatan 5) dalam menempuhi Peperiksaan Penggal 1 | 2024 📚📖 ✨

*PEPERIKSAAN PENGGAL 1 MENENGAH ATAS (TING. 4 & 5)*
=========================
*12 JULAI-24 JULAI 2024*
=========================

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

_Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan._

Semoga diberikan ketenangan dan beroleh kejayaan yang cemerlang. 🤲🏻

*Unit Pentaksiran dan Penilaian (UPP),*
*Jabatan Kurikulum SMIAAG*

31/05/2024

Perdana Menteri mengumumkan Baucer RM100 untuk pembelian buku kepada pelajar dari darjah 4 keatas. Berikut merupakan cara menebus Baucer Buku untuk pelajar di institusi KPM dan KPT.

Photos from Malaysia Mendidik's post 25/05/2024
18/05/2024

====INFO UPP SMIAAG====

Assalamualaikum WBT

Kepada: Semua calon SPM 2023 (Batch Salazar)

📌 _*MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2023*_ 📌

Bismillahirrahmanirrahim. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Kurikulum SMI Al-Amin Gombak akan mengadakan Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2023 seperti ketetapan berikut:

Butiran majlis seperti di bawah:

🗓️ 27 Mei 2024, Isnin
🕰️ 10.00 pagi-12.30 tengah hari
📍 Surau Juma'ah Amin, SMI Al-Amin Gombak

🎓 _*U/p: TATACARA BERPAKAIAN:*_

*Banin:* Berpakaian kasual, sopan, dan kemas.
*Banat:* Berpakaian sopan, menutup aurat dan kemas.

‼️ _*Sila patuhi tatacara berpakaian sepanjang berada di dalam majlis.*_

Mohon perhatian dan tindakan oleh semua calon SPM 2023.

*UNIT PENTAKSIRAN & PENILAIAN*
SM ISLAM AL-AMIN GOMBAK

15/05/2024

♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2024
♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️

7 Zulkaedah 1445 / 16 Mei 2024 (Khamis)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

“Ilmu adalah harta yang tidak ternilai dan guru adalah penjaga kuncinya"

TERIMA KASIH CIKGU.

'Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI'.

Ikhlas daripada:
KHIDMAT 2325
SMI AL-AMIN GOMBAK

12/05/2024

Bitaufik Wannajah

*Selamat Menduduki Ujian Penggal 1*

Kepada semua pelajar SM Islam Al-Amin Gombak dalam menempuhi Ujian Penggal 1 | 2024 📚📖 ✨

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

_Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan._

Semoga diberikan ketenangan dan beroleh kejayaan yang cemerlang. 🤲🏻

*Unit Pentaksiran dan Penilaian (UPP),*
*Jabatan Kurikulum SMIAAG*

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Batu 8¾, Lot 1078, Jalan Sungai Pusu
Kuala Lumpur
53100